Monday, December 27, 2010

=) meletakkan diri dalam sejarah bola sepak malaysia.

 Malaysia 3-0 Indonesia.

  Permulaan perjalanan baru untuk bolasepak negara. Dianggarkan 70,000 rakyat malaysia menjerit didalam stadium dan berjuta lagi didepan televisyen yang menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir piala AFF Suzuki (leg 1) tatkala gol ke 3 dijaringkan pemain malaysia. Beratus kali tangisan kekalahan peminat tanah air, berjuta ringgit duit rakyat habis sekadar melihat kekalahan, ratusan ribu pemain peringkat sekolah  dan pemuda tanah air membeli kasut futsal kerana putus asa dengan bolasepak negara. Semuanya gembira semalam, melihat semangat anak-anak muda bertarung bermati-matian diatas padang. Itulah sebenarnya yang mereka nantikan, jelmaan semula semangat pendekar Mokhtar Dahari yang disarung safee salee, Muslim yang masih keanak-anakan bermain seperti  berguru dengan Soh chin aun dan Semua pemain bertarung dengan yakin seperti menyelit taming sari di pinggang (chop! jersey malaysia keluaran terdahulu memang ada cop keris  kat pinggang)

  RrRrRr (tukar nick john, ada email sampai ckp dah ada penulis guna durianmangkau) melayari beberapa blog sukan hari ini, peminat bola sepak kedua-dua negara bertarung mengenai isu-isu seperti laser, hingga ke isu pendatang haram. ???? Bukankah bolasepak mengenai semangat berpasukan, perpaduan serantau dan hiburan hujung minggu. Diam dan Senyum semua warga dunia. Terlampau melihat keburukan, yang indah akan terbuang tidak dipedulikan. RrRrRr berarak menghala kestadium berempat lengkap dengan bendera malaysia dan yang paling penting kami berarak bersama lebih kurang 200 peminat bolasepak indonesia. Ada kami dipukul? tidak. Dan tatkala kumpulan itu sampai ke perkarangan stadium bukit jalil, tepukan gemuruh diberikan oleh ribuan penyokong malaysia yang sudah lama berada disitu mengau-alukan kedatangan rombongan peminat indonesia.  Anda tidak akan membaca perkara ini dimedia malaysia, lagi pula media indonesia yang diakui sendiri oleh rakyat indonesia yang berkerja disini sebagai terlampau provokasi dan anti malaysia. Walaupun anda berada ditempat kejadian sekalipun, jika anda terlampau mencari keburukan. Yang indah akan terbuang tidak dipedulikan.

  "Kami tak kisah kalah, tapi bukan sebab tidak melawan". terngiang-ngiang perkataan itu dikepala. Ucapan ikhlas dari pakcik tua dikedai kopi beberapa hari sebelum perlawanan. Mungkin mereka mengatakan tentang isu-isu lama seperti kejadian pemain-pemain kita seperti patung ditengah padang. Mana mereka tidak melenting dan menghina pasukan tanah air dekad sudah jika ketika mereka muda, semangat bertarung yang ditunjukkan pemain malaysia sangat berbeza. Mungkin semalam mereka menangis, gembira dengan gaya permainan dan semangat pemain. Ditambah pula kemenangan bergaya.

  Sejarah baru bolasepak akan bermula. Anak-anak muda ini akan menjadi pemain besar, pemain-pemain besar sedia ada pasti akan bersungguh -sungguh untuk meletakkan diri mereka seiring dengan adik-adik mereka ini. Mula saja dari semalam, semuanya akan mula dari kosong. Jika kita terus mengagungkan kemenangan semalam, itu saja tahap kita. Kami ingin melihat jaringan pertama malaysia di piala dunia. Letak ketepi pasukan-pasukan kecil lain. Terus melangkah. Terus melangkah. Sebelum kami menutup mata, belia-belia ingin melihat malaysia ke piala dunia.

-23 thn hidup tidak pernah sekalipun mem "boo" lagu negara orang lain. Tidak pernah sekalipun. Semalam RrRrRr mengaku membuat bising ketika lagu negara indonesia dimainkan. 23 thn hidup diajar hidup untuk menghormati sesiapa saja walaupun orang indonesia sekalipun (mempunyai 2 pekerja berasal dari indonesia), menundukkan kepala kepada mereka kerana lebih tua. Malaysia menghormati semua, walaupun dia cina, india, melayu, mat saleh,jawa,bugis. Tapi semangat muda yang marah kerana disiaran langsung ketika malaysia bermain di Indonesia terdengan jeritan 'balik!!' ketika lagu negaraku dimainkan. Pencinta kedamaian tidak akan membuat perkara bodoh sebegitu, jadi RrRrRr membodohkan diri sendiri semalam. Jadi kita setaraf, si bodoh dengan si bodoh.


Bola tetap bola, RrRrRr tetap melihat dunia dari sudut berbeza. Mahukan dunia ini aman? belajar hormat orang lain. Bila orang membantu, cakap terima kasih. bukan mencari kesalahan seperti barang bantuan kononnya tamat tempoh. Kontroversi, bencana alam, kemerosotan ekonomi, mata wang rendah walaupun sumber kerja dan bahan mentah sangat banyak? selamatkan negara anda lebih baik dari menyibuk hal orang lain.  RrRrRr tidak mempunyai ijazah dalam apa pun, tapi kesimpulan yang dapat dibuat ialah kita bergaduh masjid al-aqsa yang tergadai. RrRrRr sudah lama mengaku mereka saudara serumpun, bolehkah mereka berhenti membaca media provokasi dan mula menyahut tangan persaudaraan dari sini? .

i love malaysia, indonesia let me love you .. i dont have money to give, love is all i got. please love me back.. =) haha  seriously dude, we need to love each other. muahx muahhx. looking forward to make friends with beutiful bandung girl. damn. haha


Memakai sweater hijau. kenapa hijau? lantak kau lar.
Mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan bolasepak malaysia. Tahniah!  -------------------------------------------------------------------------------------------------------
  PENGHARGAAN
Terima kasih kepada,
-Shahrizal menyediakan pengangkutan.
-Zubeidah Noh (gambar ini dicuri dari album beliau)
-Mohd Izzudin selaku Ulat tiket. Anda banyak membantu kami.

Thursday, December 16, 2010

melihat temasya di tempat orang - melapah daging korban di melawis

  Ya durianmangkau tahu, apasal pulak tempat orang pulak kan? bukan tempat sendiri ke? .. Disebabkan diri  terasa pada bulan disember kali ini tidak akan beriadah ke mana-mana, dengan selamba tenang durianmangkau memasukkan aktiviti bulan lepas ke kolum ini. wahaha sukati aku lar, blog aku. Lagipun durianmangkau sekeluarga disenaraikan dalam kariah masjid lain, kira melawat tempat orang jugak la kan. =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

  Surau ini menyimpan sejarah bermakna dalam hidup durianmangkau, teringat ketika bulan puasa sebelum  spm  bertahun dulu surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sebaya melakukan ulangkaji terakhir sebelum peperiksaan. Mereka yang lahir pada tahun 87 pernah merasai peperiksaan spm sebelum dan selepas raya, hehe klasik. Sempat durianmangkau memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan begitu juga sebaliknya. Pada tahun bulan madu, ketika tingkatan empat durianmangkau ponteng sekolah selama 1 minggu kerana sudah tahu lebih awal diterima ke sekolah teknik, dan surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sekolah membuat gerakan gelecek sebelum meneruskan larian ke tempat lain ketika dikejar guru disiplin sekolah . Kini, rata-rata rakan durianmangkau mempunyai pekerjaan yang elok. Walau hingga ke eropah mereka merantau, ke pulau jepun, ke gurun sahara, ke kutub utara atau selatan, ke timur malaysia suatu hari nanti, yang pasti mereka akan kembali melawat tempat ini. Sedangkan tempat terjatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bersaudara.

  Tarikh aktiviti = 17 november 2010
     Tempat       = Surau Al-Falah, kg. Arab. melawis.
  
   Pagi itu semuanya nampak begitu aman, sinar pagi melimpahkan cahaya yang sangat mendamaikan, angin membelai helaian rambut pendek dan mengipas-ngipas baju melayu hitam yang digosok dengan teliti. Dia masuk kedalam rumah itu, membuka pintu bilik dengan cukup perlahan, mencari suis lampu dan membuka lampu. "woi!!!! pagi raya kau tidur lagi buatpe? bangun lah!!!". Pagi yang indah, durianmangkau masih diselimuti kain cadar yang sedikit kusam. Membuka mata dan melihat muka kawan, "jap, aku gi mandi dulu"

  Ketika masih berbincang ingin melakukan solat sunat aidil adha di masjid mana, satu panggilan telefon diterima. Seorang rakan mengajak kami ke surau berdekatan dengan perumahan mereka. Menjeling satu sama lain, dan "jom" serentak kami bertiga bersuara.

   Selepas selesai mendengar khutbah, dan bersalaman sesama rakan-rakan yang masih ada disitu kami semua berpecah. Sempat seorang ajk surau (merupakan kawan kami juga) mengingatkan kami untuk membantu menumbangkan lembu dan melapah daging korban pada pukul 10 pg nanti.

   Sudah gaharu, cendana pula. Seperti yang biasa berlaku, durianmangkau tiba lewat ke tempat kejadian. =) 2 ekor lembu telah siap disembelih. Mereka sedang mengasingkan kulit dari badan lembu. Semburan perkataan caci maki menyambut kehadiran durianmangkau ketempat itu (sekadar gurau budak lelaki). Lembu melawan ketika mereka menumbangkan lembu dan terlepas dari kawalan. Lembu berlari secara rawak dan melanggar seorang rakan yang ketika itu tidak bersedia. Hari ini dalam sejarah, Singapura dilanggar todak en. Syahwal dilanggar Lembu. Durianmangkau sekadar dapat berkongsi ketawa dan terasa seperti kerugian yang amat besar tidak berada disitu ketika kejadian itu berlaku. Namun masih banyak lagi kerja perlu dilakukan, dan hari masih awal.

terasa cool gila pegang pisau macam tu.
 Persediaan sebelum membantu melapah daging, dari pengalaman dan tunjuk ajar dari orang yang lebih pandai, Pisau yang tajam dirumah tidak semestinya sesuai melapah daging terus dari kaki lembu. Durianmangkau yang sentiasa berlagak tidak mengendahkan semua itu, tiga bilah pisau dibawa bersama. Pisau ramping mensisir pisang, pisau besar memotong daging dan pisau acah-acah rambo. Ketiga-tiganya tidak banyak membantu. Memalukan. Lapisan putih pada daging terlampau kenyal hingga tidak dapat dihiris. Pisau acah-acah rambo yang pernah digunakan pada semua keadaan seperti tidak berharga ketika ini.  Satu jenis pisau telah menonjol, pisau cutter (yang matanya boleh tolak kedepan belakang korang buat asah pensil) bersaiz besar berada di kelas tersendiri ketika itu.

agak-agak bila nak siap ni?
 Bukannya pisau-pisau tadi tidak boleh memotong daging (durianmangkau dapat rasakan kaum perempuan seperti pelik kerana mereka selalu memotong daging menggunakan pisau dapur biasa), namun lapisan putih seperti lemak itu akan mengikut sahaja gerakan pisau tetapi tidak terbelah. contoh ringkas, bulu roma akan mengikut pergerakan jika pisau biasa dilalukan diatasnya, tetapi bulu roma itu akan putus jika mata pisau cukur dilalukan. Ketajaman konsisten diperlukan untuk membelah lapisan putih lemak tadi.




Selesai tugas budak muda. Potong deging kecil-kecil bagi senior buat.
  Matahari semakin naik, mata sudah memberikan isyarat untuk berehat. Rasa mengantuk dan kepenatan akibat persediaan sebelum raya datang kembali. Daging-daging sudah lama siap dipotong, namun setiap petugas tidak dibenarkan pulang awal. Pengerusi majlis terpaksa menahan semua petugas kerana ingin menyampaikan hasrat penama lembu korban untuk mengagihkan tulang-tulang dan sebahagian daging kepada petugas. Walaupun rata-rata petugas tidak memerlukannnya kerana ahli keluarga mereka ada yang membantu di majlis lain, amanah penama korban yang diletakkan ke pada pihak surau mesti dilaksanakan. Kami akur dengan arahan ketua.

  Sambil menanti waktu pengagihan, durianmangkau duduk-duduk dan terpikir.  Apa yang kita pernah korbankan? . Durianmangkau masih tidak dapat korbankan keenakan merokok untuk mendapatkan badan yang lebih sehat. Tidak dapat korbankan masa menonton televisyen untuk melawat saudara mara. Masih belum mampu mengorbankan segala-galanya untuk mencapai sesuatu yang diingini. Lemah jiwa ini sebenarnya.

  "phareil, rembatkan aku karipap satu!" geram pulak tengok rakan-rakan mengunyah makanan yang terhidang dari tadi. Nak ambik segan, bukan kejiranan sendiri. Sambung termenung sambil mengunyah.

  Kawan-kawan ramai dah kerja di syarikat penting. Durianmangkau masih menumpang kasih di syarikat bapa sendiri. Setiap hari dihina dengan makcik-makcik dengan perkataan seperti "eh, dulu sekolah pandai. takkan jaga kedai je kot". Senyum. Hati ini hanya tuhan yang tahu peritnya. Benarkah pengorbanan durianmangkau untuk meneruskan legasi peniaga melayu di kampung melayu ini adalah perkara yang sepatutnya? . Dah teruk ekonomi kita dijajah dengan peniaga dari seberang, sehingga saudara senegara kita yang dari kaum cina pun menggelengkan kepala.  "lu jangan give up dulu adik" kata mereka. "kampung melayu, tapi semua indon niaga saya tengok" sokongan hanya datang dari mereka yang tiada ikatan sebangsa. Durianmangkau mungkin akan bekerja di syarikat orang lain suatu hari ini , tetapi tidak akan sesekali lupa nikmat berniaga sendiri.  Pengorbanan itu tidak mudah, tetapi sangat indah bagi mereka yang pernah dan masih melaluinya.

"yang bawah pokok jambu tu!!! datang ambik tulang ni!!" suara dari pembesar suara tiba-tiba berubah menjadi lebih serius. Bergegas durianmangkau dan beberapa rakan merapati kawasan pengagihan daging. Lama dah kitorang mengumpat dan borak2 kosong. Sehingga tidak perasan sudah beberapa kali rupanya pengerusi majlis memanggil-manggil para petugas.

  Sebelum pulang, durianmangkau singgah kerumah mangsa pelanggaran lembu untuk berbual-bual dan mengetahui punca kejadian . Haha Sambil menikmati Mee Kari (terbaik, setiap kali raya ad`fitr dan ad`adha mesti dtg rumah ini) , gelak ketawa dan umpat mengumpat memeriahkan lagi suasana. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENGHARGAAN
terima kasih kepada 
-ajk surau Al-Falah, Kg. Arab. en. Shahfaril dan en. Shahwal kerana menjemput.
-Teemerchant.bogspot kerana menaja t-shirt yang dipakai durianmangkau
-Semua petugas dan seluruh ahli kariah surau.

 

Wednesday, December 1, 2010

meja editor, Penanda DISEMBER.

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.
November berlalu dengan tenang. Walaupun hujan masih akan melanda, kita semua pasti sedar disember memberi makna yang berbeza. Mengambil kesempatan disini untuk mengingatkan pembaca, kita melalui tahun yang agak baik. Masih berkesempatan berchatting di facebook, minum di kedai mamak, mengurut kaki ibu yang sengal-sengal sebelum dia mahu masuk tidur dan berbelanja mengikut tahap kemampuan masing-masing. Sesekali renungkan nasib saudara kita di palestin, tanah dulunya mereka bercucuk tanam kini hanya mampu dilihat dari jauh. Nasib saudara kita di sini, ada yang kehilangan segala-galanya akibat bencana alam. Seteruk mana pun kita mengeluh, masih ada yang lebih menderita.

  Pada november yang lalu, banyak idea dan draf yang terbiar tidak di pos ke blog ini oleh durianmangkau. Antara faktornya ialah kegagalan mendapatkan gambar dari kamera rakan dan cuba untuk tidak terlampau membanyakkan artikel merapu. Kecewa kerana pada pos pertama dalam sejarah blog ini, durianmangkau menyatakan untuk menjadikan blog ini sebagai fail penulisan. Persoalan nya, siapa ingin membaca novel tulisan seorang beginner atau bud-bud-banana (budak-budak baru nak naik), lalu ke asyik membaca ucapan-ucapan manis, nak ke korang baca sajak kotemporari? emm.. jadi biarlah durianmangkau mengambil langkah  berjaga-jaga dengan memberi semuanya dalam keadaan berkala.

  Sentiasa pastikan kemeja anda bergosok, kita tak tahu tiba-tiba akan mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakan. Ini bulan Disember. Sediakan sweater(baju panas)  dan payung di dalam kereta. Ini bulan Disember. Rancang dan tempah pakej percutian anda dengan baik. Ini bulan Disember.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
   anda seorang perokok tegar, anda boleh hidup tanpa rokok tapi anda tetap merokok. Duduk menunggu seseorang, sambil membiarkan asap keluar dari mulut dan hidung. Tenang dan penuh perasaan kan?.
durianmangkau menconteng di blog kerana durianmangkau terasa sebegitu apabila menulis. Tidak sedar tangan sedang bergerak menaip, yang pasti hati dan minda sedang ligat bermain kata dan semuanya ternampak di monitor. Satu huruf per satu huruf sehinggalah rokok itu habis.  dan orang itu sampai. puntung rokok dipijak, broadband diputuskan talian. -dengan cinta, kamu dipecat!!!

Monday, November 22, 2010

Melihat temasya di tempat orang - Serendah Waterfall



  Walaupun november sinonim dengan hujan, aktiviti berkaitan dengan hutan, pantai, pendakian dan pancingan masih sempat dilakukan sebelum musim monsun tiba di kemuncaknya pada pertengahan disember nanti. Pada rekod peribadi durianmangkau pada tahun ini, tidak banyak aktiviti merayau dapat dilakukan kerana terpaksa berhati-hati dengan penggunaan wang (kais pagi makan pagi) dan tanggungjawab kepada tugas menyelia perniagaan keluarga banyak membuat durianmangkau terpaksa sentiasa bersedia untuk apa-apa kemungkinan.

  Apa juga alasan diberikan, hati mana boleh tenang jika apa yang diminati sudah lama tak dirasai. Begitulah juga dengan karenah lima kawan yang telah lama mengaku bersaudara ( gua petik ayat ni dari hikayat hang tuah) ini, cuti semester serta operasi menghabiskan cuti tahunan yang diberikan majikan masing-masing membuat kami merancang aktiviti riadah ringkas, sihat dan tidak memerlukan belanja yang tinggi. Apa lagi yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rindu pada alam? berkelah!!!!!!

        Tarikh Aktiviti : 20/november/2010
           Hari             :  Sabtu
        Tempat           :  Serendah Waterfall. (Air Terjun Serendah,)

                        Pengenalan Air Terjun Serendah
  Seperti yang jelas tertera pada nama air terjun itu sendiri, Serendah Waterfall berada di daerah Serendah, iaitu suatu daerah yang terletak diantara jalan lama dari Rawang ke Tg.Malim. Mengambil masa lebih kurang 1jam dari klang hingga ke kawasan ini dengan perjalanan menaiki kereta (tidak termasuk berhenti bertanya kepada orang ramai). Haha!! tidakkah anda semua terasa seperti membaca laporan kelab aktiviti riadah?. huhu!! tak masuk periksa john~ aku nak tulis gaya poyo aku balik.. tiada siapa boleh bulatkan tatabahasa aku dengan pen merah lagi!! ni blog aku!!! hahahah-ampun cikgu, gurau jer..haha =)

Baik!! nak tau lebih lanjut sila google dan baca blog kaki-kaki mandi sungai. Diorang akan bagi info kaw-kaw detail punya.

                      Anggaran kos
   Semuanya bergantung kepada anda sendiri, kami bukanlah manusia yang dilahirkan dalam keluarga berada. Jadi kami mampu gunakan sumber yang sedikit dan melakukan yang terbaik darinya. Paham tak? tak paham.. Nak belanja besar itu hak korang lar. Durianmangkau dan kawan-kawan dah biasa tak berbelanja besar walaupun masih ada kelapangan untuk berbelanja.
    Minyak : RM 30 (pergi balik -Myvi)
    Tol       : RM 25 ( anggaran sahaja, durianmangkau rasa murah sikit)
 
 Disebabkan kami didatangi beberapa masalah teknikal, kami telah menaiki 2 kereta. Jadi kosnya berganda. namun jika anda berlima bersama rakan-rakan anda berkongsi sebuah kereta, kos perjalanan seorang jatuh kepada harga sekotak rokok dunhill dan beberapa ketul duit syiling yang terselit di tepi sofa rumah anda. hehe ayat macam orang jual insuran tak?

  Makan, minum, rokok, cenderahati dan lain-lain perbelanjaan bergantung kepada diri masing-masing.

   ----------------------------------DAN SEMUANYA BERMULA---------------------------------------

   Setelah berhenti beberapa kali bertanya penduduk setempat dimanakah arah sebenar untuk ke Air Terjun Serendah, akhirnya kami sampai ke parkir kereta yang luas dan dapat mendengar riuh rendah kanak-kanak gembira berlarian. Bunyi derasan air terjun jatuh menghempas batu-batu menggamit hati kami yang keletihan setelah berpusing-pusing mencari jalan sebenar ke tempat rekreasi ini. Walaupun kedua-dua kereta kami dilengkapi dengan gajet GPS yang sedia ada di telefon bimbit pemandu, kami lebih selesa memandu sambil membaca papan tanda dan turun bertanya kepada sesiapa yang mampu membalas senyuman dan sapaan mesra anak-anak muda sopan dari klang ini. Malu bertanya sesat jalan. Pengembara hebat zaman purba mampu mencari arah sekadar melihat matahari di siang hari dan membaca bintang di kala kelam. Namun, meraka tetap singgah di tanah orang, bertanya mencari pedoman.



Tuan rumah ini blog memakai kemeja, bersama saudara Hafizan.

   Setibanya anda ketempat ini, mata anda akan disajikan dengan sebuah kawasan rekreasi yang nampak terbela dan sentiasa diselenggara. Seperti sudah menjadi kebiasaan, tanpa perlu dirancang kami akan terus berpecah. Masing-masing akan berkeliaran dikawasan ini untuk mengumpul seberapa banyak maklumat tentang kawasan air terjun ini. Ada antara kami membeli keropok lekor, ada yang terus berjalan mendaki jalan yang tidak berturap dan ada yang ke tandas. Senyum dan bertanya khabar, dalam 5 minit kami berpecah berbagai cerita dan nasihat kami terima daripada penduduk dan peniaga setempat.  Durianmangkau mengambil peluang masa bersendirian ini untuk mengambil sedikit sebanyak gambar fasiliti dan keadaan kawasan utama tempat rekreasi ini.
benar-benar dihadapan parkir kereta

Gerai-gerai menjual makanan dan cenderahati

Taman permainan kanak-kanak

Tapak perkemahan

Kawasan Mandi utama.  [kanan-tandas,pondok,bilik salin,dan surau]
      Kawasan yang sesuai untuk keluarga berkelah, namun kami yang keluar untuk merasai kesunyian alam akan teruskan perjalanan mencari kawasan yang tidak terlalu padat dengan aktiviti suka ria. Daripada maklumat yang diterima, terdapat beberapa kawasan yang sesuai untuk berkelah di tingkat yang lebih atas, namun usaha menjelajah dan risiko kemalangan menyebabkan penduduk setempat memberikan tip-tip mencari kawasan itu kepada yang mereka percaya boleh membawa diri mengikut situasi. Jadi kami meninggalkan kawasan ini untuk teruskan mencari kawasan yang lebih sunyi.


Langkah pertama sentiasa yang paling berat

Sambil memerhatikan kawasan mandi utama ditinggalkan
walaupun tahu kawasan renang lapang begini memang sukar dicari

Mengunyah boleh menghilangkan kebosanan
   Setelah berjalan beberapa ketika, kami memutuskan untuk mencari kawasan meletakkan barang-barang dan tempat lepak dahulu. Durianmangkau boleh berjalan sampai ke puncak bersama mereka, tapi bukan hari ini. Kami hanya mahu menyejukkan badan di sungai untuk melegakan tekanan jiwa dari aktiviti harian yang seringkali menekan hidup ini. Cukuplah dengan sebuah pulau pasir yang muncul apabila air tidak tinggi. Waktu tengahari ialah waktu terbaik untuk mencari pulau pasir di tepi sungai kerana pada waktu ini, air sungai lebih tenang dan cetek berbanding petang. Ia juga sebagai penanda masa  untuk kami mengagak waktu yang sesuai untuk beredar dari kawasan pulau kerana pulau akan mengecil dan tenggelam pada waktu malam (orang tua borak, kita dengar. jangan nak mencelah. bukan semua benda ada ajar kat sekolah).

Menukar pakaian untuk menyeberang sungai.
  Durianmangkau dan rakan-rakan memutuskan untuk menjadikan sebuah pulau (atau hanya kawasan lapang) di seberang sungai sebagai tempat meletakkan barang-barang kami dan menjadikannya sebagai tapak berkelah. Terdapat sekumpulan remaja muda awal 20 an berdekatan kawasan kami, adat berjiran maka salam diberi sebagai memberi tanda kami akan berada disitu untuk beberapa ketika. Alam bukan untuk di kuasai, maka berkongsilah. Mereka menerima kami dengan senyuman. Sunyi. Hanya bunyi unggas dan deruan air terjun kedengaran. Kawasan berkelah kami sangat bersih dan tiada tanda ada kelibat orang lain sebelum kami berada disitu pada hari ini. Cukup sesuai, walaupun air didepan kami hanya setinggi lutut dan tidak sesuai untuk berenang, Air terjun didepan kami dan permandangan batuan disekelilingnya membuat kami berasa tenang, cukuplah begini.
Permandangan di hadapan kawasan berkelah kami

  Perkara pertama yang biasa dilakukan oleh kaki-kaki berkelah setiap kali sampai ke tapak perkelahan mereka ialah meletakan barang-barang di suatu tempat yang sesuai dan menghidupkan api barbeque. Kami pun begitu juga. Akibat keluar berkelah tanpa pembincangan teliti, sentiasa banyak barang-barang penting kami tertinggal. Antara barang-barang yang tiada bersama kami ialah firestarter, cerek air, tuala, bahan-bahan mudah dibakar (sosej dan bebola ikan), dan tikar piknik. Mujur kami ada jiran yang sanggup meminjamkan sedikit minyak masak untuk memudahkan kerja menghidupkan api barbeque. Pelik tapi benar, ada antara kami terpikir untuk membawa ikan Kerapu Pisang untuk dibuat barbeque. Tugas menyiang dan memotong ikan diberikan kepada durianmangkau (perghh.. ikan ni dibuat barbeque?, hantar dekat kedai seafood senang2 dapat RM70).

Pisau sebagai pembeza. Panjang pisau 27.3 cm.
en. Hafizan menggayakan teknik fotografi (kamera telefon bimbit).
  Sayup terdengar suara azan mengagungkan tuhan dan mengajak manusia menyembah kepada Allah. Walau dimana kita berada, ingatlah pada pencipta. Jiran kami yang masih kelihatan seperti budak-budak baru habis sekolah teguh dengan pegangan mereka. Durianmangkau bangga dengan mereka namun tercetus rasa segan kerana kami tidak memberikan contoh yang baik kepada generasi baru pencari sungai. Mereka pula yang mengingatkan kami.


Jiran
   Setelah melakukan aktiviti menghidupkan api, menyusun barang-barang dan lain-lain. Pantas kami meninggalkan tapak perkelahan kami dan menyusur sungai dan memanjat batuan air terjun untuk mencari kawasan lain di tingkat yang lebih tinggi. Sambil mata melihat keindahan flora dan fauna, kaki dan tangan berhati-hati menyusur sungai untuk mengelakkan tergelincir yang boleh membawa kepada kemalangan yang lebih dasyat. Seorang askar pernah mengingatkan durianmangkau dengan prinsip yang kebanyakan komando malaysia pegang yang berbunyi "lalai sedetik, merana seumur hidup".

Turun semula dan cari laluan lain jika air
terlampau derasa untuk direntasi.
Spot yang menarik untuk bermain
Terjun dan membiarkan badan ditolak arus.
Ada batuan tajam ditengah-tengah laluan air, jika tidak kami akan
bermain gelongsor dari atas.
Pandangan dari sudut lain.
   Cukuplah bermain di tingkat ini, kerana risaukan barang-barang yang ditinggalkan di tapak perkelahan kami turun dan menghabiskan masa yang tinggal di hadapan tapak kami sahaja. Durianmangkau keletihan dan mengalami beberapa kesakitan ditangan kanan kerana terlanggar batu ketika membuat terjunan ke dalam longkang deras tadi. Tapi itu perkara yang biasa yang berlaku jika bermain seperti ini, tangan digunakan untuk mengemudi arah dan melindungi kepala dari terhentak batu kerana penglihatan terbatas sebaik sahaja anda memasuki arus air.  Syukur semuanya seperti sedia kala, tapak kami dijaga elok oleh jiran kami.

en Asrul menunjukkan teknik membakar ikan.
en. Cdeq menunjukkan gaya rm30, belakang boleh.
Klasik. Ingat pantai je boleh main tanam-tanam.
Baring-baring menyejukkan badan
mencari lekuk baring yang paling sesuai
Air terjun mengurut badan
en Hafizan merancang hadiah hantaran, banyak idea
bila pembincangan dibuat secara santai begini.
(aku lambat lagi oi~)
Makan terus dari para. Hanya buat bila anda yakin
badan cukup sejuk untuk menerima haba sebegini.
  Seperti yang dijangka, kawasan perkelahan kami akan menjadi semakin kecil. Air semakin tinggi. Kami memutuskan untuk meninggalkan kawasan ini. Setiap barang yang dibawa kesini akan dibawa pergi dari sini. Kami mengemaskan kawasan ini sehingga tiada secebis kertas pun tertinggal. Puntung rokok kami kutip sekadar yang ternampak dengan mata kasar. Kami menyeberang sungai dan menukar pakaian ditempat berbatu untuk mengelakkan pasir terlekat pada pakaian.

semak dan pastikan tiada barang penting yang hilang.
Melihat dari seberang tapak perkelahan menjadi kecil.
  Selamat tinggal Air Terjun Serendah. Kami berharap sesiapa yang menggunakan tapak ini atau tapak jiran kami terus menjaga kebersihan nya. Jiran kami pulang lebih awal dari kami, mereka beredar ketika kami masih meratah ikan bakar. Ketika mereka pulang, sempat en. Asrul bertanya mereka bawa turun sampah atau tidak, mereka mengangkat 2 beg plastik dan melambai kepada kami. Masih ada yang sayang.

  Perasaan meninggalkan tapak perkelahan tidak sama seperti meninggalkan tapak perkemahan yang anda duduki 2 hingga 3 malam, jadi kami tidak terlampau berat hati meninggalkan kawasan ini. Hati lebih memikirkan pertarungan dua kelab bolasepak besar utara london, arsenal menerima kunjungan totenham pada malamnya (sial arsenal kalah). Terubat rindu pada kesejukan air terjun dan kedamaian hutan. Mungkin kami akan kembali lagi suatu hari nanti. Mungkin nanti.

  Durianmangkau menutup artikel dengan gambar kenangan kami minum di kedai Yik Mun Pau di Tg. Malim (setengah jam perjalanan dari serendah).  Setiap perjalanan pasti ada baik buruknya, biarlah kami tinggalkan kisah ini kepada anda dengan cerita indah belaka. Cintailah sungai kita~.
-kereta rosak di highway guthrie dalam perjalanan pulang ke klang. wahahaha Takkan nak dengar yg best jer.. Air tumpah dalam kereta.. Kepala pening mabuk (biasa jadi kalau mandi air terjun).. kena maki ngan abg sedara tak tolong rewang kenduri kahwin.. Duit hilang.. Badan sakit-sakit kesan berlanggar dengan batu..  dan macam-macam lagi~ =)

Kopi putih dan Pau daging
en. Sulaiman (baju kuning) tidak berkenan dengan perangai
mengambil gambar dimana-mana. Gedik katanya.
--------------------------------Berakhir sudah-------------------------------------------

Friday, November 19, 2010

hahaha.. nah ambik.. part2.. lagi?? adui.

yup!! ini adalah bahagian kedua. kepada mereka yang baru sahaja mengikuti blog murahan dan terbuang lalu terkontang kanting ditinggalkan dunia ini, adalah digalakkan membaca bahagian pertama di archive bulan oktober yang dinamakan [ hahaha.. nah ambik.. nak sangat kan idea buat ayat sweet. ]... saya tak pandai, tapi tahu lar sedikit.. nak berkongsi pun takkan nak kena kutuk kot. tenang ye para pengkritik.. huhu =)
---------------------------------------------------------------------------------------------------

baik!! mari kita mulakan.. pada bahagian pertama durianmangkau telah memberikan dua idea untuk menulis ayat sweet tanpa memetik dari filem dengan 2 kaedah berbeza tetapi melalui satu jalan iaitu menukar lirik bahasa melayu ke bahasa Inggeris. Berapa ramai yang dah cuba? angkat tangan.. satu dua tiga.. emm boleh tahan.. ada gak yang sakit otak berani cuba idea tu.. wahhaha aku ingat aku sorang je bengong.. =)

   Teknik tukar lirik itu sangat rendah tahap mencabar nya.. mari kita naikkan sikit tahap penguasaan anda dalam menulis ucapan manis melalui sms atau sekadar mencantikkan gaya bahasa penulisan anda..  Kali ini anda kena berpikir untuk menulis namun kaedah nya tahap mudah sehingga anda pun akan pelik yang anda mampu melakukannya.. Durianmangkau sekadar memberi idea, gaya penulisan semua terpulang kepada anda. =)

                                         Makna Nama
  Hampir kesemua pembaca blog ini adalah kaum melayu. Namun ada juga rakan-rakan lain kaum memberi sokongan secara diam-diam. Terima kasih diucapkan. Jadi kerana majoriti pembaca adalah bangsa melayu, nama anda biasanya ialah daripada bahasa arab. Setiap nama mempunyai makna. Kebanyakan kita tidak mengambil kisah apakah makna disebalik nama rakan anda. Jadi mulalah selidik, anda akan terpesona dengan kecantikan makna nama rakan anda. =) oit! teknik ini memerlukan rasa (feel) dan gaya fikir luar kotak. jadi sila beri perhatian.. hehe

  Fahami makna nama rakan anda, cari kaitan makna itu dengan perwatakan rakan anda dan mula menulis. "tips, gaya sopan lebih memberi impak kepada pembaca daripada pujian melambung".

contoh teknik makna nama;
Nazihah (durianmangkau memilih nama ini kerana seorang follower blog ini bernama nazihah, jangan gosip ehhh, ni ambik secara rawak sahaja)
Nazihah bermaksud bersih/clean. daripada maksud itu kita cuba pikir apa yang kaitan bersih dengan hubungan atau keadaan anda ketika itu. ok. kononnya durianmangkau dah nak putus hubungan dengan seorang gadis bernama nazihah, dan dulu durian mangkau seorang yang kotor/sinful tetapi setelah  mengenali nazihah durianmangkau menjadi baik. kira nak keluar ayat memujuk lar ni.

"i was  dirty back then, i dont wanna be dirty back again, so dont leave me dear nazihah, like your name, you are the only one can make me clean"

wahahahahha.. ok ker? macam psiko je bunyinya.. =) oi naziha!! aku pinjam nama kau ni. jangan nak saman2 pulak yer.. kuikuikui.. para pembaca, cubalah menghantar ayat manis daripada teknik ini kepada ibu, isteri, nenek, kakak, adik perempuan, makcik dan sahabat anda. Jangan nak dibesarkan sangat awek/pakwe korang tu, naik kepala nanti. dan zina bukan cinta.  =)
-Nota penting, nama lelaki tidak sesuai digubah. Banyak sebabnya, jadi jangan cuba-cuba. Kalo anda buat juga, bukanlah dari tunjuk ajar durianmangkau. durianmangkau lepas tangan~~~

                                      Rendahkan diri
    Jatukan ego sikit. Asyik nak tunjuk bagus je punca ramai orang putus sillaturahim sesama saudara. Teknik rendahkan diri ya pembaca, bukan menjatuhkan maruah sendiri. Minta simpati ialah satu cara mudah untuk orang terasa, tapi itu merupakan gaya orang terdesak. Jadi jangan sampai anda ketahap itu. =)

  Kajian psikologi pernah menyatakan kita akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang memuji kita dan mereka yang meletakkan diri mereka lebih rendah dari kita. contoh ringkas, kita akan memberi perhatian lebih kepada jurujual yang memanggil kita encik/cik daripada jurujual yang sekadar berkata "ya, nak apa?" di butik pakaian. --takkanlah anda tak pernah keluar ayat ni kot, "kewak nya budak, ingat aku takde duit ke buat tak layan je aku dari tadi"

  Nyatakan kelemahan anda dulu, tambah bunga sikit, dan terus memuji kebaikan seorang lagi. Boleh tambah azam jika anda rajin..

contoh teknik rendahkan diri

"i cant afford to buy you a garden of roses, not that romantic to wrote you a poem, neither that strong to bring down the moon, but till my days is end, i will keep trying to make you happy, coz you are my inspiration"  boleh tambah "happy birthday my wife" atau "happy anniversary dear husband"

nampak tak rendahkan diri dulu, tambah bunga sikit pastu kasi pujian.. azam durianmangkau letak kat tengah. (korang nak rembat ayat ni pun durianmangkau tak kisah, sebab ayat ni ada pengaruh filem sikit).  Gua suka main bahasa, lu nak kata gua jiwang lu orang tengok kat cermin dulu. Kalau orang dalam cermin tu tak pernah ada awek/pakwe dan tak pernah gayut telefon malam2 buta, orang itu yang layak cakap durianmangkau jiwang.

 cuba lah, perlahan-lahan.. Main bahasa sikit. nak cepat bagus banyakkan membaca. Jangan ler beli buku novel remaja jiwang banyak-banyak. Rosak otak. cuba baca "art of war-sun tzu" atau buku buku yang ditulis pada zaman 80an pasal perjuangan nak merdeka. durianmangkau bukan orang alim (tak bangga dengan penyataan ini), tapi eloklah disampaikan juga, Mengaji al-quran dan membaca tafsir nya lebih baik dari mana-mana buku tulisan manusia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan Disember nanti kolum [hahaha.. nah ambik..] akan terus memberi sikit idea untuk menulis ayat sweet untuk dihantar melalui sms atau sekadar mencantikkan gaya penulisan anda. Pada bulan depan kita akan cuba teknik metafora dan acah-acah spontan. huhuhu teruskan melayari durianmangkau.blogspot.com. =)

Thursday, November 11, 2010

dari berbual = Sangat jauh dari tanah.

  Tumit terasa sangat merindui benda buangan yang terbiar tak dipedulikan. Tapak kaki keluh kesah seperti belum pernah merasai keselesaan. Sakit, sangat sejuk memijak lantai setiap kali bangun dari tidur untuk ketandas. Kadang-kadang hati cemburu melihat nenek tua yang sudah mempunyai lebih dari sebelas cicit masih gagah menebas lalang didepan rumah memberi ruang kepada rumpun-rumpun tebu menunjukkan warna meriah hijau, kuning dan ada pula hitam kepada pembelanya. Hina sangat kah elemen kehidupan dipanggil tanah untuk kita hindari sekian lama.

  Sudah sekian lama tapak kaki ini tidak memijak rumput segar dipadang bola, atau memijak pasir pantai yang putih, menahan kesakitan akibat terjun dari pokok, dan sekadar memijak batuan kecil didalam sungai membiarkan air sejuk meredakan semua langkah perjuangan hidup yang seringkali memberi tekanan pada kaki ini.

  Bilakah kali terakhir anda memijak tanah?
 1) bangun tidur memijak mozek mahal berwarna putih jernih dengan hiasan jalur merah seperti belahan batu.
 2) Keluar dari rumah ketempat parkir kereta yang ditar hitam, menunggu tren distesen komuter yang disimen padu dengan konkrit.
 3) Bekerja dibangunan 12 tingkat atau sebuah kilang industri.
 4) Berjalan-jalan di kaki lima atau menghabiskan masa sekadar melihat-lihat gadis berkeliaran di kompleks membeli-belah.
 5) Menghentak-hentak ringan tumit kaki di pelantar besi yang dilapit dengan getah dan gentian plastik didalam kereta sambil mendengar lagu lady gaga di radio.
 6) Mengayuh basikal di lebuhraya seperti seorang atlit, meluncur di skatepark sambil berusaha menyempurnakan "kick flip masuk 50-50 keluar nolie", berpusing-pusing mencari ruang untuk melepaskan bola melalui bawah kelengkang rakan di gelanggang futsal.
 7) Duduk menonton televisyen sambil menunggu waktu masuk tidur.
 
  Terlupa kali terakhir memijak tanah. Yang pasti bulan lepas ada ke rumah seorang makcik untuk mengambil barang-barang mentah dari kebun kecilnya untuk dijadikan produk makanan, dan sangat pasti ketika itu memakai selipar berjenama bata. Paling hampir tapak kaki ini merasai perasaan memijak tanah berkemungkinan sebulan yang sudah. emm.. sebulan.
 
  Bila duduk-duduk termenung sambil mengurut tapak kaki yang sakit, hati dan perasaan mula melayang mengenang saat-saat gembira ketika kanak-kanak apabila setiap petang sebelum senja masing-masing berebut ke pili air mengambil giliran membasuh kaki yang diselubungi dengan pasir, bau lopak air, lumpur dari hujan yang membuatkan padang bola menjadi seperti kolam renang. Walaupun kadang-kadang luka akibat terpijak batu tajam, paku, serpihan kaca, duri pokok semalu dan lain-lain, kaki kanak-kanak itu terus berlari keesokan harinya. Ketika sedang sibuk membasuh kaki, tiba-tiba hujan turun dengan lebat . "wei, jom last!!", beramai-ramai membuat terjunan bebas keatas tanah dan membiarkan badan menggelongsor sejauh yang mungkin. Seakan meraikan sesuatu yang besar seperti menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir. Dari ingin membasuh kaki, kini terpaksa mandi di pili dan menanti masa dimarahi penjaga dirumah apabila mereka sedar ada baju berlumpur terendam didalam besen  di belakang rumah.

  Setiap kali anda ke padang bola, perhatikan rakan-rakan anda ada yang sengaja membiarkan kakinya berehat diatas rumput selepas membuka kasut but berbau kepam. Jika dipantai ada yang menjinjit selipar flip-flop quiksilver dan membiarkan kakinya merasai kehalusan pasir pantai. Perkara seperti ini tidak perlu diajar, ia berlaku tanpa sedar. Yang pasti, kaki anda merindui tanah. Jangan terasa hina jika ada yang melihat anda seperti orang miskin hanya kerana anda duduk diatas selipar dan membiarkan tapak kaki anda merasai tanah ketika anda menunggu tali pancing dimakan umpannya oleh ikan ditasik rekreasi. Layanlah kaki anda dengan baik. Ia rindu dengan tanah. Bawalah ia ketempat yang mulia, kerana ia berhak berada disitu. Dan janganlah melakukan kerosakan ke muka bumi ini.

nota = oi!! bukannya aku suruh korang kaki ayam kemana-mana.. adui. lurus sangat pun tak elok lar kawan.
hahaha. selipar dan kasut itu melindungi kaki dari kotoran dan bahaya serta mengelakkan dari tergelincir. sesekali itu pijaklah tanah tanpa pakai kasut.
cereka dilhamkan dari perbualan dengan seorang adik kepada nelayan yang berkerja di kota.

Monday, November 8, 2010

meja editor, HUJAN NOVEMBER.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia (haha.. acah2 ada majalah sendiri sikit). Kini masuk sudah kita ke bulan november. Pada bulan pertama blog ini dihasilkan, durianmangkau telah menghasilkan 5 post di blog murahan ini. Sekadar pemanas badan mempelajari selok belok penulisan blog dan mendapatkan reaksi pembaca. Dan dengan sukacitanya durianmangkau akan meneruskan usaha menulis dan berkongsi dengan semua. Walaupun ramai yang dengan sinis bergurau seakan memperbodohkan tindakan durianmangkau, namun ramai pula dengan tidak dijemput seakan-akan memberi sokongan padu kepada durianmangkau. BERHENTI DAN SEYUM kawan-kawan ku.. =)

    Semua ini hanyalah tulisan ringan untuk berehat-rehat dikala otak sebu untuk berfikir. Jika durianmangkau ingin menunjukkan kepandaian, saya orang bodoh tuan-tuan. Jika durianmangkau ingin mencari publisiti, tidaklah kiranya menulis dalam kelambu. Jika durianmangkau ingin menunjukkan kehebatan, tidaklah seringkali menyepikan diri. Baca dan senyum kawan-kawan ku.. =) Sekadar hiburan semata-mata.

  November kali ini datang membawa hujan, begitu juga Hari Raya Aidil Adha, Sukan Asia menagih keringat wira-wira negara, Deepavali baru sahaja berlalu tidak berapa lama dan yang paling terasa melihat rakan-rakan seusia menghitung hari menerima segulung ijazah. Atas sebab kemalasan dan salah sendiri, durianmangkau tercicir dari perjuangan yang pernah dijanjikan akan diselesaikan bersama-sama. Tahniah dan tabik hormat kepada mereka yang berjuang mendapatkan ilmu, dunia semakin rosak dengan tangan-tangan korupsi dan ketamakan harta dunia. Anda berpeluang membetulkannya semula, dengan ilmu didada pergilah membersihkan dunia.
 
 Blog ini akan terus cuba menghiburkan anda dibulan November ini. Beberapa kolum baru akan mengisi ruang durianmangkau.blogspot.com. Para staf dan penaja telah bersetuju untuk tidak lagi berkongsi link di akaun Facebook en. Amir Haliza (kuli batak). Jadi anda semua DIBENARKAN berbuat demikian, malah digalakkan.

  Seperti hujan, seteruk dan sejarang manapun ia melanda, pasti ada kebaikan jika anda benar-benar ingin memahaminya. Sekian terima kasih..

p/s : wahahahaha.. best-best.. terasa macam orang besar-besar je.. cam haram~ =)
     "berangan tak salah, asalkan pandai bertempat" Lagu= joget tak sudah. Artis = ND lala.

Tuesday, October 26, 2010

hahaha.. nah ambik. nak sangat kan idea buat ayat sweet.

  Sudah pagi buta, durianmangkau tidak dapat melelapkan mata. Jadi dari menghabiskan masa melayari laman-laman pornografi yang bersepah di dunia maya adalah lebih baik kiranya durianmangkau mengarut didalam blog sendiri. Semalam durianmangkau mendapat sms dari kenalan lama, "bro, send ayat sweet sikit bro. birthday awek aku esok". Kawan minta tolong, walaupun tak berkenan sangat dengan perempuan tu kenalah juga memberi sesuatu dihantar untuk oleh kawan kepada temannya. Tapi apa yang durianmangkau nak membebel lebih lanjut bukanlah pasal ayat sweet atau apapun, tetapi benda-benda macam ni rasanya korang boleh buat sendiri. Durianmangkau tak membaca novel cinta ("ayat-ayat cinta" dikecualikan), tidak pula mempunyai ramai kenalan wanita. Ia datang dari melihat sesuatu dari perspektif yang lebih indah.

  Durianmangkau tidak dapat mengajar anda bagaimana nak mengubah apa yang kita lihat dan rasa kepada bentuk penulisan. Betul, memang tak dapat. Ia seperti sesuatu yang datang dari bertahun-tahun pengalaman dan termenung. Seperti anda bukan seorang penangkap gambar profesional, tetapi di depan anda ada suatu permandangan yang sangat indah. Anda mengambil gambar, permandangan itu ada dirakam tapi suasana dan perasaan anda ketika itu seperti tidak berjaya dirakamkan kedalam gambar itu. Tetapi kadang-kadang kita boleh menangis melihat gambar yang ditangkap oleh mereka yang profesional, terdapat jiwa dan pengertian didalam sekeping gambar. Begitu juga dengan menulis ayat-ayat sweet ini.  -saya bukan bagus, bodoh pulak tu.. takkan nak mengajar anda semua pulak kan? hehe =)

  Jadi bagaimana nak menulis ayat sweet tanpa perlu memetik dari filem (memang selalunya budak pompuan akan perasan korang rembat ayat kat filem mana) ?? kita boleh alih bahasa dari lagu melayu yang diorang jarang dengar. Kalau diorang selalu dengar pun pedulik apa, kita alih sampai mereka tak dapat tangkap. hahaha. opps sorry, memo ini untuk kaum wanita juga. Cuma durianmangkau dapat rasakan budak perempuan tiada masalah menulis ayat sweet kerana mereka dari kecik mempunyai kebolehan memujuk .

  Alih bahasa lirik lagu melayu? macamana pulak tu?.. 

  Hahaha. Soalan yang baik.  Kerana kita lahir dalam dunia yang merasakan apa yang barat buat semuanya bagus, sampai segan ingin menghantar teks sms ucapan dalam bahasa melayu. Alasannya, bunyinya terlampau jiwang. emm.. bukan pendapat durianmangkau, itu yang dapat disimpulkan dari ucapan mulut dari belia-belia sendiri. Jadi terpaksalah segalanya ditulis dalam bahasa english supaya nampak lebih uptodate dan cool. Kita cuba ingatkan lagu yang sesuai dengan situasi anda ketika itu, dengar lirik nya dan cuba tukar kepada bahasa english. -

  Contoh pengalihan pertama, 
  -tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan..  (contoh lar!!! korang nak yang best buat sendiri lar)

   kita dah nampak pantun diatas pasal rindu, maksud utama ialah jangan buat tak endah je bila awek ko ada, esok dah tiada sibuk misscall-misscall.. ambik konsep, curi idea dan cetak rompak. mari kita memalukan diri sendiri dengan tahap bahasa english yang sangat lemah~!!
 
  - you see me but you never notice, you hear me but you never listen, make me wonder, when im gone will you ever missing me? (ayat nak hujung-hujung hubungan)

  nampak tak maksud ambik konsep, curi idea dan cetak rompak. Tak best? memanglar. Sebab tidak kena ngan situasi anda sekarang. Takkan nak bagi kad raya time kenduri kahwin kot. nak best buat sendiri. Peghh.. aku tulis panjang-panjang suruh korang buat sendiri..

   Contoh pengalihan Kedua,  
-Angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu,memori silam meresap malam, kenangan bersama tersimpan selamanya. -lagu untukmu, artis Feminin

Wahahaha.. Mesti ramai tak puashati kenapa lagu ini yang dipilih durianmangkau . kerana ianya  contoh terbaik untuk teknik yang kedua dipanggil pusing-pusing. Dalam teknik ini anda hanya perlu menukar lirik terus ke bahasa english, pusing-pusing berlaku kerana gaya bahasa english sangat berbeza dari bahasa melayu jadi perlu memusingkan kedudukan patah perkataan ke tempat yang bersesuaian.

-  in a glance the breeze make me reminiscing you, while old memories absorb into the night and it forever  kept the story bout me and you.

 emm.. bolehlah.. malas nak pikir lama-lama.. Saya hanya ingin memberikan contoh, gaya persembahan semuanya bergantung kepada anda. hahaha. =) perghh.. kalau tiada sebab munasabah untuk gubah ayat, durianmangkau terasa macam menipu diri sendiri. buruk je dengar contoh diatas.

bukak minda anda.. Jangan pikir pasal lagu jiwang dan pantun. Pikir nak alih bahasa lagu-lagu Search ker, nasyid, atau cuba translate lagu m.nasir kepada poetry (sajak english).  Durianmangkau pun english tak A+ jugak waktu spm dulu, kita bantai jer. (Eng4scinNtech dapat, lari tajuk).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-d.j radio dah buat benda ini. Durianmangkau tak cakap idea sendiri pun.  Walau apapun, yang pasti kawan-kawan mempunyai sedikit pilihan untuk menulis sekarang. Takkan nak quote ayat movie jer, semua orang mampu tengok wayang sekarang. tak menarik la nanti ada 9 orang post benda sama kat status facebook .  Jadi!! jangan sms aku pasal mintak  contoh wishes ke apa ker, aku dah bosan buat benda-benda ni. Mengaji lagi bagus. bukan dapat duit pun tulis ayat bunga-bunga.

    Durianmangkau lagi suka menukar lirik bahasa inggeris ke bahasa melayu. Baiklah tiba waktu ketempat kerja. Hari pun dah subuh dah ni. satu malam mengarut depan p.c .. Sebelum artikel ini ditamatkan, terimalah hadiah dari durianmangkau dengan ucapan, sayangi bahasa kebangsaan kita.

bila ku meihat kedalam matamu, dapat ku rasakan cinta itu menolak,
tapi sayang bila ku dakap mu tidak kah kau tahu aku berasa begitu juga,
Tiada apa kekal selamanya, dan kita tahu hati akan berubah,
dan sangat sukar memegang lilin didalam kesejukan hujan november.
(lagu legend = november rain, artis legend = GUN N ROSES)

Friday, October 22, 2010

cinta? perghh... salah meja lar kawan.. saya x reti lar. part1

   Dua minggu kebelakangan ini sibuk orang post pasal cinta di wall facebook masing-masing. Mood untuk berkasih sayang seakan kebetulan berlaku pada waktu yang sama untuk semua orang. Mungkin kerana banyak majlis perkahwinan berlangsung pada ketika ini memberikan suasana teruja untuk mereka berkongsi pendapat dan maklumat tentang cinta. (dah mengenyam sangat korang ni). hehehe aku akan gunakan peluang ini untuk mencari makan menulis sesuatu tentang cinta.

  oh, CINTA.. perghh.. geli bukan bunyinya?. (ya kak, budak lelaki tak boleh sebut benda ni. hilang cool).
Berkasih sayang, berpegangan tangan dikala berjalan-jalan sambil menghirup udara tapis penghawa dingin di dalam kompleks membeli-belah. perghh.. makin geli bukan?.. mari tambah lagi.. dan dikala sedang hampir waktu tidur menunggu panggilan si bunga. "sayang, selamat malam.. jaga diri baik-baik.. i love you.. muahhx~". sudah meremang bulu roma anda? ..dan ketika diri masih terasa disayangi membuatkan mata selesa untuk tidur tiba-tiba mendapat sms berbunyi "i miss you already!".. wargh!!!!!!!

jap.. tekak mual ..erkk.. serius,. memang mual, bukan tulis je..

  Kadang-kadang kita terpikir ke tidak macam mana kelakuan kita boleh ketahap sebegitu?. Yang budak-budak lelaki memang takkan mengaku pernah buat macamtu. Ketika durianmangkau sibuk menuturkan bahasa indah yang dipetik dari buku-buku lama seperti hikayat hang tuah (kumpulan teks), sastera sufi dan lain lain, teruk di tertawakan dengan perkataan seperti "jiwang lar lu mamat" "dalam hati ada tisu".. Tapi ketika mereka bersama dengan temannya, adui! drama melayu.. hehehe rilek.. Korang macho kan? .. dey sudarlar.. aku pun lelaki jugak. =)

  Apa yang durianmangkau tahu tentang cinta, yang pasti ZINA BUKAN CINTA.

  Apa lagi yang durianmangkau tahu tentang cinta, ya, sayang dan cinta ada tahap yang berbeza.

  Apa lagi?

  ...krickk krickkk (sunyi sehingga terdengar bunyi cengkerik dari luar tingkap rumah)


  Mungkin cinta seperti meletakkan sesuatu yang disayangi dekat dengan hati kita, walaupun dicaci dan dihina benda itu tetap kita pegang dengan kemas. melindungi benda itu dengan niat tidak mahu dirosakkan oleh tangan-tangan durjana, biarpun tangan durjana itu tangan kita sendiri.. Menyimpan rahsia kecacatan benda itu supaya tidak menjadi fitnah kepada orang lain. atau mungkin tidak.

  Tetapi dari apa yang dapat .. .. .. .. .. .. .. ..

  ----setakat ini dulu kolum [cinta? perghh... salah meja lar kawan.. saya x reti lar.] untuk minggu ini . Nantikan sambungannya setiap hujung minggu..  wahahahahaha amacam? sakit jiwa tak diperlakukan sebegini. =) serius beb.. minggu depan gua sambung balik.. dah tulis. saja simpan dalam draft dulu.. Terima kasih kerana sudi singgah.

 

 








   

Wednesday, October 20, 2010

music.. band, [-The Diamond-]

Selamat tengahari warga malaysia.
Cuaca agak panas hari ini.. Ketika sedang asyik mengelap ketiak yang basah dengan peluh, hati teringin mendengar lagu-lagu tenang dari band-band yang melagukan irama indie rock dengan lirik mempunyai kaitan  simbolik dengan kehidupan pemuda-pemudi klang..
-cium bau ketiak sikit, perghh harum~

  Dengan tidak dijemput dan selamba tenang tanpa meminta izin, durianmangkau akan memulakan kolum music dengan memperkenalkan band indie rock dari klang yang menggelarkan diri mereka The Diamond.
Siapa mereka ini? best sangat ke budak-budak ni? tepuk dada tangan, tanyalah selera kaunter pertanyaan..

  Durianmangkau secara diam telah mengikuti band ini selama 4 tahun. Walaupun hanya sekali melihat mereka membuat persembahan pentas (dataran klang, tabung Gaza),  dengan hanya melihat video mereka di youtube berjaya membuat durianmangkau tersenyum. Sesekali teringat telatah berani ahli band membiarkan vokalis nya berjoget seperti jack black diatas pentas. "sakit otak agaknya budak-budak ni" bisik hati durianmangkau.

   Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh lima pemuda dari klang yang lahir pada tahun 1989, diketuai oleh vokalis merangkap gitaris merangkap kapten pasukan yang bernama Azmi. Masa menentukan segalanya, kematangan usia pasti mengalahkan semangat muda yang dulunya terkinja-kinja. Mereka semakin matang dalam menentukan keputusan dan pilihan demi halatuju kumpulan ini. Kini, perjalanan kumpulan ini nampak lebih teratur dengan hadirnya beberapa ahli yang berpengalaman dan vokalis baru yang mempunyai nama besar dalam arena muzik bawah tanah klang suatu ketika dulu, Adan.

  barisan pejuang;
   Adan - vokalis
   Azmi - vokalis, gitaris
   Wan  - Bes
   Syafeeq - dram
   mus - gitaris kedua.

 Untuk mendengar lagu-lagu mereka dan mengenali mereka dengan lebih rapat, sila ke pautan ini http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/The-Diamond/180798943945 ..

  Durianmangkau pernah melihat banyak band klang naik dan turun.. ada antara mereka pernah menggegarkan dunia muzik tanah air dengan bakat luar biasa kemudian hilang entah ke mana.. ada juga yang berjaya tahap luar biasa kemudian mengaku bukan dari klang.. Mungkin  bila kumpulan The Diamond ini berjaya menghasilkan album nanti, durianmangkau tidak membeli album mereka (aku paw je budak2 ni).. Tapi cukuplah cereka mereka diabadikan didalam blog murahan ini..

  --Jangan sia-siakan potensi yang ada. jangan jadi Durian Mangkau.. Hijau, besar, cantik, gugur indah dikala hujan turun, tapi isi nya keras. terbuang tak dipedulikan..
chop!!! orang selangor sebut mangkar.. ke korang orang utara sebut mangkak..

Monday, October 18, 2010

baskin robbins sonnet~

hai all~.. this is my first post in english... as a rural malay boy, its hard to polish my writing and english conversation.. right, because i never had the chance to use it.. =) so if you found my grammar or spelling is incorrect, just drop a comment and let me know.. thanks.. really appreciate it.. 

years ago, while im waiting for my convocation.. (just a certificate, i never had a diploma).. i worked part time job at baskin robbins ice cream store for a few month.. i never had the money to buy anything as a present to my friends, i gave them sweetwords that i wrote on sms then send it.. i look around, gather few of icecream name and ingredients..then try to come out with a sonnet.. or maybe a poetry.. or maybe just a rubbish..  so here goes....

1) even after we banana split,
   i kept seeing your shadow when sunset sherbeth arrived,
   i`ve lost you my gold medal ribbon,
   but you will always be in my hazzelnut dreams.

2) friendship is like a sugar cone,
    its so strong and lovely sweet,
    but it will crack by simple mistake,
    sorry if i ever made you sad,
    let our heart be vanilla white agains,

3) my heart soften like chocolate moose royal -
   when pure vanilla heart like you bring rainbow sherbeth  into my life,
   baby, you are my love stuck strawberry..

  -i had wrote more than 12 sms sweet letter using ice creams names and ingredients, but only 3 that i can still remember.. if you happen to have a girlfriend working at baskin robbins store, try to send this word via sms.. =)..

salam permulaan...

testing testing... ayam itik kambing... ehemm ehemm.. brrrrrrrrrbbbbbbbbbbbbb (bunyi bubbling kat bibir)..

assalamulaikum~
setiap penghujung hanyalah satu permulaan yang baru.. begitu juga permulaan blog ini... ia adalah kesinambungan daripada tamatnya riwayat menulis keatas kertas kosong dan biarkan helaian itu hilang entah kemana.. biarlah blog ini menjadi fail penulisan seorang penulis yang selama ini membiarkan hasil kerjanya dibakar setiap bulan bersama rumput kering.. Asap-asap itu pernah membawa beberapa karya indah dikala otak termenung separa sedar membiarkan diri ini dimakan usia ke awan...

chop!!!!!!!
haha.. rilek.. gua memang suka baca buku lama-lama.. tapi takkan tiap-tiap ayat nak berlagu-lagu.. come on lar.. baru 23 thn.. ok.. mari mulakan segalanya dengan cara yang sepatutnya.. adik-adik~ mari ikut abang..
bismillahirrahmannirrahim..
pandai pun..

pendapat saya selalunya berubah mengikut apa yang saya belajar dan rasa.. sebagai seorang yang tak belajar tinggi.. diploma pun takde.. pendapat dan idea selalunya ditolak mentah-mentah oleh kenalan baru.. ya tuan~ saya bodoh.. saya hina.. jadi.. saya tidak akan menjadikan blog ini tempat meluahkan pendapat.. erkk.. tarik balik.. saya mungkin akan meluahkan pendapat, hanya untuk mendengar pendapat orang lain..

aku cuma suka menulis.. biarlah aku menulis.. boleh ke aku menulis? lantak korang lar.. hahaha..

-pakcik,makcik,abang,kakak,sedara,kawan,sahabat,adik-adik.. saya datang dengan niat nak berkongsi, bukan merampas dan bukan memberi.. berilah saya peluang..