Showing posts with label dari berbual. Show all posts
Showing posts with label dari berbual. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Dari berbual : menoleh ke belakang, tertinggal barang.

Mood: gila emosional, dan berangan tahap jauh. 
Baru baru ini sedang asyik berborak dengan seluruh ahli keluarga, terlintas soalan keluar dari mulut adik kandung penconteng, “Salasilah turun darah (bloodline/lineage) kita sebenarnya apa ya abah?” –kita dalam ayat tersebut merujuk kepada diri sendiri..
 Dari situ terbongkarlah satu rahsia ke satu rahsia.. Dari gelaran kekeluargaan yang disorok , hingga betapa pekatnya darah yang kami bawa. Dari bapa ke anak lelaki ke anak lelaki ke anak lelaki.. Ada sesetengah manusia berpegang kepada keturunan dan ada sesetengah yang mahu keluar dari ikatan yang membelenggu itu. Kemana sahaja kita berlari, kita perlu duduk. Tatkala kita duduk berehat-rehat itu, sejarah silam akan sempat mengekori rapat.  Jadi untuk memudahkan keadaan, terimalah siapa anda sebenarnya.  Seorang anak tidak mewarisi dosa ibu bapanya, inikan pula pahala mereka. Anda adalah anda. Jadi, tidak salah mencari salasilah keluarga anda. Sekadar untuk pengetahuan sendiri.

apa ada disebelah sana? kenapa aku disini
  Mata pelajaran sejarah disekolah sangat membebankan mata, kadang-kadang anda mungkin terlihat ada rakan sekelas yang begitu aktif disetiap keadaan seperti mengalah mendengar penerangan cikgu didalam kelas lantas dia terbang kedunia mimpi berbantalkan lengan yang disilakan diatas meja.. Dari situ, minat terhadap sejarah luput didalam hati setiap belia.  
  Anda lahir di Bandar bersejarah, asal usul keluarga dari Bandar bersejarah , membesar di Bandar bersejarah dan masih tinggal di Bandar bersejarah. Adakah anda mengenali sesiapa  diantara ahli keluarga yang terlibat dalam peristiwa membentuk sejarah malahan pembentukan Bandar itu sendiri?  Jangan Tanya penconteng, keluarga penconteng merantau dari negeri lain. hahaha
Apa maksud KLANG? Buat apa nak tau kan? Bukan motor ex5 korang boleh tambah kelajuan pun kalau korang tau kan? =)  24 tahun hidup di klang.. 24 tahun.. orang di eropah kaji sejarah klang dan orang di jepun nak gali sungai klang. Anak di klang tidak mengetahui  sejarah tanah sendiri.  Tenang, kita serupa. =)

    Seorang pesara guru sekolah menengah yang kini khidmatnya masih diperlukan sebagai guru gantian bertanya “kamu ni leo (zodiac), perangai lain sangat dari leo . oyang (asal usul) kamu keturunan apa eh?” dengan selamba penconteng menjawab “entah, ketua kampong yang disanjungi seluruh rakyat jelata lepastu kena tikam dari belakang oleh pembantunya sendiri kot makcik”. Makcik itu tergelak kecil dan mengelengkan kepala.  Ketika itu penconteng seperti rasa tidak bersalah tidak mengetahui serba sedikit asal usul sendiri.  Namun sehingga kini , walaupun sudah mendapat sedikit petunjuk. Penconteng masih tidak mengetahui dengan tepat asal usul sendiri.
   Hercules, Jason, Achilles, beowulf, drakula, 300spartan dan lain-lain. Hampir seluruh belia tanah air mengetahui malahan boleh merungkaikan dengan selamba tenang dan bergaya kisah mereka (siap menyelak rambut sebagai tanda gua khatam cerita diorang la beb).

 Cuba kita tanya mereka kisah Lembing awang pulang ke dayang,  Panglima Salleh selempang merah, Awang the black traveler, dan lain-lain kisah lama. Agak-agak berapa ketul dari pemegang sijil pelajaran Malaysia mengetahui kisah mereka? .  Masih ada yang mengetahui dan mengkaji. Kenapa kita taknak ambil tahu langsung.  Kita boleh hafal setiap jurus yang diturunkan oleh ero sennin jiraiya kepada uzumaki naruto, malah boleh mengingati kisah bagaimana kakashi gagal menggunakan chidori pada awal penciptaan jurus itu. Namun ramai antara kita yang tidak mengetahui kisah Natrah di singapura. Ambillah sedikit masa mengetahui kisah klasik zaman silam tanah melayu. Penconteng bukan ahli sejarah dan bukan pula peminat fanatik sejarah, tapi kerana nasib selalu membawa diri menghala kepada terserempak dengan kisah-kisah ini. Dah terbukak, bacalah sedikit.
     Ramai pengkaji sejarah meminati sejarah klang kerana ada kisah PERANG!. Perang lar kawan-kawan. Takkan korang tak minat nak tau pulak kan?. Hehehe Kalau borak dengan ahli-ahli persilatan, anda akan dengar kisah terowong rahsia, pendekar-pendekar dari kampung jawa, pendekar dari kg. pandan, istana lama. Jika borak dengan tokey cina anda akan dengar kisah kongsi gelap zaman dulu, bijih timah dan lain-lain. Ingat kisah buaya sungai klang? .. Tak perlu ke zaman dulu kala jengking, kita langkah sedikit sahaja kebelakang. Klang dilanggar gagak? Skatepark andalas? Dataran klang? Greatwall terbakar? Stesyen bas lama? gig  Bangunan metro tempat rockstar pun susah nak menangi hati crowd?  Kawan-kawan boleh singgah ke blog yang tersisih dan tak dipromosikan ini, takkan lah tak berupaya nak google sejarah Bandar sendiri..  =)  -wayang kt centrepoint pun dah tutup..
   Sentiasa ada bahagian yang tersorok dalam setiap kejadian, jadi anda perlu menafsirkannya dengan gunakan pemikiran yang terbuka dan membayangkan diri di tempat mereka. Dulu penconteng selalu membenci sejarah lama kerana terlampau banyak kisah tikam belakang, kini penconteng sedar tujuan sebenar pembelajaran kisah itu ialah untuk kita menilai yang baik dan buruk dan gunakan sebagai pedoman dan pengajaran. Tak kisah lar nenek anda berketurunan pawang besar atau  atuk anda pula berketurunan lanun, jangan dibenci keturunan sendiri. Anda ialah anda. Pegangan hidup yang sebenar ialah jalan islam. Dan jangan kau terlampau mengagungkan keturunanmu. Kita hanya manusia. Dari tanah ke tanah jua.

  Penulisan kali ini bukan untuk menunjukkan kelebihan sesiapa yang mempunyai keturunan yang baik-baik  dan mereka yang mengetahui selok belok sejarah. Tapi sekadar untuk menjentik perasaan anda apabila selepas ini jika anda terjumpa perkara-perkara berkaitan dengan sejarah, anda akan berkata “kewakkk,, gua ada ingat lah sorang blogger poyo membebel pasal bender ni dulu,, story sikit lagi kat gua”.
  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Dah jauh berjalan, berpuluh-puluh musuh ditewaskan, jatuh bangun semula. Sampai ke destinasi, tidak tahu apa yang diperjuangkan. untuk apa dan demi siapa. Sesekali toleh lah ke belakang, kalau tertinggal kunci macamana nak bukak pintu. =)
-dude, gua pandai tulis.. tapi tak pandai buat.. ahahhaha =) sama-samalah kita belajar. Gallery diraja sebelah ktm tu pun aku taktau orang kebanyakan boleh masuk ke tak. hehe hari2 lalu sana. dah jauh kita ke barat oi, yang tak elok nak ikut  yang baik dari sana tak terkejor pun..

Thursday, November 11, 2010

dari berbual = Sangat jauh dari tanah.

  Tumit terasa sangat merindui benda buangan yang terbiar tak dipedulikan. Tapak kaki keluh kesah seperti belum pernah merasai keselesaan. Sakit, sangat sejuk memijak lantai setiap kali bangun dari tidur untuk ketandas. Kadang-kadang hati cemburu melihat nenek tua yang sudah mempunyai lebih dari sebelas cicit masih gagah menebas lalang didepan rumah memberi ruang kepada rumpun-rumpun tebu menunjukkan warna meriah hijau, kuning dan ada pula hitam kepada pembelanya. Hina sangat kah elemen kehidupan dipanggil tanah untuk kita hindari sekian lama.

  Sudah sekian lama tapak kaki ini tidak memijak rumput segar dipadang bola, atau memijak pasir pantai yang putih, menahan kesakitan akibat terjun dari pokok, dan sekadar memijak batuan kecil didalam sungai membiarkan air sejuk meredakan semua langkah perjuangan hidup yang seringkali memberi tekanan pada kaki ini.

  Bilakah kali terakhir anda memijak tanah?
 1) bangun tidur memijak mozek mahal berwarna putih jernih dengan hiasan jalur merah seperti belahan batu.
 2) Keluar dari rumah ketempat parkir kereta yang ditar hitam, menunggu tren distesen komuter yang disimen padu dengan konkrit.
 3) Bekerja dibangunan 12 tingkat atau sebuah kilang industri.
 4) Berjalan-jalan di kaki lima atau menghabiskan masa sekadar melihat-lihat gadis berkeliaran di kompleks membeli-belah.
 5) Menghentak-hentak ringan tumit kaki di pelantar besi yang dilapit dengan getah dan gentian plastik didalam kereta sambil mendengar lagu lady gaga di radio.
 6) Mengayuh basikal di lebuhraya seperti seorang atlit, meluncur di skatepark sambil berusaha menyempurnakan "kick flip masuk 50-50 keluar nolie", berpusing-pusing mencari ruang untuk melepaskan bola melalui bawah kelengkang rakan di gelanggang futsal.
 7) Duduk menonton televisyen sambil menunggu waktu masuk tidur.
 
  Terlupa kali terakhir memijak tanah. Yang pasti bulan lepas ada ke rumah seorang makcik untuk mengambil barang-barang mentah dari kebun kecilnya untuk dijadikan produk makanan, dan sangat pasti ketika itu memakai selipar berjenama bata. Paling hampir tapak kaki ini merasai perasaan memijak tanah berkemungkinan sebulan yang sudah. emm.. sebulan.
 
  Bila duduk-duduk termenung sambil mengurut tapak kaki yang sakit, hati dan perasaan mula melayang mengenang saat-saat gembira ketika kanak-kanak apabila setiap petang sebelum senja masing-masing berebut ke pili air mengambil giliran membasuh kaki yang diselubungi dengan pasir, bau lopak air, lumpur dari hujan yang membuatkan padang bola menjadi seperti kolam renang. Walaupun kadang-kadang luka akibat terpijak batu tajam, paku, serpihan kaca, duri pokok semalu dan lain-lain, kaki kanak-kanak itu terus berlari keesokan harinya. Ketika sedang sibuk membasuh kaki, tiba-tiba hujan turun dengan lebat . "wei, jom last!!", beramai-ramai membuat terjunan bebas keatas tanah dan membiarkan badan menggelongsor sejauh yang mungkin. Seakan meraikan sesuatu yang besar seperti menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir. Dari ingin membasuh kaki, kini terpaksa mandi di pili dan menanti masa dimarahi penjaga dirumah apabila mereka sedar ada baju berlumpur terendam didalam besen  di belakang rumah.

  Setiap kali anda ke padang bola, perhatikan rakan-rakan anda ada yang sengaja membiarkan kakinya berehat diatas rumput selepas membuka kasut but berbau kepam. Jika dipantai ada yang menjinjit selipar flip-flop quiksilver dan membiarkan kakinya merasai kehalusan pasir pantai. Perkara seperti ini tidak perlu diajar, ia berlaku tanpa sedar. Yang pasti, kaki anda merindui tanah. Jangan terasa hina jika ada yang melihat anda seperti orang miskin hanya kerana anda duduk diatas selipar dan membiarkan tapak kaki anda merasai tanah ketika anda menunggu tali pancing dimakan umpannya oleh ikan ditasik rekreasi. Layanlah kaki anda dengan baik. Ia rindu dengan tanah. Bawalah ia ketempat yang mulia, kerana ia berhak berada disitu. Dan janganlah melakukan kerosakan ke muka bumi ini.

nota = oi!! bukannya aku suruh korang kaki ayam kemana-mana.. adui. lurus sangat pun tak elok lar kawan.
hahaha. selipar dan kasut itu melindungi kaki dari kotoran dan bahaya serta mengelakkan dari tergelincir. sesekali itu pijaklah tanah tanpa pakai kasut.
cereka dilhamkan dari perbualan dengan seorang adik kepada nelayan yang berkerja di kota.