Showing posts with label meja editor. Show all posts
Showing posts with label meja editor. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Meja editor – November berhingus



  Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca semua. Penconteng tiba-tiba teringat yang penconteng bertanggungjawab mengisi 10 minit dalam kehidupan anda semua dengan bacaan santai yang tiada hala tuju atau sebab munasabab. Minta maaf kerana sudah lama tiada post dari kami warga Durianmangkau.blogspot.com. Seperti yang tertera ditajuk kali ini, hingus ku meleleh lagi. =)

  Teruja bukan bulan ini? Menanti cuti sekolah dan melayan adik-adik kecil setiap petang. Senyuman tidak ikhlas ketika membayar di kaunter apabila anak anda berkata “ibu.. nak keropok!!” atau  “abah.. air tin!! Air tin!!” ..  Hahaha Ketika kita kecil dahulu, habis tak cukup sedara-mara kita paw (peras ugut) ketika cuti sekolah. Jangankan ahli keluarga, jiran tetangga pun tidak lepas kita paw dengan aiskrim kon berharga 50 sen yang dijual oleh motorsikal-motorsikal ex5 diubahsuai menjadi kotak ais bergerak.  Kini apabila sudah menjadi dewasa, giliran kita pula menjerit di lorong rumah sambil mengangkat not rm50 ke udara dan menjerit “siapa nak aiskrim!!!!! Abang belanja!!!”.. Lalu berlarian anak-anak kecil mengerumuni penjual aiskrim. 

  Seronok.. 2 lagi orang yang mempengaruhi jalan hidup penconteng telah melangkah ke alam perkahwinan. Majlis tersebut akan dijalankan benar-benar disebelah rumah penconteng, satu disebelah kanan dan satu lagi sebelah kiri. 2 hari berturut-turut. Kemeriahan  bulan  lepas disambung lagi, seperti tidak cukup-cukup meraikan saudara-mara. Dimana penconteng mungkin berada?, disebuah markas yang telah dihiasi dengan bantal peluk dan kerusi panjang. Apabila rumah kanan bertanya mana penconteng, mereka beranggapan penconteng berada di rumah kiri. Begitulah sebaliknya. Muahahaha Ulau melingkau diatas pagau, durianmangkau hilang pergi mengulau. =)

  “gol!!!” Badrol bakhtiar punya rembatan lain macam tekniknya. Pergi terus bola, tetapi menjunam dengan laju. Walaupun jika dihiasi dengan sedikit lencongan mungkin akan lebih cantik, tetapi cantik tidak memberikan apa-apa impak jika tidak mengenai sasaran. Badrol, teruskan membuat percubaan seperti itu diluar kotak penalti, deras dan menjunam. Menang emas bolasepak di sukan sea seperti painkiller yang paling mujarab bagi menghilangkan sengal-sengal badan akibat melihat satu persatu emas yang mudah diraih skuad negara di rampas tuan rumah Indonesia. Kelebihan bermain di tempat sendiri, tiada apa yang hendak dibantah penconteng. Teruskan berjuang harimau muda.  Kita perlukan emas bola sepak. Owh yer, Tema sukan sea kali ini, “barsatu dan bangkit”.. hahaha bersatu?  Lagu Negara Malaysia pun mereka tidak reti hormat. =)
  “sreettt… sreett” menyedut kembali hingus yang hampir-hampir meleleh.  Panas terik kemudian disulami hujan lebat. Pertukaran secara tiba-tiba. Syukur kepada pencipta sekalian alam, memberi peluang kepada kami  merasai kedua-duanya sekali dalam masa sehari. Beberapa buah Negara di barat sedang kesejukan menanti ribut salji, beberapa buah Negara di afrika memanggil-mangil hujan. Kita selesa. Subur. Cukup makan minum. Namun dimana rasa syukur rata-rata belia? Memarahi alam setiap kali batuk-batuk tetapi anda merokok. Menggeleng-gelengkan kepala setiap kali pokok didalam pasu kering, tetapi tidak sekali pun anda menadah air hujan dan menyirami pokok-pokok itu ketika mereka kehausan air dari alam. Penconteng selesema, tetapi berat hati ingin mengeluh. Sepanjang tahun kita berasa sihat, tetapi jarang-jarang mengingati kehebatan tuhan. Tetapi bila sakit, “aduhh!!!! Sakitt!!”.. Bukan sahaja di wall facebook, malah hampir-hampir ingin melaporkan kepada pihak polis jika diberi peluang. =)  kena ke bagitau dunia? Dimana ego? Dimana privasi?..
  November kali ini mungkin agak perlahan sedikit contengan dari penconteng, almaklumlah otak sedang sebu. Ya, blog ini sekadar bacaan ringan ketika otak sedang sebu untuk berpikir. Tetapi, jika ingin menconteng otak tidak mampu bergerak ketika sedang sebu.
-senyum!! Hujung tahun korang dapat bonus kan? .. hehehe

Saturday, April 9, 2011

Meja editor - Blues di april


Assalamualaikum.. penconteng sedang dilanda masalah termenung yang sukar dikawal.. Sudah lama tidak mengambil tahu urusan blog sendiri, sibuk membaca blog-blog orang lain. Tanpa disedari blog yang tersisih lagi disisihkan ini sudah mencapai seribu bacaan. Tidaklah suatu yang “gempak” ataupun “cemerlang”, namun jika diambil kira dari sudut menconteng untuk mengelakkan buah-buah pikiran memusingkan ayat ini dari terbuang ke longkang. Penconteng bangga dengan blog ini.

  Bulan  lepas, seperti yang disetkan tema nya.. Macam-macam berlaku kepada diri penconteng, kesannya terbawa-bawa hingga bulan april. Suka-duka hidup bersaudara tidak sedarah sangat kelihatan pada bulan lepas.. Penconteng kini jarang-jarang muncul di facebook, tidak lagi berminat dengan memberitahu dunia apa yang kita rasa dalam sepotong ayat. Seorang sahabat yang bersama-sama penconteng menconteng meja sekolah, lari dari kelas, menghadiri mesyuarat tertutup yang kami bukan ahlinya ketika di sekolah dulu baru sahaja bersanding bulan lalu. Tahukah anda, kerana semua maklumat diberikan di facebook ( penconteng lama tak online), terlepas dari menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. =) 

 Ajib wak keletong, aku tau kau takkan baca blog ini sebab kau pun taktau wujudnya blog aku..  Harap maaf. Bila aku bersedia, aku jumpa kau. Wahahaha.. yer-yer je aku janji nak bawak geng side sebelah sini pergi meru.. sorryy~!! 

 April bermula dengan meletupnya decoder astro di rumah ibunda penconteng, dengan ketiadaan astro di rumah penconteng mengisi masa bosan ketika menanti waktu mengantuk dengan membaca. Sakit jiwa apabila mengetahui sudah membaca habis 8 blog (English) dan  3 buku (satu novel sejarah, 2 perbincangan) dalam masa 6 hari. Televisyen memang punca ramai tidak membaca, dulu penconteng tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi sekarang sudah paham apa yang mereka ingin nyatakan.

 Blog ini mungkin akan mengeluarkan post-post membebel sepanjang april, kepada yang berminat tahniah diucapkan. Mereka yang tidak suka membaca bebelan, silalah ke blog lain. Penconteng sedang mengalami masalah termenung yang tidak terkawal.

-Belanja anda satu peribahasa yang masih digunakan oleh pakcik-pakcik di kedai kopi. “mendukung biawak hidup” .. Walau bagaimana tekad anda mahu selamatkan biawak itu, dia tetap akan cakar belakang anda.

  Setakat ini, penconteng tidak menganggap blog ini sesuatu yang membebankan. Bila mahu conteng, saya conteng. Jadi tiada biawak untuk diselamatkan.  blog ini tidak akan mencakar belakang penconteng, kerana penconteng sendiri tidak pernah terfikir untuk menyelamatkan blog ini. Andaikata blog ini gugur,  lantaklah...

=) 

Thursday, March 10, 2011

Meja editor = macam-macam Mac


Assalamualaikum.. sekali lagi janji manis penconteng yang tidak dikotakan. HahahaHa kuantiti febuari konon.. setakat 4 post kuantiti perbendernya.. =) terlampau sibuk dengan isu kerja dan hal peribadi. Sehingga terlupa mempunyai blog. Jarang memasuki facebook dan jika terlampau merindui kawan-kawan alam maya, masuk ke dalam facebook untuk sekejap sahaja.. Sejak setiap belia diwajibkan mempunyai facebook, Manusia sekarang seperti terlupa bagaimana cara membawa diri apabila bertemu orang. Perhatikan perangai rakan sekitar anda dan perhatikan diri anda.. Semakin terkinja-kinja dan kurang menghormati orang lain bukan?.. =)
Pada bulan lepas jika ada kesempatan pada masa petang, terus memakai kasut sneakers dan keluar berjogging.. Emm.. segar otak.. ilham untuk menulis datang mencurah-curah apabila badan kembali cergas.. Tidak semua benda boleh dikongsi bersama orang lain, jadi sekadar jadi simpanan peribadi.. (ada novel separa siap dalam pendrive aku beb) huhu =)
Macam-macam perkara akan berlaku di bulan mac. Arsenal kalah di tempat lawan, Barcelona tetap pilihan untuk menjadi pemenang liga kejuaraan eropah. Harimau muda akan bertempur di Pakistan. Sambutan Hari tentera darat baru sahaja berlalu. Budak-budak akan cuti sekolah (bersepah lah rumah aku kalau anak abang sedara nak duduk sini), keputusan spm akan keluar...
(berkata dengan nada perlahan, seakan merajuk)  Macam-macam Mac.. Jadikan bulan mac untuk mengenali semua dan cuba memahami semua.. Anda berada disitu ada sebabnya, mereka disana ada sebabnya.. Hormati jalan orang, mereka pilih jalan yang anda tidak pilih bukan kerana mereka tak bagus tetapi kerana dunia perlukan orang seperti mereka.. Jika semua orang berkejaran menjadi kuli kelas A, siapa mahu menjadi tokey kelas B?. siapa? Macam-macam jenis manusia didunia ini, rendahkan kepala anda.. Jangan menjadi doctor yang tidak menghormati tukang urut yang juga berusaha menyembuhkan umat hanya kerana anda seorang bijak pandai. Jangan dihina tukang sapu sampah di tepi jalan kerana yang membuat sepah rata-rata orang yang abis sekolah. Dimana ilmunya?. Resmi padi.. Makin berisi, makin tunduk ke bumi.. Ingat.. Makin berisi makin tunduk ke bumi..

 Penconteng tidak layak mengajar anda semua.. Saya hanya seekor sampah.. Jangan sampai jika dibuang kereta mewah, pakaian mahal, pasangan yang cantik dan rumah yang selesa.. yang tinggal hanya hati yang busuk.. Senyum kawan-kawanku.. =) Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir..

Durianmangkau.blogspot.com

Wednesday, February 2, 2011

Meja Editor : Kuantiti Febuari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. Terima kasih diucapkan kerana setia membaca blog yang ntah hape-hape ntah ni. Hahaha =) tak sangka ada orang baca blog aku weh~!!!!!

  Amat memeningkan kepala, kerana kolum "meja editor" ini ada pembaca nya yang tersendiri. Mesti ramai yang terasa diperbodohkan kerana setiap kali membaca ruangan ini, hanya bebelan dan borak-borak kosong yang dibaca. tetapi kenapa masih ada yang suka membaca ruangan ini? Salah satu kemungkinan nya ialah ramai yang suka membaca perkara yang ringan dan lebih ke tahap peribadi daripada berpenat lelah cuba mencari kesimpulan di sebalik persoalan dan pembincangan yang berlaku. Misi blog ini pada peringkat utama ialah "sekadar bacaan ringan dikala otak sebu untuk berfikir". Dan mungkin penconteng yang agak kepoyoan cuba menulis dengan gaya yang lebih serius. Ya, memang saya poyo. Hahaha =)

 Kadangkala-kala kita cuba menjaga kualiti agar berada di tahap yang kita mahukan, dan setelah bertungkus-lumus kemudian kita menyedari "ek..eleh.. takde bagus mana pun" dan membuat kita tersenyum sendirian. Sebab itu ramai yang cuba mengejar kuantiti, dalam seratus percubaan, mungkin 10 yang disukai dan 90 ialah sampah. Ya dari segi peratusan memang gagal tahap longkang. tapi jika sebulan hanya 2 post, dan kedua-duanya orang tak suka, lagi jahanam.. hehehehe =)

  Febuari akan melihat blog ini  menjadi tempat pembuangan sampah tulisan penconteng .. "Jika anda seringkali membeli pakaian di butik emas, ada takkan menjumpai berlian di poket seluar bundle kat pasar malam". Jadi mulakan menyelam, carilah mutiara di sebalik timbunan kulit-kulit tiram yang tidak berguna. Febuari ini menjanjikan kuantiti!!!!!! akan penconteng lambakkan semuanya.. Carilah sesuatu untuk anda. Tak dapat t-shirt buat pergi dating, boleh buat kain buruk. Yang penting carilah dan gunakan ikut pemahaman anda, lagi bermakna dari sekadar tunjuk dan hulur kat kredit. =)

-apasal metafora kali ini agak pelik?. jika anda terasa begitu, bermakna anda tidak pernah menjejakkan kaki ke kedai bundle pakaian terpakai dan anda seringkali membeli pakaian berjenama. Tahniah~ saya bukan orang macam itu. hehe Jadi abaikan metafora penconteng. Tika dan saat post ini diconteng, penconteng memakai seluar jeans yang dibeli di kedai bundle. so what? (sambil membuat muka gedik), anda boleh memakai seluar mahal anda, tetapi anda tetap kena ikhtiraf saya tampak lebih bergaya. Wahahahaha Bergurau je kawan-kawan~!! =) tenang..
semua orang ada cara masing-masing. teruskan menghormati pilihan orang lain yo!

Tuesday, January 4, 2011

meja editor, pertama JANUARI ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog yang tersisih lagi disisihkan ini.. hehe Januari kembali, pernahkah januari pergi? tidak didalam blog ini. =) Bulan januari pertama didalam sejarah kejadian blog durianmangkau.blogspot.com.. Tahun yang baru, kejadian baru, cerita-cerita baru dan paling penting nickname baru.

apa? nickname baru?.. Ya cik akak dan cik abang.. saya tiada lagi membahasakan diri sendiri sebagai durianmangkau kerana mendapat tahu ada penulis lain menggunakan nickname durianmangkau.. Jadi setelah beberapa kali percubaan memikirkan nama pena yang baru, saya memutuskan untuk membahasakan diri sebagai "ahapasesuksde".

  Apakah itu ahapasesuksde? ia adalah singkatan untuk Amir Haliza Anak Pak Andak Simpang Empat Sungai Udang Klang Selangor Darul Ehsan.  wahahaha.. Tak relevan? lantak korang lar.. =) Hanya sementara sahaja,  mungkin pada keluaran post yang akan datang akan muncul nama pena baru.. Ahapasesuksde perlu membahasakan diri dengan nama gelaran kerana ia sangat memudahkan kerja ahapasesuksde menconteng. Apabila ahapasesuksde membahasakan diri sendiri dengan aku, saya, i dan lain-lain ia akan serta merta akan membuat pembaca terasa seperti berbual berdua dengan ahapasesuksde. Dan disebabkan rata-rata pembaca mengenali ahapasesuksde di dunia nyata, ini akan membuatkan pembaca terasa seperti berbual dengan amir haliza yang pembaca kenal di luar sana. Kami adalah dua personaliti yang berbeza. Sangat berbeza. Menjengkelkan bukan membaca "ahapasesuksde", lagi menjengkelkan kalau taip perkataan itu, asyik silap jer...ahahahaha =)

Tukar lagi!!! last.. gelar diri sendiri disros.. disros = this rose = ros ini = rosni.. Rosni, nama ibu  aku. aww~~~ sweet bukan? hehehe (ayat sweet di dalam kolum lain ye)

lantak apa orang nak kata, Penconteng ialah nama pena baru penulis blog ini. jika ada orang sama juga? buat taktau jerlah, bukan pconteng buat duit pun tulis blog ni. =) sekadar buat bacaan ringan dikala otak sebu untuk berfikir.

Senyum kawan-kawanku, ini tahun kita.. mari berguling~!! ( lets roll ~!)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
-apa azam pconteng? erkk silap blog.. nak cerita azam tahun baru pergi masuk blog orang lain.. stereotaip sangat pun tak elok..  huhu

Wednesday, December 1, 2010

meja editor, Penanda DISEMBER.

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.
November berlalu dengan tenang. Walaupun hujan masih akan melanda, kita semua pasti sedar disember memberi makna yang berbeza. Mengambil kesempatan disini untuk mengingatkan pembaca, kita melalui tahun yang agak baik. Masih berkesempatan berchatting di facebook, minum di kedai mamak, mengurut kaki ibu yang sengal-sengal sebelum dia mahu masuk tidur dan berbelanja mengikut tahap kemampuan masing-masing. Sesekali renungkan nasib saudara kita di palestin, tanah dulunya mereka bercucuk tanam kini hanya mampu dilihat dari jauh. Nasib saudara kita di sini, ada yang kehilangan segala-galanya akibat bencana alam. Seteruk mana pun kita mengeluh, masih ada yang lebih menderita.

  Pada november yang lalu, banyak idea dan draf yang terbiar tidak di pos ke blog ini oleh durianmangkau. Antara faktornya ialah kegagalan mendapatkan gambar dari kamera rakan dan cuba untuk tidak terlampau membanyakkan artikel merapu. Kecewa kerana pada pos pertama dalam sejarah blog ini, durianmangkau menyatakan untuk menjadikan blog ini sebagai fail penulisan. Persoalan nya, siapa ingin membaca novel tulisan seorang beginner atau bud-bud-banana (budak-budak baru nak naik), lalu ke asyik membaca ucapan-ucapan manis, nak ke korang baca sajak kotemporari? emm.. jadi biarlah durianmangkau mengambil langkah  berjaga-jaga dengan memberi semuanya dalam keadaan berkala.

  Sentiasa pastikan kemeja anda bergosok, kita tak tahu tiba-tiba akan mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakan. Ini bulan Disember. Sediakan sweater(baju panas)  dan payung di dalam kereta. Ini bulan Disember. Rancang dan tempah pakej percutian anda dengan baik. Ini bulan Disember.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
   anda seorang perokok tegar, anda boleh hidup tanpa rokok tapi anda tetap merokok. Duduk menunggu seseorang, sambil membiarkan asap keluar dari mulut dan hidung. Tenang dan penuh perasaan kan?.
durianmangkau menconteng di blog kerana durianmangkau terasa sebegitu apabila menulis. Tidak sedar tangan sedang bergerak menaip, yang pasti hati dan minda sedang ligat bermain kata dan semuanya ternampak di monitor. Satu huruf per satu huruf sehinggalah rokok itu habis.  dan orang itu sampai. puntung rokok dipijak, broadband diputuskan talian. -dengan cinta, kamu dipecat!!!

Monday, November 8, 2010

meja editor, HUJAN NOVEMBER.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia (haha.. acah2 ada majalah sendiri sikit). Kini masuk sudah kita ke bulan november. Pada bulan pertama blog ini dihasilkan, durianmangkau telah menghasilkan 5 post di blog murahan ini. Sekadar pemanas badan mempelajari selok belok penulisan blog dan mendapatkan reaksi pembaca. Dan dengan sukacitanya durianmangkau akan meneruskan usaha menulis dan berkongsi dengan semua. Walaupun ramai yang dengan sinis bergurau seakan memperbodohkan tindakan durianmangkau, namun ramai pula dengan tidak dijemput seakan-akan memberi sokongan padu kepada durianmangkau. BERHENTI DAN SEYUM kawan-kawan ku.. =)

    Semua ini hanyalah tulisan ringan untuk berehat-rehat dikala otak sebu untuk berfikir. Jika durianmangkau ingin menunjukkan kepandaian, saya orang bodoh tuan-tuan. Jika durianmangkau ingin mencari publisiti, tidaklah kiranya menulis dalam kelambu. Jika durianmangkau ingin menunjukkan kehebatan, tidaklah seringkali menyepikan diri. Baca dan senyum kawan-kawan ku.. =) Sekadar hiburan semata-mata.

  November kali ini datang membawa hujan, begitu juga Hari Raya Aidil Adha, Sukan Asia menagih keringat wira-wira negara, Deepavali baru sahaja berlalu tidak berapa lama dan yang paling terasa melihat rakan-rakan seusia menghitung hari menerima segulung ijazah. Atas sebab kemalasan dan salah sendiri, durianmangkau tercicir dari perjuangan yang pernah dijanjikan akan diselesaikan bersama-sama. Tahniah dan tabik hormat kepada mereka yang berjuang mendapatkan ilmu, dunia semakin rosak dengan tangan-tangan korupsi dan ketamakan harta dunia. Anda berpeluang membetulkannya semula, dengan ilmu didada pergilah membersihkan dunia.
 
 Blog ini akan terus cuba menghiburkan anda dibulan November ini. Beberapa kolum baru akan mengisi ruang durianmangkau.blogspot.com. Para staf dan penaja telah bersetuju untuk tidak lagi berkongsi link di akaun Facebook en. Amir Haliza (kuli batak). Jadi anda semua DIBENARKAN berbuat demikian, malah digalakkan.

  Seperti hujan, seteruk dan sejarang manapun ia melanda, pasti ada kebaikan jika anda benar-benar ingin memahaminya. Sekian terima kasih..

p/s : wahahahaha.. best-best.. terasa macam orang besar-besar je.. cam haram~ =)
     "berangan tak salah, asalkan pandai bertempat" Lagu= joget tak sudah. Artis = ND lala.

Monday, October 18, 2010

salam permulaan...

testing testing... ayam itik kambing... ehemm ehemm.. brrrrrrrrrbbbbbbbbbbbbb (bunyi bubbling kat bibir)..

assalamulaikum~
setiap penghujung hanyalah satu permulaan yang baru.. begitu juga permulaan blog ini... ia adalah kesinambungan daripada tamatnya riwayat menulis keatas kertas kosong dan biarkan helaian itu hilang entah kemana.. biarlah blog ini menjadi fail penulisan seorang penulis yang selama ini membiarkan hasil kerjanya dibakar setiap bulan bersama rumput kering.. Asap-asap itu pernah membawa beberapa karya indah dikala otak termenung separa sedar membiarkan diri ini dimakan usia ke awan...

chop!!!!!!!
haha.. rilek.. gua memang suka baca buku lama-lama.. tapi takkan tiap-tiap ayat nak berlagu-lagu.. come on lar.. baru 23 thn.. ok.. mari mulakan segalanya dengan cara yang sepatutnya.. adik-adik~ mari ikut abang..
bismillahirrahmannirrahim..
pandai pun..

pendapat saya selalunya berubah mengikut apa yang saya belajar dan rasa.. sebagai seorang yang tak belajar tinggi.. diploma pun takde.. pendapat dan idea selalunya ditolak mentah-mentah oleh kenalan baru.. ya tuan~ saya bodoh.. saya hina.. jadi.. saya tidak akan menjadikan blog ini tempat meluahkan pendapat.. erkk.. tarik balik.. saya mungkin akan meluahkan pendapat, hanya untuk mendengar pendapat orang lain..

aku cuma suka menulis.. biarlah aku menulis.. boleh ke aku menulis? lantak korang lar.. hahaha..

-pakcik,makcik,abang,kakak,sedara,kawan,sahabat,adik-adik.. saya datang dengan niat nak berkongsi, bukan merampas dan bukan memberi.. berilah saya peluang..