Monday, November 8, 2010

meja editor, HUJAN NOVEMBER.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia (haha.. acah2 ada majalah sendiri sikit). Kini masuk sudah kita ke bulan november. Pada bulan pertama blog ini dihasilkan, durianmangkau telah menghasilkan 5 post di blog murahan ini. Sekadar pemanas badan mempelajari selok belok penulisan blog dan mendapatkan reaksi pembaca. Dan dengan sukacitanya durianmangkau akan meneruskan usaha menulis dan berkongsi dengan semua. Walaupun ramai yang dengan sinis bergurau seakan memperbodohkan tindakan durianmangkau, namun ramai pula dengan tidak dijemput seakan-akan memberi sokongan padu kepada durianmangkau. BERHENTI DAN SEYUM kawan-kawan ku.. =)

    Semua ini hanyalah tulisan ringan untuk berehat-rehat dikala otak sebu untuk berfikir. Jika durianmangkau ingin menunjukkan kepandaian, saya orang bodoh tuan-tuan. Jika durianmangkau ingin mencari publisiti, tidaklah kiranya menulis dalam kelambu. Jika durianmangkau ingin menunjukkan kehebatan, tidaklah seringkali menyepikan diri. Baca dan senyum kawan-kawan ku.. =) Sekadar hiburan semata-mata.

  November kali ini datang membawa hujan, begitu juga Hari Raya Aidil Adha, Sukan Asia menagih keringat wira-wira negara, Deepavali baru sahaja berlalu tidak berapa lama dan yang paling terasa melihat rakan-rakan seusia menghitung hari menerima segulung ijazah. Atas sebab kemalasan dan salah sendiri, durianmangkau tercicir dari perjuangan yang pernah dijanjikan akan diselesaikan bersama-sama. Tahniah dan tabik hormat kepada mereka yang berjuang mendapatkan ilmu, dunia semakin rosak dengan tangan-tangan korupsi dan ketamakan harta dunia. Anda berpeluang membetulkannya semula, dengan ilmu didada pergilah membersihkan dunia.
 
 Blog ini akan terus cuba menghiburkan anda dibulan November ini. Beberapa kolum baru akan mengisi ruang durianmangkau.blogspot.com. Para staf dan penaja telah bersetuju untuk tidak lagi berkongsi link di akaun Facebook en. Amir Haliza (kuli batak). Jadi anda semua DIBENARKAN berbuat demikian, malah digalakkan.

  Seperti hujan, seteruk dan sejarang manapun ia melanda, pasti ada kebaikan jika anda benar-benar ingin memahaminya. Sekian terima kasih..

p/s : wahahahaha.. best-best.. terasa macam orang besar-besar je.. cam haram~ =)
     "berangan tak salah, asalkan pandai bertempat" Lagu= joget tak sudah. Artis = ND lala.

No comments:

Post a Comment