Sudah pagi buta, durianmangkau tidak dapat melelapkan mata. Jadi dari menghabiskan masa melayari laman-laman pornografi yang bersepah di dunia maya adalah lebih baik kiranya durianmangkau mengarut didalam blog sendiri. Semalam durianmangkau mendapat sms dari kenalan lama, "bro, send ayat sweet sikit bro. birthday awek aku esok". Kawan minta tolong, walaupun tak berkenan sangat dengan perempuan tu kenalah juga memberi sesuatu dihantar untuk oleh kawan kepada temannya. Tapi apa yang durianmangkau nak membebel lebih lanjut bukanlah pasal ayat sweet atau apapun, tetapi benda-benda macam ni rasanya korang boleh buat sendiri. Durianmangkau tak membaca novel cinta ("ayat-ayat cinta" dikecualikan), tidak pula mempunyai ramai kenalan wanita. Ia datang dari melihat sesuatu dari perspektif yang lebih indah.
Durianmangkau tidak dapat mengajar anda bagaimana nak mengubah apa yang kita lihat dan rasa kepada bentuk penulisan. Betul, memang tak dapat. Ia seperti sesuatu yang datang dari bertahun-tahun pengalaman dan termenung. Seperti anda bukan seorang penangkap gambar profesional, tetapi di depan anda ada suatu permandangan yang sangat indah. Anda mengambil gambar, permandangan itu ada dirakam tapi suasana dan perasaan anda ketika itu seperti tidak berjaya dirakamkan kedalam gambar itu. Tetapi kadang-kadang kita boleh menangis melihat gambar yang ditangkap oleh mereka yang profesional, terdapat jiwa dan pengertian didalam sekeping gambar. Begitu juga dengan menulis ayat-ayat sweet ini. -saya bukan bagus, bodoh pulak tu.. takkan nak mengajar anda semua pulak kan? hehe =)
Jadi bagaimana nak menulis ayat sweet tanpa perlu memetik dari filem (memang selalunya budak pompuan akan perasan korang rembat ayat kat filem mana) ?? kita boleh alih bahasa dari lagu melayu yang diorang jarang dengar. Kalau diorang selalu dengar pun pedulik apa, kita alih sampai mereka tak dapat tangkap. hahaha. opps sorry, memo ini untuk kaum wanita juga. Cuma durianmangkau dapat rasakan budak perempuan tiada masalah menulis ayat sweet kerana mereka dari kecik mempunyai kebolehan memujuk .
Alih bahasa lirik lagu melayu? macamana pulak tu?..
Hahaha. Soalan yang baik. Kerana kita lahir dalam dunia yang merasakan apa yang barat buat semuanya bagus, sampai segan ingin menghantar teks sms ucapan dalam bahasa melayu. Alasannya, bunyinya terlampau jiwang. emm.. bukan pendapat durianmangkau, itu yang dapat disimpulkan dari ucapan mulut dari belia-belia sendiri. Jadi terpaksalah segalanya ditulis dalam bahasa english supaya nampak lebih uptodate dan cool. Kita cuba ingatkan lagu yang sesuai dengan situasi anda ketika itu, dengar lirik nya dan cuba tukar kepada bahasa english. -
Contoh pengalihan pertama,
-tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.. (contoh lar!!! korang nak yang best buat sendiri lar)
kita dah nampak pantun diatas pasal rindu, maksud utama ialah jangan buat tak endah je bila awek ko ada, esok dah tiada sibuk misscall-misscall.. ambik konsep, curi idea dan cetak rompak. mari kita memalukan diri sendiri dengan tahap bahasa english yang sangat lemah~!!
- you see me but you never notice, you hear me but you never listen, make me wonder, when im gone will you ever missing me? (ayat nak hujung-hujung hubungan)
nampak tak maksud ambik konsep, curi idea dan cetak rompak. Tak best? memanglar. Sebab tidak kena ngan situasi anda sekarang. Takkan nak bagi kad raya time kenduri kahwin kot. nak best buat sendiri. Peghh.. aku tulis panjang-panjang suruh korang buat sendiri..
Contoh pengalihan Kedua,
-Angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu,memori silam meresap malam, kenangan bersama tersimpan selamanya. -lagu untukmu, artis Feminin
Wahahaha.. Mesti ramai tak puashati kenapa lagu ini yang dipilih durianmangkau . kerana ianya contoh terbaik untuk teknik yang kedua dipanggil pusing-pusing. Dalam teknik ini anda hanya perlu menukar lirik terus ke bahasa english, pusing-pusing berlaku kerana gaya bahasa english sangat berbeza dari bahasa melayu jadi perlu memusingkan kedudukan patah perkataan ke tempat yang bersesuaian.
- in a glance the breeze make me reminiscing you, while old memories absorb into the night and it forever kept the story bout me and you.
emm.. bolehlah.. malas nak pikir lama-lama.. Saya hanya ingin memberikan contoh, gaya persembahan semuanya bergantung kepada anda. hahaha. =) perghh.. kalau tiada sebab munasabah untuk gubah ayat, durianmangkau terasa macam menipu diri sendiri. buruk je dengar contoh diatas.
bukak minda anda.. Jangan pikir pasal lagu jiwang dan pantun. Pikir nak alih bahasa lagu-lagu Search ker, nasyid, atau cuba translate lagu m.nasir kepada poetry (sajak english). Durianmangkau pun english tak A+ jugak waktu spm dulu, kita bantai jer. (Eng4scinNtech dapat, lari tajuk).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-d.j radio dah buat benda ini. Durianmangkau tak cakap idea sendiri pun. Walau apapun, yang pasti kawan-kawan mempunyai sedikit pilihan untuk menulis sekarang. Takkan nak quote ayat movie jer, semua orang mampu tengok wayang sekarang. tak menarik la nanti ada 9 orang post benda sama kat status facebook . Jadi!! jangan sms aku pasal mintak contoh wishes ke apa ker, aku dah bosan buat benda-benda ni. Mengaji lagi bagus. bukan dapat duit pun tulis ayat bunga-bunga.
Durianmangkau lagi suka menukar lirik bahasa inggeris ke bahasa melayu. Baiklah tiba waktu ketempat kerja. Hari pun dah subuh dah ni. satu malam mengarut depan p.c .. Sebelum artikel ini ditamatkan, terimalah hadiah dari durianmangkau dengan ucapan, sayangi bahasa kebangsaan kita.
bila ku meihat kedalam matamu, dapat ku rasakan cinta itu menolak,
tapi sayang bila ku dakap mu tidak kah kau tahu aku berasa begitu juga,
Tiada apa kekal selamanya, dan kita tahu hati akan berubah,
dan sangat sukar memegang lilin didalam kesejukan hujan november.
(lagu legend = november rain, artis legend = GUN N ROSES)
ko btul larh buat aku tergelak sblm tido! good job mate...hahaha
ReplyDeletekudos!
ReplyDeleteterima kasih izam dan haikal rahim.. wahahaha terbayang slash goreng tengah gurun tetapi lirik tadi yang keluar..
ReplyDeletehahaha...cool!!!
ReplyDelete