Dua minggu kebelakangan ini sibuk orang post pasal cinta di wall facebook masing-masing. Mood untuk berkasih sayang seakan kebetulan berlaku pada waktu yang sama untuk semua orang. Mungkin kerana banyak majlis perkahwinan berlangsung pada ketika ini memberikan suasana teruja untuk mereka berkongsi pendapat dan maklumat tentang cinta. (dah mengenyam sangat korang ni). hehehe aku akan gunakan peluang ini untuk mencari makan menulis sesuatu tentang cinta.
oh, CINTA.. perghh.. geli bukan bunyinya?. (ya kak, budak lelaki tak boleh sebut benda ni. hilang cool).
Berkasih sayang, berpegangan tangan dikala berjalan-jalan sambil menghirup udara tapis penghawa dingin di dalam kompleks membeli-belah. perghh.. makin geli bukan?.. mari tambah lagi.. dan dikala sedang hampir waktu tidur menunggu panggilan si bunga. "sayang, selamat malam.. jaga diri baik-baik.. i love you.. muahhx~". sudah meremang bulu roma anda? ..dan ketika diri masih terasa disayangi membuatkan mata selesa untuk tidur tiba-tiba mendapat sms berbunyi "i miss you already!".. wargh!!!!!!!
jap.. tekak mual ..erkk.. serius,. memang mual, bukan tulis je..
Kadang-kadang kita terpikir ke tidak macam mana kelakuan kita boleh ketahap sebegitu?. Yang budak-budak lelaki memang takkan mengaku pernah buat macamtu. Ketika durianmangkau sibuk menuturkan bahasa indah yang dipetik dari buku-buku lama seperti hikayat hang tuah (kumpulan teks), sastera sufi dan lain lain, teruk di tertawakan dengan perkataan seperti "jiwang lar lu mamat" "dalam hati ada tisu".. Tapi ketika mereka bersama dengan temannya, adui! drama melayu.. hehehe rilek.. Korang macho kan? .. dey sudarlar.. aku pun lelaki jugak. =)
Apa yang durianmangkau tahu tentang cinta, yang pasti ZINA BUKAN CINTA.
Apa lagi yang durianmangkau tahu tentang cinta, ya, sayang dan cinta ada tahap yang berbeza.
Apa lagi?
...krickk krickkk (sunyi sehingga terdengar bunyi cengkerik dari luar tingkap rumah)
Mungkin cinta seperti meletakkan sesuatu yang disayangi dekat dengan hati kita, walaupun dicaci dan dihina benda itu tetap kita pegang dengan kemas. melindungi benda itu dengan niat tidak mahu dirosakkan oleh tangan-tangan durjana, biarpun tangan durjana itu tangan kita sendiri.. Menyimpan rahsia kecacatan benda itu supaya tidak menjadi fitnah kepada orang lain. atau mungkin tidak.
Tetapi dari apa yang dapat .. .. .. .. .. .. .. ..
----setakat ini dulu kolum [cinta? perghh... salah meja lar kawan.. saya x reti lar.] untuk minggu ini . Nantikan sambungannya setiap hujung minggu.. wahahahahaha amacam? sakit jiwa tak diperlakukan sebegini. =) serius beb.. minggu depan gua sambung balik.. dah tulis. saja simpan dalam draft dulu.. Terima kasih kerana sudi singgah.
No comments:
Post a Comment