testing testing... ayam itik kambing... ehemm ehemm.. brrrrrrrrrbbbbbbbbbbbbb (bunyi bubbling kat bibir)..
assalamulaikum~
setiap penghujung hanyalah satu permulaan yang baru.. begitu juga permulaan blog ini... ia adalah kesinambungan daripada tamatnya riwayat menulis keatas kertas kosong dan biarkan helaian itu hilang entah kemana.. biarlah blog ini menjadi fail penulisan seorang penulis yang selama ini membiarkan hasil kerjanya dibakar setiap bulan bersama rumput kering.. Asap-asap itu pernah membawa beberapa karya indah dikala otak termenung separa sedar membiarkan diri ini dimakan usia ke awan...
chop!!!!!!!
haha.. rilek.. gua memang suka baca buku lama-lama.. tapi takkan tiap-tiap ayat nak berlagu-lagu.. come on lar.. baru 23 thn.. ok.. mari mulakan segalanya dengan cara yang sepatutnya.. adik-adik~ mari ikut abang..
bismillahirrahmannirrahim..
pandai pun..
pendapat saya selalunya berubah mengikut apa yang saya belajar dan rasa.. sebagai seorang yang tak belajar tinggi.. diploma pun takde.. pendapat dan idea selalunya ditolak mentah-mentah oleh kenalan baru.. ya tuan~ saya bodoh.. saya hina.. jadi.. saya tidak akan menjadikan blog ini tempat meluahkan pendapat.. erkk.. tarik balik.. saya mungkin akan meluahkan pendapat, hanya untuk mendengar pendapat orang lain..
aku cuma suka menulis.. biarlah aku menulis.. boleh ke aku menulis? lantak korang lar.. hahaha..
-pakcik,makcik,abang,kakak,sedara,kawan,sahabat,adik-adik.. saya datang dengan niat nak berkongsi, bukan merampas dan bukan memberi.. berilah saya peluang..
wow...best..pengolahan ayat yang sgt menarik dr en.durianmangkau.. keep up d gud work!
ReplyDeleteterima kasih cik Nazihah.. saya masih bujang..haha -sorry, lari tajuk.. =)
ReplyDeleteey, suka bce post2 anda..maka, sila tamabah kerajinan anda mengupdate ya en.bujang! haha
ReplyDelete