durianmangkau
-blog free kan? apa ada hal. kasi conteng lar satu kali..
Tuesday, May 15, 2012
Selamat kembali penconteng..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat.. Sudah masuk bulan kelima penconteng berehat dari menconteng, seperti yang ramai sedari penconteng penat.. bukan ketandusan idea, tetapi tidak mampu meluahkan kata-kata.. Jika mudah untuk meluahkan tanpa menyakiti, kenapa tidak ramai yang berbuat begitu.. Hahaha emosi bukan? .. Susah.. Tetapi penconteng terpaksa melupakan keseronokan merapu, dan teruskan juga menconteng.. Kerana menconteng dan penconteng tidak dapat dipisahkan.. Jadi durianmangkau.blogspot.com kembali menjarah minda anda.. Senyum.. Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir.. Hahahah =) ..
Ya! Saya sudah tukar no telefon.. Jadi tiada siapa antara pembaca blog ini dapat mempengaruhi lagi penulisan blog.. Saya conteng bila mahu, dimana saya mahu.. Huhu poyo bukan.. Email? Ya ya.. Sama lagi, tapi tahukah anda? Tidak menerima email dari pembaca sejak 4 bulan lepas.. Emm mungkin anda semua sudah bosan dengan tidak konsisten nya blog ini..
Kejadian banjir kilat yang melanda klang tempoh hari benar-benar memberi kesedaran kepada diri penconteng, gah mana pon kita dengan kemampuan belanja kita akan tersentak juga jika semua diambil begitu sahaja.. Benar, masih ada keluarga sederhana yang bersusah payah menambah keperluan perabot dalam rumah.. Dalam masa beberapa jam, habis semua televisyen, peti sejuk, mesin basuh, komputer rosak binasa.. Kami di durianmangkau.blogspot.com berkongsi kesedihan anda.. Teruskan berjuang meneruskan hidup saudara saudara ku.. Mujur nyawa kita belum ditarik, agar sempat kita bersyukur kerana diberi peringatan..
-air itu bersih terletak dalam cawan diatas meja.. Seindah sejernih semurni air itu, tenang didalam cawan.. Lalu kerana kita manusia yang tidak pernah melihat kepada kesederhanaan yang indah kita akan berkata "nak ais" "air manis takde?" "Dapat teh tarik pon sedap" "perghh.. Teringin minum coke la" "tak hilang haus minum air kosong".. =) minum la air kosong itu dulu, ia bukan ubat tapi ianya keperluan.. Tak salah memilih, tetapi jangan kerana hati anda kotor sebaik-baik keperluan didepan mata anda abaikan.. Mencari sesuatu kerana hawa nafsu.. Senyum rakan-rakan ku.. Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir..
Saturday, December 31, 2011
=) sakit.. sangat sakit 2011..
hahhaha.. tiba-tiba, ramai gila bahasakan diri mereka "penconteng".. dengan jujur dan tenang, penconteng tak sedikit pun rasa marah dan tercabar.. Pikirkan, beratus-ratus orang membahasakan diri mereka sebagai penulis. Jadi kenapa hanya beberapa orang membahasakan diri mereka penconteng, penconteng ingin rasa seperti ditiru. Tenang dan senyum. Gua tak marah, lu orang apahal yang lelebih. =)
Penconteng disini ingin meminta maaf kepada sumer pembaca yang tidak henti-henti membuat permintaan kepada penconteng. Apabila tiada apa yang keluar daripada otak dan hati, walau dipaksa macamana sekalipun ayat-ayat yang keluar ke blog ini kedengaran seperti dibuat-buat.
Setiap kali mengingatkan diri apa yang berlaku kepada diri ini sepanjang 2011, yang sakit akan muncul dahulu kerana jumlahnya terlampau banyak. Pada hari terakhir 2011 ini, marilah kita mengingatkan kepada diri kita semua yang indah dan positif sahaja. Membawa bekalan aura positif untuk mengharungi satu lagi tahun masihi.
Walaupun penconteng kerap kali dihina dan dicaci penduduk tempatan hanya kerana memilih untuk meneruskan perniagaan keluarga, penconteng berjaya menyinari berpuluh-puluh hati nenek tua dan makcik-makcik yang berair air mata setiap kali senyuman penconteng diberikan kepada mereka pada pagi hari. Dari jutawan hingga pengemis, penconteng sudah berbual dengan mereka dan mereka menerima sedikit senyuman dan masa untuk meluahkan perasaan kepada orang asing. Cuba untuk tidak menjadi mesin, anda bukan robot. Senyum dan sinari hidup mereka yang berdekatan dengan anda. Ya, kita akan bertembung dengan hari yang dimana anda ingin memaki hamun semua orang sepanjang hari. Penconteng paham, anda ialah manusia. Tetapi jadikan itu ialah 5 atau 6 hari dalam sepanjang tahun untuk berasa marah, bukan 5 – 6 hari sahaja dalam sepanjang tahun anda senyum kepada orang berdekatan dengan anda.
Kenapa jarang blog ini memaki hamun dan mencerca orang lain? sebelum penconteng menjawab soalan itu, penconteng akan melihat kepada diri sendiri. Aku pun tak best mana, nak kutuk orang. =) Mengapa tidak anda membuat sebegitu dalam kehidupan seharian anda, tiada siapa yang sempurna didunia ini. Bawak mereka kepada yang baik, bukan ditikam bertubi-tubi dan kemudiannya dipulaukan.
Mungkin pengakuan ini akan menyakitkan perasaan ramai orang, ataupun anda tidak peduli pun dengan kenyataan ini. Penconteng kini semakin jiwang, menemui seseorang yang mampu membuatkan diri ini tersenyum setiap kali mendengar suaranya. hahahahah =) jiwang bukan.. ataupun, terasa sejuk berteduh dibawah mendung senyumannya. Kenapa perlu kopi, suara dia menyegarkan malamku. =) gedik. Muahahahah.. lantak korang lar.. aku pedulik apa.
Selamat tahun baru kepada semua pembaca. Anda yang menyokong blog ini, jadi blog ini sebenarnya blog anda semua. Penconteng hanya membuang sedikit masa untuk anda semua mendapat sedikit bahan bacaan bagi meneruskan saki baki waktu pejabat anda. Abaikan sahaja semua perkataan yang anda tidak berkenan dalam blog ini, ambiklah yang baik-baik. Penconteng hanya seorang penconteng yang mempunyai 6 pack di perut dan senyuman yang menawan.. Muahahahahaha aku poyo! Boroi siot.. bila nak hilang lemak ni.
Durianmangkau.blogspot.com [sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir]
-Bangun seawal 5 pagi, berjalan ke 7/11 yang terdekat. Sambil membakar curut murah perasa ceri, penconteng berjalan pulang. “tit tittt!! Selamat pagi bang” entah siapa-siapa yang menghonkan motor kapcai sambil mengucapkan selamat pagi. Penconteng mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus, dan tersenyum pulang. Dan hari itu penconteng tidak terhenti tersenyum, ya anda mampu menyinari hidup orang lain. Pemuda itu menyinari pagi penconteng. Penconteng terus tersenyum menyinari hidup orang lain. Hormat! Kita mampu melakukannya. Teruskan tersenyum.
Monday, November 14, 2011
Meja editor – November berhingus
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca semua. Penconteng tiba-tiba teringat yang penconteng bertanggungjawab mengisi 10 minit dalam kehidupan anda semua dengan bacaan santai yang tiada hala tuju atau sebab munasabab. Minta maaf kerana sudah lama tiada post dari kami warga Durianmangkau.blogspot.com. Seperti yang tertera ditajuk kali ini, hingus ku meleleh lagi. =)
Teruja bukan bulan ini? Menanti cuti sekolah dan melayan adik-adik kecil setiap petang. Senyuman tidak ikhlas ketika membayar di kaunter apabila anak anda berkata “ibu.. nak keropok!!” atau “abah.. air tin!! Air tin!!” .. Hahaha Ketika kita kecil dahulu, habis tak cukup sedara-mara kita paw (peras ugut) ketika cuti sekolah. Jangankan ahli keluarga, jiran tetangga pun tidak lepas kita paw dengan aiskrim kon berharga 50 sen yang dijual oleh motorsikal-motorsikal ex5 diubahsuai menjadi kotak ais bergerak. Kini apabila sudah menjadi dewasa, giliran kita pula menjerit di lorong rumah sambil mengangkat not rm50 ke udara dan menjerit “siapa nak aiskrim!!!!! Abang belanja!!!”.. Lalu berlarian anak-anak kecil mengerumuni penjual aiskrim.
Seronok.. 2 lagi orang yang mempengaruhi jalan hidup penconteng telah melangkah ke alam perkahwinan. Majlis tersebut akan dijalankan benar-benar disebelah rumah penconteng, satu disebelah kanan dan satu lagi sebelah kiri. 2 hari berturut-turut. Kemeriahan bulan lepas disambung lagi, seperti tidak cukup-cukup meraikan saudara-mara. Dimana penconteng mungkin berada?, disebuah markas yang telah dihiasi dengan bantal peluk dan kerusi panjang. Apabila rumah kanan bertanya mana penconteng, mereka beranggapan penconteng berada di rumah kiri. Begitulah sebaliknya. Muahahaha Ulau melingkau diatas pagau, durianmangkau hilang pergi mengulau. =)
“gol!!!” Badrol bakhtiar punya rembatan lain macam tekniknya. Pergi terus bola, tetapi menjunam dengan laju. Walaupun jika dihiasi dengan sedikit lencongan mungkin akan lebih cantik, tetapi cantik tidak memberikan apa-apa impak jika tidak mengenai sasaran. Badrol, teruskan membuat percubaan seperti itu diluar kotak penalti, deras dan menjunam. Menang emas bolasepak di sukan sea seperti painkiller yang paling mujarab bagi menghilangkan sengal-sengal badan akibat melihat satu persatu emas yang mudah diraih skuad negara di rampas tuan rumah Indonesia. Kelebihan bermain di tempat sendiri, tiada apa yang hendak dibantah penconteng. Teruskan berjuang harimau muda. Kita perlukan emas bola sepak. Owh yer, Tema sukan sea kali ini, “barsatu dan bangkit”.. hahaha bersatu? Lagu Negara Malaysia pun mereka tidak reti hormat. =)
“sreettt… sreett” menyedut kembali hingus yang hampir-hampir meleleh. Panas terik kemudian disulami hujan lebat. Pertukaran secara tiba-tiba. Syukur kepada pencipta sekalian alam, memberi peluang kepada kami merasai kedua-duanya sekali dalam masa sehari. Beberapa buah Negara di barat sedang kesejukan menanti ribut salji, beberapa buah Negara di afrika memanggil-mangil hujan. Kita selesa. Subur. Cukup makan minum. Namun dimana rasa syukur rata-rata belia? Memarahi alam setiap kali batuk-batuk tetapi anda merokok. Menggeleng-gelengkan kepala setiap kali pokok didalam pasu kering, tetapi tidak sekali pun anda menadah air hujan dan menyirami pokok-pokok itu ketika mereka kehausan air dari alam. Penconteng selesema, tetapi berat hati ingin mengeluh. Sepanjang tahun kita berasa sihat, tetapi jarang-jarang mengingati kehebatan tuhan. Tetapi bila sakit, “aduhh!!!! Sakitt!!”.. Bukan sahaja di wall facebook, malah hampir-hampir ingin melaporkan kepada pihak polis jika diberi peluang. =) kena ke bagitau dunia? Dimana ego? Dimana privasi?..
November kali ini mungkin agak perlahan sedikit contengan dari penconteng, almaklumlah otak sedang sebu. Ya, blog ini sekadar bacaan ringan ketika otak sedang sebu untuk berpikir. Tetapi, jika ingin menconteng otak tidak mampu bergerak ketika sedang sebu.
-senyum!! Hujung tahun korang dapat bonus kan? .. hehehe
Labels:
meja editor
Subscribe to:
Posts (Atom)