Saturday, December 31, 2011

=) sakit.. sangat sakit 2011..

Assalamualaikum~!

 hahhaha.. tiba-tiba, ramai gila bahasakan diri mereka "penconteng".. dengan jujur dan tenang, penconteng tak sedikit pun rasa marah dan tercabar.. Pikirkan, beratus-ratus orang membahasakan diri mereka sebagai penulis. Jadi kenapa hanya beberapa orang membahasakan diri mereka penconteng, penconteng ingin rasa seperti ditiru. Tenang dan senyum. Gua tak marah, lu orang apahal yang lelebih. =)

 Penconteng disini ingin meminta maaf kepada sumer pembaca yang tidak henti-henti membuat permintaan kepada penconteng. Apabila tiada apa yang keluar daripada otak dan hati, walau dipaksa macamana sekalipun ayat-ayat yang keluar ke blog ini kedengaran seperti dibuat-buat.

  Setiap kali mengingatkan diri apa yang berlaku kepada diri ini sepanjang 2011, yang sakit akan muncul dahulu kerana jumlahnya terlampau banyak. Pada hari terakhir 2011 ini, marilah kita mengingatkan kepada diri kita semua yang indah dan positif sahaja. Membawa bekalan aura positif untuk mengharungi satu lagi tahun masihi. 

 Walaupun penconteng kerap kali dihina dan dicaci penduduk tempatan hanya kerana memilih untuk meneruskan perniagaan keluarga, penconteng berjaya menyinari berpuluh-puluh hati nenek tua dan makcik-makcik yang berair air mata setiap kali senyuman penconteng diberikan kepada mereka pada pagi hari. Dari jutawan hingga pengemis, penconteng sudah berbual dengan mereka dan mereka menerima sedikit senyuman dan masa untuk meluahkan perasaan kepada orang asing. Cuba untuk tidak menjadi mesin, anda bukan robot. Senyum dan sinari hidup mereka yang berdekatan dengan anda. Ya, kita akan bertembung dengan hari yang dimana anda ingin memaki hamun semua orang sepanjang hari. Penconteng paham, anda ialah manusia. Tetapi jadikan itu ialah 5 atau 6 hari dalam sepanjang tahun untuk berasa marah, bukan 5 – 6 hari sahaja dalam sepanjang tahun anda senyum kepada orang berdekatan dengan anda.

 Kenapa jarang blog ini memaki hamun dan mencerca orang lain? sebelum penconteng menjawab soalan itu, penconteng akan melihat kepada diri sendiri. Aku pun tak best mana, nak kutuk orang. =) Mengapa tidak anda membuat sebegitu dalam kehidupan seharian anda, tiada siapa yang sempurna didunia ini. Bawak mereka kepada yang baik, bukan ditikam bertubi-tubi dan kemudiannya dipulaukan.

   Mungkin pengakuan ini akan menyakitkan perasaan ramai orang, ataupun anda tidak peduli pun dengan kenyataan ini. Penconteng kini semakin jiwang, menemui seseorang yang mampu membuatkan diri ini tersenyum setiap kali mendengar suaranya. hahahahah =) jiwang bukan.. ataupun, terasa sejuk berteduh dibawah mendung senyumannya. Kenapa perlu kopi, suara dia menyegarkan malamku. =) gedik. Muahahahah.. lantak korang lar.. aku pedulik apa.

  Selamat tahun baru kepada semua pembaca. Anda yang menyokong blog ini, jadi blog ini sebenarnya blog anda semua. Penconteng hanya membuang sedikit masa untuk anda semua mendapat sedikit bahan bacaan bagi meneruskan saki baki waktu pejabat anda. Abaikan sahaja semua perkataan yang anda tidak berkenan dalam blog ini, ambiklah yang baik-baik. Penconteng hanya seorang penconteng yang mempunyai 6 pack di perut dan senyuman yang menawan.. Muahahahahaha aku poyo! Boroi siot.. bila nak hilang lemak ni.

 Durianmangkau.blogspot.com [sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir]


-Bangun seawal 5 pagi, berjalan ke 7/11 yang terdekat. Sambil membakar curut murah perasa ceri, penconteng berjalan pulang. “tit tittt!! Selamat pagi bang” entah siapa-siapa yang menghonkan motor kapcai sambil mengucapkan selamat pagi. Penconteng mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus, dan tersenyum pulang. Dan hari itu penconteng tidak terhenti tersenyum, ya anda mampu menyinari hidup orang lain. Pemuda itu menyinari pagi penconteng. Penconteng terus tersenyum menyinari hidup orang lain. Hormat! Kita mampu melakukannya. Teruskan tersenyum.  


No comments:

Post a Comment