Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. Terima kasih diucapkan kerana setia membaca blog yang ntah hape-hape ntah ni. Hahaha =) tak sangka ada orang baca blog aku weh~!!!!!
Amat memeningkan kepala, kerana kolum "meja editor" ini ada pembaca nya yang tersendiri. Mesti ramai yang terasa diperbodohkan kerana setiap kali membaca ruangan ini, hanya bebelan dan borak-borak kosong yang dibaca. tetapi kenapa masih ada yang suka membaca ruangan ini? Salah satu kemungkinan nya ialah ramai yang suka membaca perkara yang ringan dan lebih ke tahap peribadi daripada berpenat lelah cuba mencari kesimpulan di sebalik persoalan dan pembincangan yang berlaku. Misi blog ini pada peringkat utama ialah "sekadar bacaan ringan dikala otak sebu untuk berfikir". Dan mungkin penconteng yang agak kepoyoan cuba menulis dengan gaya yang lebih serius. Ya, memang saya poyo. Hahaha =)
Kadangkala-kala kita cuba menjaga kualiti agar berada di tahap yang kita mahukan, dan setelah bertungkus-lumus kemudian kita menyedari "ek..eleh.. takde bagus mana pun" dan membuat kita tersenyum sendirian. Sebab itu ramai yang cuba mengejar kuantiti, dalam seratus percubaan, mungkin 10 yang disukai dan 90 ialah sampah. Ya dari segi peratusan memang gagal tahap longkang. tapi jika sebulan hanya 2 post, dan kedua-duanya orang tak suka, lagi jahanam.. hehehehe =)
Febuari akan melihat blog ini menjadi tempat pembuangan sampah tulisan penconteng .. "Jika anda seringkali membeli pakaian di butik emas, ada takkan menjumpai berlian di poket seluar bundle kat pasar malam". Jadi mulakan menyelam, carilah mutiara di sebalik timbunan kulit-kulit tiram yang tidak berguna. Febuari ini menjanjikan kuantiti!!!!!! akan penconteng lambakkan semuanya.. Carilah sesuatu untuk anda. Tak dapat t-shirt buat pergi dating, boleh buat kain buruk. Yang penting carilah dan gunakan ikut pemahaman anda, lagi bermakna dari sekadar tunjuk dan hulur kat kredit. =)
-apasal metafora kali ini agak pelik?. jika anda terasa begitu, bermakna anda tidak pernah menjejakkan kaki ke kedai bundle pakaian terpakai dan anda seringkali membeli pakaian berjenama. Tahniah~ saya bukan orang macam itu. hehe Jadi abaikan metafora penconteng. Tika dan saat post ini diconteng, penconteng memakai seluar jeans yang dibeli di kedai bundle. so what? (sambil membuat muka gedik), anda boleh memakai seluar mahal anda, tetapi anda tetap kena ikhtiraf saya tampak lebih bergaya. Wahahahaha Bergurau je kawan-kawan~!! =) tenang..
semua orang ada cara masing-masing. teruskan menghormati pilihan orang lain yo!
No comments:
Post a Comment