Assalamulaikum~ disebabkan penconteng telah memutuskan untuk menutup terus kolum "hahaha.. nah ambik nak sangat kan idea buat ayat sweet" yang baru sahaja sempat memasuki bahagian ketiga. Jadi dengan selamber tenang tanpa meminta izin kepada sesiapa, penconteng dengan suka-suki nya membuka kolum "conteng~!!!!" .. Dimana didalam sudut ini penconteng akan menconteng apa sahaja tanpa memerlukan sebab musabab.. Kadang-kadang gian nak menulis tapi taktau nak merepek pasal apa, jadi dalam sudut ini penconteng akan merepek tanpa perlu memikirkan tajuk atau hati dan perasaan g.f/b.f anda semua. hahahaha takde kene mengena..
_______________________________________________________________________________
Bahasa budak sekarang kreatif tapi dulu lagi indah.
Orang-orang lama berkata "ntah hape-hape lar bahasa budak sekarang, tak melambangkan budaya langsung"
Budak muda berkata " ekeleh~ sumpah meleret-leret orang tua ni merepek doh~ gaya bahasa apa diorang ckp ni"
Penconteng berkata " lantak kau orang lar, malas nak layan.. tengok ulangan man.u kena bantai ngan wolves lagi baik"
Sampai bila-bila pun kedua-dua pihak tidak akan memahami antara satu sama lain.. Yang boleh berbual dengan kedua-dua kelompok, terasa macam sia-sia je nak terangkan kat mana-mana pihak.. Secara jujurnya, gaya perbualan sekarang walaupun dipengaruhi unsur luar (media antarabangsa) tetapi susur galur tetap dari kelompok lama.. penconteng tidaklah mahir berbahasa gaya lama, tapi kalau nak kata penconteng taktahu langsung rasanya tidak lah adil bagi diri ini..
pandangan peribadi, slanga budak-budak sekarang sangat kreatif.. walaupun memang tidak boleh digunakan sama sekali dalam peperiksaan awam.. Tahap penciptaan awal dan tempat serta masa untuk digunakan perkataan itu seperti sangat bijak.. Tetapi gaya pakcik-makcik mengeluarkan tutur kata lebih indah jika didengar.
Kita ambik contoh jika ingin bertanya tentang sesuatu hal yang telah ditanya terlebih dahulu dan ingin mendapatkan jawapannya..
jika budak-budak muda sekarang "ape cerit? jadi ke tak?".. lihat betapa mudah, ringkas dan tidak perlu berlagu-lagu pantun.. cukup genius.Hanya 8 suku kata.. mungkin jadi 7 suku kata jika ape cerit dipendekkan menjadi pecerit.. oopps bagi mereka yang tidak memahami ape cerit ialah pendek untuk apa cerita.. dan ya! memang ada yang cakap macamtu, bukan tulis je.. =)
Kita tengok pula gaya orang lama berbahasa "macamana dengan urusan kita hari tu, kalau jadi kata jadi" .. amboi~ =) cukup menuntun jiwa.. sehingga tidak mengeluarkan perkataan tidak jadi.. indah..
kita lihat contoh kedua, antara jawapan yang diterima jika bertanya kenapa lama tak nampak muka.
jawapan tipikal budak muda "eh ada je.. kau yang hilang" , bijak dan mudah.. mematikan perbualan dengan tidak memberikan jawapan malah menyalahkan pihak yang lagi satu.. cukup kreatif.. haha
Namun berbeza pula dengan sesetengah orang lama, jawapan yang mungkin diterima ialah "untung sabut nak, kalau timbul nampaklah~.. kalau tenggelam.........." dan mereka akan membiarkan peribahasa itu tergantung tak dihabiskan.. kenapa mereka selalu tidak menghabiskan? penconteng pun tak tahu.. hehe seperti bahasa budak muda sekarang, mereka pun tidak menjawab soalan yang diberikan . =) tetapi mereka melakukan nya dengan penuh bergaya.. seakan menyatakan tiada jodoh untuk kita bertemu dengan beliau. indah~
Berbelas-belas contoh lagi boleh diberikan, dan memang hanya perlu menyalin dari buku conteng yang kusam dalam beg converse dalam bilik komputer ni. Kenapa tidak mahu memberikan lebih banyak lagi? blog ini hanyalah "sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir".. haha Nak tahu lebih lanjut, ada telinga dengar-dengar lah sendiri..
orang dulu ada kamasutra amir...
ReplyDeletebebudak sekarang berpandukan video 3gp..
so kesenian tu dah hilang, more pada direct approch sekarang.
pick a target, hit and run..
hahaha. pendapat yang menarik..
ReplyDelete