Assalamualaikum.. sekali lagi janji manis penconteng yang tidak dikotakan. HahahaHa kuantiti febuari konon.. setakat 4 post kuantiti perbendernya.. =) terlampau sibuk dengan isu kerja dan hal peribadi. Sehingga terlupa mempunyai blog. Jarang memasuki facebook dan jika terlampau merindui kawan-kawan alam maya, masuk ke dalam facebook untuk sekejap sahaja.. Sejak setiap belia diwajibkan mempunyai facebook, Manusia sekarang seperti terlupa bagaimana cara membawa diri apabila bertemu orang. Perhatikan perangai rakan sekitar anda dan perhatikan diri anda.. Semakin terkinja-kinja dan kurang menghormati orang lain bukan?.. =)
Pada bulan lepas jika ada kesempatan pada masa petang, terus memakai kasut sneakers dan keluar berjogging.. Emm.. segar otak.. ilham untuk menulis datang mencurah-curah apabila badan kembali cergas.. Tidak semua benda boleh dikongsi bersama orang lain, jadi sekadar jadi simpanan peribadi.. (ada novel separa siap dalam pendrive aku beb) huhu =)
Macam-macam perkara akan berlaku di bulan mac. Arsenal kalah di tempat lawan, Barcelona tetap pilihan untuk menjadi pemenang liga kejuaraan eropah. Harimau muda akan bertempur di Pakistan. Sambutan Hari tentera darat baru sahaja berlalu. Budak-budak akan cuti sekolah (bersepah lah rumah aku kalau anak abang sedara nak duduk sini), keputusan spm akan keluar...
(berkata dengan nada perlahan, seakan merajuk) Macam-macam Mac.. Jadikan bulan mac untuk mengenali semua dan cuba memahami semua.. Anda berada disitu ada sebabnya, mereka disana ada sebabnya.. Hormati jalan orang, mereka pilih jalan yang anda tidak pilih bukan kerana mereka tak bagus tetapi kerana dunia perlukan orang seperti mereka.. Jika semua orang berkejaran menjadi kuli kelas A, siapa mahu menjadi tokey kelas B?. siapa? Macam-macam jenis manusia didunia ini, rendahkan kepala anda.. Jangan menjadi doctor yang tidak menghormati tukang urut yang juga berusaha menyembuhkan umat hanya kerana anda seorang bijak pandai. Jangan dihina tukang sapu sampah di tepi jalan kerana yang membuat sepah rata-rata orang yang abis sekolah. Dimana ilmunya?. Resmi padi.. Makin berisi, makin tunduk ke bumi.. Ingat.. Makin berisi makin tunduk ke bumi..
Penconteng tidak layak mengajar anda semua.. Saya hanya seekor sampah.. Jangan sampai jika dibuang kereta mewah, pakaian mahal, pasangan yang cantik dan rumah yang selesa.. yang tinggal hanya hati yang busuk.. Senyum kawan-kawanku.. =) Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir..
Durianmangkau.blogspot.com
Penconteng tidak layak mengajar anda semua.. Saya hanya seekor sampah.. Jangan sampai jika dibuang kereta mewah, pakaian mahal, pasangan yang cantik dan rumah yang selesa.. yang tinggal hanya hati yang busuk.. Senyum kawan-kawanku.. =) Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir..
Durianmangkau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment