SAMBUNGAN,
coli longgok. =) |
alih bahasa |
Kami berpusing-pusing di kawasan tumpuan pengunjung lebih kurang sejam, sekadar untuk memerhatikan barang-barang yang menarik dan boleh dibuat cenderahati kepada orang yang tersayang. Disebalik cermin mata yang gelap, anak mata ligat mencuci mata. Antara barang-barang yang biasa pengunjung cari bila sampai disini ialah toto (comforter blanket), seluar jeans, kasut siam dan paling utama ialah membeli sehelai jersi buatan Thailand.
tak sampai seminggu sign kontrak, kata penjual belum sign lagi diorang dah cop.. |
Memang ada jersi yang dijual dengan harga yang sangat murah, sehingga ke tahap rm8. Tetapi penconteng tidak menggalakkan pembaca membeli jersi yang gred rendah jika sampai kesini. Jersi gred rendah jika di lembah klang boleh didapati dengan harga rm15-25. Baik beli yang gred sederhana dengan harga rm30 – rm40 disini, kerana harganya mungkin naik hingga rm70 jika di lembah klang nanti.
Jika anda tidak reti membezakan gred , sila pegang kain nya dan lihat sekeliling. Sentiasa cari kedai menjual jersi yang dipenuhi pelanggan, kerana itu menandakan mereka bukan sahaja menjual barang berkualiti tetapi memberikan layanan yang baik. Jangan marah jika terdapat kecacatan di jersi yang dibeli, anda telah mengambil risiko membeli barang tiruan jadi terimalah akibatnya. =)
Jeans... cari jeans.. mana kau jeans.. |
Siap dapat pau freegift lagi.. memang best lar makcik ni. |
Kecek… kecek… kecek… penconteng tidak banyak mengacau para peniaga dengan gurauan dan usik-usik disebabkan tidak mampu bercakap menggunakan dialek tempatan. Memang mereka boleh memahami gaya kita, tetapi kemesraan itu seperti terbatas. Jika anda mampu kecek kelate, gunakan nya untuk tawar menawar. Penconteng seorang peniaga, dan penconteng paham mengapa mereka boleh memberikan harga yang lebih murah kepada mereka yang boleh kecek kelate. Jika peniaga itu memberikan anda harga yang murah dan ada pengunjung yang lain terdengar maka semua akan meminta harga yang sama, jadi jika anda bercakap menggunakan bahasa mereka peratusan pengunjung yang memahami tawar-menawar anda akan kurang ke 35%. Orang lembah klang sedikit kurang ajar dalam tawar menawar, kerana kebanyakan mereka pikir mereka lebih baik dari masyarakat hujung peta seperti ini. Rendahkan suara anda dan cuba berdialek sini, tunjukkan kita ikhlas ingin memahami gaya mereka. Tidak dapat turun rm10, dapat kurang rm1 pun duit jugak.. hehe
Hanya mampu berharap sampai kepada yang memerlukan. |
Jaga-jaga penyeluk saku. Ini amaran bukan untuk disini sahaja, tetapi kemana sahaja tempat yang anda pergi. Jika ada orang meminta derma dan anda agak curiga dengan perwatakannya, sila pastikan anda bersama seseorang barulah mengeluarkan dompet. Bukannya kita berburuk sangka, tetapi jika lesen dan i.c anda dilarikan dinegeri orang lain. Sangat masalah. Jadi berhati-hati ialah sebahagian daripada usaha untuk mengelakkan lebih banyak masalah. ilmu kita tak penuh didada, kalau tak kena pukau kena ragut pun leceh gak..
Kepuasan.. kepuasan..kepuasan.. |
Sudah pun petang.. Keletihan mulai dirasai dan banyak sudah barang yang kami beli. Macam-macam perangai dan gaya tawar-menawar sudah kami lihat. Seperti menonton drama, tidak semuanya berakhir dengan kegembiraan. Penconteng tidak menjumpai barang-barang yang membuatkan hati teruja, sudah sampai disini belilah sehelai jersi dan satu comforter untuk diletakkan dirumah ibunda penconteng.
Seluas mata memandang |
tahan ngantuk |
3 dari kami memutuskan untuk mandi di tandas awam yang disediakan. Tandas awam disini mengenakan cas 30sen untuk menggunakan tandas dan 50sen untuk mandi. Rata-rata pembaca diluar sana tidak pernah merasai mandi di tempat rehat kerana mengganggap perbuatan tersebut layak untuk pemandu lori sahaja. Penconteng menganggap pemandu lori manusia yang sanggup berkorban untuk memastikan seluruh rakyat dapat meneruskan gaya hidup mereka. Tabik untuk mereka, mandi dikawasan sebegini tidak seselesa mandi di rumah. Anda bayangkan apa yang perlu mereka lalui sepanjang karier mereka dan kita tidak pernah berterima kasih walau sekalipun kepada mereka yang berusaha memastikan keperluan kita sampai ke pasar dan pasaraya berdekatan dengan rumah kita.
Pagi tadi kawasan ini gelap gelita, kami berehat disini untuk beberapa ketika untuk melihat suasana merasai kedamaian alam. Baru balik dari kawasan yang hiruk-pikuk dengan gelagat manusia di pasar rantau panjang, berehat disini seperti memberi tenaga semula kepada kami untuk meneruskan perjalanan pulang ke klang. Badan menjadi lebih segar selepas mandi dan kami meneruskan perjalanan untuk singgah di pulau tasik banding dalam perjalanan pulang nanti.
Hentian terakhir kami sebelum meneruskan perjalanan kembali ke klang ialah sebuah tasik indah ditepi jalan utama. Sebelum turun kereta, penconteng memberitahu pemandu yang penconteng mula merasai mabuk kereta akibat jalan yang berbelok-belok ketika menuruni banjaran tadi. Langkahan kaki pertama yang turun dari kereta membuatkan penconteng terpijak muntah orang yang parking disitu sebelum kami. Sabar. Walaupun digelakkan bertubi-tubi oleh rakan-rakan. Sekurang-kurangnya penconteng tidak termuntah sekali akibat mabuk tadi.
Tasik Banding (serius gua lupa nama tasik ni, bantai je) ialah sebuah tasik yang tenang dan mendamaikan. Tidak banyak pemancing dan tidak banyak bot-bot pemancing disini. Mungkin kerana ia terletak agak jauh dengan kawasan perumahan. Angin disini sangat perlahan tetapi dengan kekerapan yang agak tinggi. Sungguh menenangkan jiwa, penconteng dan rakan-rakan yang sedang stim penat dan mengantuk seperti melayani saat-saat romantis ini. Kami pada mulanya ingin mengupah seorang pemandu bot untuk membawa kami pusing tasik, tetapi kerana takut mabuk kereta dan kepenatan kami yang sudah ke tahap yang amat tidak terkawal ini akan membuatkan kami keletihan dan tidak mampu meneruskan perjalanan pulang.
Dari perbualan dengan peniaga disini, kawasan ini kurang mendapat kunjungan pemandu yang melalui jalan grik . Penconteng beranggapan mereka terasa ingin singgah kerana terpesona melihat pemandangan dari jalanraya, cuma mereka tidak tahu terdapat tempat melepak disini. Kepada pembaca yang membaca ruangan ini, singgahlah sebentar rehat disini jika anda melalui jalan grik ke kelantan kerana suasana tenang petang disini akan membuatkan anda kembali bertenanga untuk memandu.
Hari semakin gelap dan kami meneruskan perjalanan kembali ke klang.. Perjalanan 27 jam pergi dan balik semula banyak mengerah tenaga. Walaupun penconteng tidak memandu, keletihan dan mengantuk banyak memberi idea untuk mengarut. Langsung tidak membuat note sepanjang perjalanan, ketika post ini ditulis penconteng sekadar melihat gambar-gambar dan semua perasaan ketika kejadian datang dengan sendiri.
Pergilah melihat suasana ditempat orang.. Ziarah lah daerah ke daerah, belia kini semakin ramai ke tahap mencari keseronokan daripada parti dan hiburan tanpa henti (penconteng pun ada join jugak). Kami berempat pilih untuk mencari keseronokan dari melihat temasya di tempat orang lain, dan cuba memahami gaya hidup mereka. Tidak banyak tempat penconteng lawati, tapi apa yang penconteng pelajari di tempat orang itulah yang membuatkan diri ini lebih matang dari hari ke hari.
Sehingga berjumpa lagi di kolum melihat temasya dengan aktiviti yang lain pula.. Assalamualaikum~! Gomo kelate gomo.. ooppss sorry.. Gergasi merah dihati~!
-tiba di klang pada pukul 12 mlm.. 27jam berkelana, 4 kepala, 1 persona ( nama kereta la)… Sampai saja dirumah, tidak mampu tidur sehinga 5 pagi.. nak sms ke taknak no. awek siam tadi.. haih~!! Abaikanlah.. setahun lagi bersendiri..
No comments:
Post a Comment