Pernah seorang sahabat berkata “Pergilah ke rantau, pasti ada sesuatu yang mencucuk hati”. Sudah lama tidak merasai perasaan seperti itu. Melihat sesuatu dan terasa seperti menggigil lutut untuk memilikinya. Dulu penconteng di brainwashed oleh media untuk beli, beli, beli dan beli.. Tapi setelah muncul media baru dan rajin membaca tentang seni hitam pengiklanan, sudah lama tidak merasa perasaan seperti ingin memiliki sesuatu hanya kerana ingin memiliki bukan kerana memerlukannya. Kesan sampingan dari pulih dari ketagihan membeli ialah putus minat untuk berjalan dan melihat barang.
Salah seorang sahabat penconteng yang pernah sebelum ini muncul dalam kolum ini dalam tajuk “serendah waterfall” yang bernama en. Asrul menyatakan hasratnya untuk ke kota bahru atas urusan pelaburan dalam sebuah syarikat perternakan aqua kultur . Berempat dalam satu kereta, kami keluar dari Selangor dan meneruskan perjalanan ke Kota Bahru dan akan singgah di Rantau Panjang dalam perjalanan pulang nanti. Kalau pun nanti tidak dapat membeli sesuatu untuk hati, apalah salahnya jika melihat gadis-gadis Thailand untuk penyejuk hati. ehehehe =)
Tarikh = 2 febuari 2011
Aktiviti = ke Rantau panjang dan kembali ke klang.
Setelah memandu beberapa jam menghala ke utara, kami berhenti di hentian R&R Tapah (menghala ke utara) untuk mengisi perut dan menenangkan pikiran setelah kebosanan duduk didalam kereta. Jam menunjukkan pukul 11 malam. R&R ini penuh sesak dengan kelibat manusia yang berhenti rehat, mungkin mereka mengambil peluang cuti ini untuk pulang ke kampung halaman.
Jalan Grik yang menghubungkan utara ke timur pada pukul 2 pagi agak menyeramkan. Walaupun kurang pemandu-pemandu yang menggunakan prinsip outlaw ditengah hutan ini seperti waktu siang, kegelapan malam sangat mendebarkan. Kami berharap supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, tetapi hati belia mana yang tidak teringin juga untuk melihat gajah liar berehat di tepi jalan atau melihat harimau menyusuri jalan. Hehe =) Seekor monyet pun tidak kelihatan di sepanjang perjalanan, ini kan pula gajah liar.
4 pagi : Sampai ke hentian titiwangsa di puncak jalan grik. Tandas dan kedai makan disini sudahpun memadamkan lampu sebagai tanda operasi mereka berhenti setakat ini. Malah tiada satu pun lampu jalan yang menyala. Gelap gelita. Terdapat lebih kurang 3 bas dan 15 biji kereta yang berehat diatas ini. Kami mengambil keputusan untuk tidur disini sehingga matahari mula naik sebelum meneruskan perjalanan turun dari tempat ini. Tidur didalam kereta berempat tidaklah semudah yang anda bayangkan. Suhu diluar kereta tersangat sejuk (lagi sejuk dari genting highland), jadi kami hanya boleh membuka sedikit saja tingkap kereta sekadar memberi udara masuk. Kadang-kadang terdapat bau-bau yang tidak disenangi, dan adakalanya tercium bauan yang tersangat wangi. Kami diatas banjaran dan didalam hutan, buat-buat tak perasan sahaja jika ada perkara pelik yang datang.
Sudah lebih kurang sejam rakan-rakan penconteng tidur di dalam kereta. Penconteng tidak dapat melelapkan mata. keluar sekejap untuk menghisap sebatang rokok. Pada ketika nyalaan api rokok, terasa seperti suhu sebegini tidak memberi masalah sangat kepada penconteng (dulu di baskin robbins ada peti ais besar selalu mengular dalam tu). Selepas beberapa sedutan, angin kuat bertiup membawa kabus lembab melanggar kawasan istirehat itu. Tangan penconteng tiba-tiba menggigil. Lutut mula menggeletar tidak terkawal. Sejuknya mencucuk tulang. Tidak sampai setengah batang, rokok dibuang dan penconteng masuk ke dalam kereta. Lebih banyak berusaha mengawal gerakan tangan untuk menyua rokok ke bibir daripada menikmati kedamaian malam. Masuk kedalam kereta, masih tidak boleh melelapkan mata. Ada yang berdengkur dan ada pula yang sipi-sipi membuang angin ketika tidur. Penconteng bukannya memilih tempat tidur, Cuma memang pada waktu ini tiada perasaan untuk tidur langsung. Mungkin atas pengaruh 2 cawan white coffee di tapah malam tadi.
6.40 pagi : “dah, bangun semua!.. dah boleh gerak dah wei” penconteng mengejut kawan-kawan bukan kerana sudah terlewat dari jadual perjalanan tetapi kerana tidak lagi sanggup menahan kebosanan. Ada beberapa kereta yang membunyikan hon ketika meninggalkan kawasan itu. Mungkin itu sebagai tanda sudah selamat untuk meneruskan perjalanan turun.
camera whoring.. kalau terpaksa, buat dengan penuh kepoyoan |
7.00 pagi : Eh.. Kamera phone en. Asrul gambarnya clear.. Kalau tahu, dari semalam dah tangkap gambar. Takderlah korang kena baca novel macam kat atas tadi.. hehehe =)
Jarak penglihatan terbatas |
Kabus pagi membuatkan pergerakan turun sangat perlahan. Kesejukan masih terasa walaupun matahari semakin tinggi. Gajet GPS sangat membantu dalam meramal bentuk jalan sebelum pemandu terpikir untuk memotong atau membuat pecutan. Cermin berkabus tidak sangat menganggu , tetapi kabus berat diluar membuatkan penconteng berangan-angan seperti didalam kapal terbang yang membelah awan untuk ke destinasi. Kesan sampingan daripada kurang tidur, daya pemikiran jatuh ke tahap "malas lar nak berpikir".
Melalui jeli, ketereh dan daerah-daerah disini sangat mendamaikan. Terasa kedamaian kehidupan pekan kecil. Kami mendengar lagu-lagu dikir di stesyen radio Kelantan.fm. Salah satu cara kami memahami budaya setempat. Tengah sedap melayan lagu-lagu yang menjadi pilihan orang disini, salah seorang dari kami menjerit kerana tidak sanggup lagi menerima lagu-lagu yang disiarkan. Lagu dikir yang mempromosikan produk jualan langsung dengan sedikit sentuhan dangdut seperti mencabar kesabaran beliau (lagu penuh ya. Bukan jingle iklan radio biasa).. =)
"aku pecahkan jugak radio ni karang, tukar era skrg!" |
8.30 pg : Sampai ke sebuah syarikat aqua kultur tempatan yang pakar dalam hal ehwal perternakan ikan air tawar. Mata kami mulai terasa berat kerana kepenatan dan kurang tidur. Ya!! Kami belum mandi.. Itulah salah satu kelebihan keluar bersama rakan sebaya tanpa membawa rakan perempuan, bujang sepanjang perjalanan. Haha =) huarghh~~~ (ngantuk menunggu en. Asrul diluar pejabat) lantaklah pak guard tak nak layan kitorang.. kitorang buat tour sendiri kat tempat ni..
Lanskap dalam bangunan yang agak menarik. |
Akhirnya segala urusan en. Asrul disini telah selesai.. Puas kami berpusing-pusing dikawasan ini. Banyak yang boleh dipelajari dari melawat tempat sebegini dan layanan makcik-makcik di cafe sangat mesra. Apa yang kami belajar? tak ingat apa-apa.. Semuanya menahan kepenatan. ohh yer..yang lekat dikepala ialah, kuih sarapan disini sangat manis. =) agak menarik, tapi kami tak biasa dengan kuih tempatan. Ke RanTau panjang!!!!....
11.00 tghr : Kesesakan lalu lintas dihadapan kompleks imigrasin rantau pajang. Secara jujurnya, ketika ini penconteng sudah keletihan dan ingin mencari tidur. Awek Thailand ke awek kelate.. Aku dah ngantuk.. Mood untuk mengacau peniaga sudah hilang.. Tetapi sudah berada hampir sangat dengan destinasi, kuatkan semangat dan kunyah chewing gum untuk melewatkan masa koyak (badan seperti autopilot, bergerak tanpa pikiran waras dan kawalan perasaan. Dibawah pengaruh mengantuk yang amat sangat).
Cuti tahun baru cina membuatkan tempat ini sesak dengan kereta-kereta bernombor pendaftaran selangor dan kuala lumpur. Jadi kesimpulan mudah yang kami boleh buat, harga yang akan kami temui nanti pasti tidak semurah hari biasa. Hehe.
no. plat motor siam sudah mula kelihatan |
baik punya cilok! |
Tiada seorang pun antara kami mengingati atau cuba memperingatkan yang lain untuk membawa passport. Sudah ke sempadan, alangkah baiknya kalau singgah berurut di golok. Perasaan keluar merayau tanpa perancangan awal memang seronok. Namun perasaan sakit hati tertinggal barang-barang penting mestilah disimpan didalam hati sahaja. Ini kerana dengan mengeluarkan ketidakpuashatian anda akan menjatuhkan semangat anda dan rakan-rakan.
KAMI NAK PARKING!!! SILA BERI KAMI PELUANG UNTUK PARKING |
Kami melalui pemeriksaan dengan pantas. Mungkin kerana terdapat pelekat staff kerajaan di cermin kereta atau kerana memang muka kami nampak sangat seperti pelancong dari selangor. Apa yang kami boleh seludup pun, minyak dan gula kat klang pun kurang bekalan. Kalau ada pun baik pakai sendiri. =) Memasuki bandar rantau panjang seperti melalui sebuah pasar. Dimana sahaja anda toleh akan nampak manusia membeli belah. Niat hati nak mencuci mata agak kecundang apabila melihat rata-rata anak perempuan muda disini bertudung labuh. uhuk uhuk bagus! teruskan..=)
adalah muka siam sikit en asrul ni. |
Gerai pertama yang kami lawati ialah gerai menjual cermin mata tiruan. Beratus-ratus jenis dan bentuk terdapat disini. Ramai pembaca lelaki diluar sana pernah ditegur sebagai mat stim kerana mata lebam dan merah kerana tidak tidur seharian dan badan lembik kerana belum dibasahi air. Jadi anda pasti paham mengapa kami membeli cermin mata disini walaupun kat klang pun banyak. Murah! sangat murah. jika design gred baik di port klang rm30, disini baru rm10.
Berbagai-bagai barangan yang boleh ditemui disini. Dalam berjuta barang bebas cukai disini, tiada satupun yang menggamit hati penconteng. Setelah sampai di klang barulah beberapa ahli keluarga terdekat memberitahu antara spot-spot yang tidak kami lawati disini. Malahan ada yang mencadangkan tempat yang bukan lagi didalam zon bebas cukai, tetapi peniaga disitu melonggokkan barang di lantai dengan harga lebih murah dari kawasan tumpuan pelancong. Kami tidak tahu. Aktiviti berjalan ini pun dibuat tanpa perancangan yang terlampau terperinci. Seperti yang telah disebut pada awal tadi, jika tak jumpa barang dapat tengok awek pun cukup memadai. Gadis-gadis disini cukup ayu dan sopan-santun. Terasa seperti ingin membuat tawar-menawar dengan tuan kedai untuk meminang anak-anak perempuan mereka. RM5000 saya ambik dua-dua sekali? setuju? ahahahaha cam haram..
bersambung di part 2.....
No comments:
Post a Comment