Thursday, February 10, 2011

hahaha nah ambik- Part3 (serius last aku bagi tip tulis ayat sweet)

Nah ambik part3. Metafora dan acah-acah spontan..
-BOSAN!!!!!! Ingat dah taknak sambung kolum ni, ramai pula email suruh sambung.. macam la penconteng  tak tau valentine day dah dekat..=) takperlah.. Itu maknanya  anda nak jugalah cuba menulis ayat sendiri  daripada  forward balik sms ntah sape-sape.. bila tulis sendiri, anda sebenarnya meletakkan sebahagian daripada diri anda dalam ucapan itu..
Kenapa part3? Sebab ada part 1 dan part2 ler.. sila semak pada archive bulan oktober dan November.
    Kepada mereka yang membaca, penconteng tidak akan klasifikasi kan post ini sebagai v-day special,. Penconteng sambung kolum kerana dulu dah berjanji, jadi kena tunaikan. Kalau nak sambut pun, apa kata sehari lewat atau awal, geli lar tiru bulat-bulat mat saleh.. hehehe Cinta konon.. ptuih~ heahehahah
 Sekarang kita menghampiri kepada "Pikir sendiri".. Anda perlu memerah keringat otak anda untuk menulis dan membentuk ayat sweet anda sendiri, tapi jangan anda cakap anda cipta pula yer.. Berjuta-juta orang dah pandai menulis sebelum kita, mungkin ayat tu dah ada anak petani di zimbabwe guna buat ngorat anak gadis ketua puak 100 tahun yang lalu. =)  siapa tahu?
  Teknik metafora..
Cakap pasal benda lain untuk menerangkan pasal benda lain. Hahaha.. Amacam? Kembali ke zaman sekolah?  Tenang.. mulakan dengan teknik yang mudah. Lepastu cuba tulis untuk bacaan yang lebih ramai orang.. ayat unsur jenaka atau sekadar menggamit memori kawan-kawan tentang kisah lama. Yang penting anda tak copy ayat movie beramai-ramai.
   Anda gunakan metafora dalam kehidupan harian anda. Lagi-lagi pula dalam budaya melayu, kiasan lagi membunuh dari maki hamun (dulu, sekarang dah ramai yang tak paham kalau orang berkias). Sedangkan cara mengikat sampin pun memberi makna.  Ada berjuta-juta objek anda terpandang dalam seharian membuka mata, pilih satu dan olahkannya. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan persamaan dengan orang lain. Bila dah sama objek sekalipun, tidak semestinya olahan nya sama. Walaupun peratus olahannya sama sangat kecil, mungkin dah ada orang tulis juga namun maksud disebaliknya mungkin berlainan dengan orang lain. Jadi ini dapat membuatkan anda terasa “perghh,,aku dah jadi ahli sastera lah. Gubah ayat sendiri”. =)
  Mari mulakan.. Tengok sekeliling anda.. Jadi sedikit Psiko. Kalau tengah angau lagi senang, semua benda buat anda terkenang kat si dia. Pikir di luar tingkap perbualan seharian. Dan mula mengarut~!!!
 Contoh teknik metafora (ni dah femes gila babi , tapi masih ramai quote benda ni)
Dari filem forest gump “life is like a box of chocolate, u never know what you`ll get inside”                           -dia menerangkan tentang hidup dengan bercakap tentang sekotak coklat. Senang dipahami kerana siap ada maksud metafora dia selepas itu. Bagus juga dia terangkan, kalau tak takde lah fames sampai sekarang. (walaupun penconteng kurang berminat nak quote ayat movie, ayat ni antara ayat yang mula-mula membuatkan penconteng cuba belajar bahasa inggeris selain kartun tv1).
Ok, anda sekarang dah paham apa itu berkata tentang sesuatu tetapi cuba menerangkan pasal benda lain. Sekarang kita tengok contoh ringkas yang lain pula.
Contoh pertama,
Kononnya ada tengah bosan, tapi tiada mood nak keluar. Tiada awek untuk bergayut. Pusing kepala Nampak pulak gitar sangkut kat dinding.
feel  like my guitar didn’t make any sound”  -simple. Tak payah nak bunga-bunga sakura ayat nya. Siapa yang paham akan terasa seperti “perghh.. dah tersumbat sangat bosan kawan aku ni”
Contoh kedua,
Anda dalam kereta, hubungan cinta dah hujung-hujung dan mungkin tak dapat diselamatkan.
our journey is nearing the end, I can feel this car running out of fuel” – car diterangkan sebagai hubungan, dan fuel itu ialah cinta.
Contoh ketiga,
Nampak batu tepi jalan, nak ngorat seorang awek ni asyik gagal jer. Keras macam batu hati minah tu. Anda dah malas nak teruskan usaha.
Slowly, even rock will change its shape by the touch of flowing water, I don’t have that much time. Goodbye” –emm macam ada pengaruh pepatah melayu jer, pedulik apa! Hahaha
Contoh keempat,
Nampak orang makan burger  melawis (serius sedap, rindu sangat dindong cair diorang ni), Konon-konon anda tengah bahagia tahap sakan.
a lil bit of chillies, a lil bit of maryounies, well done patty, with soft hot bun. Wrap it all out with a love paper. This is what I call a happy burger” – burger itu mungkin di maksudkan dengan hubungan cinta, dan bahan-bahan tadi sebagai susah-senang yang ditanggung bersama. Tapi kalau ada yang terlebih bijak, akan terdengar macam ayat lucah jer.. ahahaha. Lain orang lain cara pemahaman nya.. =)

Baik~! Sekarang anda pula cuba menulis ayat sendiri. Contoh tadi sebagai memberi anda pandangan awal tentang metafora. Selami jiwa anda dan tulis sendiri ayat anda.. =) Tidak mengapa kalau dia tidak memahami maksud ayat anda, tak semua orang boleh menerima maklumat yang tersirat. 
Kepada yang terasa geli geleman baca benda-benda ni, diharap bertenang. Kalau menyampah jangan baca dan sila beredar ke kolum lain dengan sopan. (serius saya paham geli anda, penconteng juga benci cerita-cerita korea. Highscool musical. Dan lain-lain perkara yang agak ke sissy`an)   Penconteng tak berniat nak menggentel barang anda, sekadar  membalas permintaan mereka yang ingin belajar. Saya tak pernah mintak tahu benda-benda ni, dah membesar tiba-tiba pula makin kuat pulak kebolehan ini. Pesan orang tua, kalau taknak tertekan. Sebarkan ia kepada yang ingin belajar.


Teknik Acah-acah spontan.
Acah-acah dalam slanga belia sekarang bermaksud “berlagak, berpura-pura, berlakon dan mengacah”. Jadi acah-acah spontan memerlukan anda berlagak seperti anda seorang yang mampu mengeluarkan ayat sweet secara spontan, walhal dah berzaman dah benda itu korang tulis.
  Tahukah anda, kebanyakan rapper dan penulis lirik mempunyai buku conteng mereka. Mereka akan tulis apa saja yang terlintas diotak mereka supaya selepas itu mereka akan cuba pecahkan idea itu bila ada masa lapang. Bila nak guna, idea itu datang macam air mengalir. Apa? Ingat semua freestyle rapper ada kebolehan cari ayat sama ritma dalam masa sedetik. Mereka pun acah-acah spontan, dah pikir lama cuma tak kena situasi nak gunakan ayat tersebut.
   Kita permudahkan teknik mereka ke tahap yang paling memalukan. Dah siap tulis, situasi pun kita yang pengaruh dan hantar ayat tersebut. Kemudian pura-pura spontan. Hahahaha =) *jika anda tiada idea cuba olah teknik-teknik yang telah kita bincangkan sebelum ini. Dan untuk teknik ini, anda nak olah ayat movie pun tidak mengapa. Lagi bagus, kerana rata-rata orang akan paham apa yang anda maksudkan.
Contoh pertama ;
Beli coklat sebagai hadiah. Lepastu hantar ayar “manis, macam awak” .  –simple, mudah dan tiada maksud tersirat.
    *paham kan?  Anda dah tau nak cakap/antar ayat apa, tetapi anda acah-acah macam benda itu spontan keluar dari mulut. Jalang? Ehehe no komen.. =) dah ramai buat benda ni, aku saja tulis balik. Amboi~ nak yang best je, bila nak belajar sendiri..
Contoh kedua;
Tumpang kereta kawan anda. Sampai umah, anda sms tanya ada Nampak barang tinggal dalam kereta  atau tidak. Kemudia dia akan reply, “barang apa?” sila reply dengan “I left a piece of my heart there, take a good care of it. Don’t break it
*jiwang tahap spoon dah ni.. wahahaha pernah buat sekali lepastu dia reply “puxxmak kau amir.wahahah. gay ke  apa? Fxxk! Gie cari awek lar” ehehehe sekadar bergurau dengan rakan-rakan sekelas, saya tak pernah ada g.f..
 Mudah dan poyo bukan? Anda set situasi dan tulis sendiri. Be original.. Tiada masalah jika ada pengaruh mana-mana tapi jangan lar copy bulat-bulat.
Baik. Penconteng dah tunaikan janji pada keluaran kolum “Nah Ambik” yang lepas. Huhuhu. =) Sila email jika ada sebarang persoalan. Jangan tulis untuk menumbangkan perempuan ke katil, tulis untuk memelihara hati dan perasaan mereka.  Ada banyak lagi tips yang boleh diberikan, tetapi rasanya lebih baik anda cari jalan sendiri untuk menulis. Masing-masing ada gaya, pergilah cari.  Pergilah ke kedai buku lama beli buku-buku tulisan klasik, cari gaya mereka menerangkan perasaan dengan menyatakan pasal benda lain..  Cari bagaimana mereka menerangkan tentang kebuluran dengan bercerita pasal tikus yang kurus. Macam-macam lagi. kat luar sana semua orang ialah penulis yang baik (eropah).. Freelance writer di Indonesia sangat-sangat hebat pusing ayat mereka . Kita start dengan ucapan-ucapan mudah dulu~
Selamat mencuba.. Ya anda dibenarkan untuk share post ini dan post2 kolum "hahaha..nah ambik" yang lain, tetapi kalau ada yang mengutuk sila delete balik yer..  saya pun nak jaga air muka saya.. =(

2 comments:

  1. assalamualaikum amir...

    rookie je guna ayat ayat ajak bercinta..

    hardcore cuma perlu ucap "jom main cinta"

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam agentno9..
    btol.. saya setuju.. =)

    ReplyDelete