Mood: gila emosional, dan berangan tahap jauh.
Baru baru ini sedang asyik berborak dengan seluruh ahli keluarga, terlintas soalan keluar dari mulut adik kandung penconteng, “Salasilah turun darah (bloodline/lineage) kita sebenarnya apa ya abah?” –kita dalam ayat tersebut merujuk kepada diri sendiri..
Dari situ terbongkarlah satu rahsia ke satu rahsia.. Dari gelaran kekeluargaan yang disorok , hingga betapa pekatnya darah yang kami bawa. Dari bapa ke anak lelaki ke anak lelaki ke anak lelaki.. Ada sesetengah manusia berpegang kepada keturunan dan ada sesetengah yang mahu keluar dari ikatan yang membelenggu itu. Kemana sahaja kita berlari, kita perlu duduk. Tatkala kita duduk berehat-rehat itu, sejarah silam akan sempat mengekori rapat. Jadi untuk memudahkan keadaan, terimalah siapa anda sebenarnya. Seorang anak tidak mewarisi dosa ibu bapanya, inikan pula pahala mereka. Anda adalah anda. Jadi, tidak salah mencari salasilah keluarga anda. Sekadar untuk pengetahuan sendiri.
apa ada disebelah sana? kenapa aku disini |
Mata pelajaran sejarah disekolah sangat membebankan mata, kadang-kadang anda mungkin terlihat ada rakan sekelas yang begitu aktif disetiap keadaan seperti mengalah mendengar penerangan cikgu didalam kelas lantas dia terbang kedunia mimpi berbantalkan lengan yang disilakan diatas meja.. Dari situ, minat terhadap sejarah luput didalam hati setiap belia.
Anda lahir di Bandar bersejarah, asal usul keluarga dari Bandar bersejarah , membesar di Bandar bersejarah dan masih tinggal di Bandar bersejarah. Adakah anda mengenali sesiapa diantara ahli keluarga yang terlibat dalam peristiwa membentuk sejarah malahan pembentukan Bandar itu sendiri? Jangan Tanya penconteng, keluarga penconteng merantau dari negeri lain. hahaha
Apa maksud KLANG? Buat apa nak tau kan? Bukan motor ex5 korang boleh tambah kelajuan pun kalau korang tau kan? =) 24 tahun hidup di klang.. 24 tahun.. orang di eropah kaji sejarah klang dan orang di jepun nak gali sungai klang. Anak di klang tidak mengetahui sejarah tanah sendiri. Tenang, kita serupa. =)
Seorang pesara guru sekolah menengah yang kini khidmatnya masih diperlukan sebagai guru gantian bertanya “kamu ni leo (zodiac), perangai lain sangat dari leo . oyang (asal usul) kamu keturunan apa eh?” dengan selamba penconteng menjawab “entah, ketua kampong yang disanjungi seluruh rakyat jelata lepastu kena tikam dari belakang oleh pembantunya sendiri kot makcik”. Makcik itu tergelak kecil dan mengelengkan kepala. Ketika itu penconteng seperti rasa tidak bersalah tidak mengetahui serba sedikit asal usul sendiri. Namun sehingga kini , walaupun sudah mendapat sedikit petunjuk. Penconteng masih tidak mengetahui dengan tepat asal usul sendiri.
Hercules, Jason, Achilles, beowulf, drakula, 300spartan dan lain-lain. Hampir seluruh belia tanah air mengetahui malahan boleh merungkaikan dengan selamba tenang dan bergaya kisah mereka (siap menyelak rambut sebagai tanda gua khatam cerita diorang la beb).
Cuba kita tanya mereka kisah Lembing awang pulang ke dayang, Panglima Salleh selempang merah, Awang the black traveler, dan lain-lain kisah lama. Agak-agak berapa ketul dari pemegang sijil pelajaran Malaysia mengetahui kisah mereka? . Masih ada yang mengetahui dan mengkaji. Kenapa kita taknak ambil tahu langsung. Kita boleh hafal setiap jurus yang diturunkan oleh ero sennin jiraiya kepada uzumaki naruto, malah boleh mengingati kisah bagaimana kakashi gagal menggunakan chidori pada awal penciptaan jurus itu. Namun ramai antara kita yang tidak mengetahui kisah Natrah di singapura. Ambillah sedikit masa mengetahui kisah klasik zaman silam tanah melayu. Penconteng bukan ahli sejarah dan bukan pula peminat fanatik sejarah, tapi kerana nasib selalu membawa diri menghala kepada terserempak dengan kisah-kisah ini. Dah terbukak, bacalah sedikit.
Ramai pengkaji sejarah meminati sejarah klang kerana ada kisah PERANG!. Perang lar kawan-kawan. Takkan korang tak minat nak tau pulak kan?. Hehehe Kalau borak dengan ahli-ahli persilatan, anda akan dengar kisah terowong rahsia, pendekar-pendekar dari kampung jawa, pendekar dari kg. pandan, istana lama. Jika borak dengan tokey cina anda akan dengar kisah kongsi gelap zaman dulu, bijih timah dan lain-lain. Ingat kisah buaya sungai klang? .. Tak perlu ke zaman dulu kala jengking, kita langkah sedikit sahaja kebelakang. Klang dilanggar gagak? Skatepark andalas? Dataran klang? Greatwall terbakar? Stesyen bas lama? gig Bangunan metro tempat rockstar pun susah nak menangi hati crowd? Kawan-kawan boleh singgah ke blog yang tersisih dan tak dipromosikan ini, takkan lah tak berupaya nak google sejarah Bandar sendiri.. =) -wayang kt centrepoint pun dah tutup..
Sentiasa ada bahagian yang tersorok dalam setiap kejadian, jadi anda perlu menafsirkannya dengan gunakan pemikiran yang terbuka dan membayangkan diri di tempat mereka. Dulu penconteng selalu membenci sejarah lama kerana terlampau banyak kisah tikam belakang, kini penconteng sedar tujuan sebenar pembelajaran kisah itu ialah untuk kita menilai yang baik dan buruk dan gunakan sebagai pedoman dan pengajaran. Tak kisah lar nenek anda berketurunan pawang besar atau atuk anda pula berketurunan lanun, jangan dibenci keturunan sendiri. Anda ialah anda. Pegangan hidup yang sebenar ialah jalan islam. Dan jangan kau terlampau mengagungkan keturunanmu. Kita hanya manusia. Dari tanah ke tanah jua.
Penulisan kali ini bukan untuk menunjukkan kelebihan sesiapa yang mempunyai keturunan yang baik-baik dan mereka yang mengetahui selok belok sejarah. Tapi sekadar untuk menjentik perasaan anda apabila selepas ini jika anda terjumpa perkara-perkara berkaitan dengan sejarah, anda akan berkata “kewakkk,, gua ada ingat lah sorang blogger poyo membebel pasal bender ni dulu,, story sikit lagi kat gua”.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah jauh berjalan, berpuluh-puluh musuh ditewaskan, jatuh bangun semula. Sampai ke destinasi, tidak tahu apa yang diperjuangkan. untuk apa dan demi siapa. Sesekali toleh lah ke belakang, kalau tertinggal kunci macamana nak bukak pintu. =)
-dude, gua pandai tulis.. tapi tak pandai buat.. ahahhaha =) sama-samalah kita belajar. Gallery diraja sebelah ktm tu pun aku taktau orang kebanyakan boleh masuk ke tak. hehe hari2 lalu sana. dah jauh kita ke barat oi, yang tak elok nak ikut yang baik dari sana tak terkejor pun..
No comments:
Post a Comment