Assalamualaikum.. penconteng sedang dilanda masalah termenung yang sukar dikawal.. Sudah lama tidak mengambil tahu urusan blog sendiri, sibuk membaca blog-blog orang lain. Tanpa disedari blog yang tersisih lagi disisihkan ini sudah mencapai seribu bacaan. Tidaklah suatu yang “gempak” ataupun “cemerlang”, namun jika diambil kira dari sudut menconteng untuk mengelakkan buah-buah pikiran memusingkan ayat ini dari terbuang ke longkang. Penconteng bangga dengan blog ini.
Bulan lepas, seperti yang disetkan tema nya.. Macam-macam berlaku kepada diri penconteng, kesannya terbawa-bawa hingga bulan april. Suka-duka hidup bersaudara tidak sedarah sangat kelihatan pada bulan lepas.. Penconteng kini jarang-jarang muncul di facebook, tidak lagi berminat dengan memberitahu dunia apa yang kita rasa dalam sepotong ayat. Seorang sahabat yang bersama-sama penconteng menconteng meja sekolah, lari dari kelas, menghadiri mesyuarat tertutup yang kami bukan ahlinya ketika di sekolah dulu baru sahaja bersanding bulan lalu. Tahukah anda, kerana semua maklumat diberikan di facebook ( penconteng lama tak online), terlepas dari menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. =)
Ajib wak keletong, aku tau kau takkan baca blog ini sebab kau pun taktau wujudnya blog aku.. Harap maaf. Bila aku bersedia, aku jumpa kau. Wahahaha.. yer-yer je aku janji nak bawak geng side sebelah sini pergi meru.. sorryy~!!
April bermula dengan meletupnya decoder astro di rumah ibunda penconteng, dengan ketiadaan astro di rumah penconteng mengisi masa bosan ketika menanti waktu mengantuk dengan membaca. Sakit jiwa apabila mengetahui sudah membaca habis 8 blog (English) dan 3 buku (satu novel sejarah, 2 perbincangan) dalam masa 6 hari. Televisyen memang punca ramai tidak membaca, dulu penconteng tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi sekarang sudah paham apa yang mereka ingin nyatakan.
Blog ini mungkin akan mengeluarkan post-post membebel sepanjang april, kepada yang berminat tahniah diucapkan. Mereka yang tidak suka membaca bebelan, silalah ke blog lain. Penconteng sedang mengalami masalah termenung yang tidak terkawal.
-Belanja anda satu peribahasa yang masih digunakan oleh pakcik-pakcik di kedai kopi. “mendukung biawak hidup” .. Walau bagaimana tekad anda mahu selamatkan biawak itu, dia tetap akan cakar belakang anda.
Setakat ini, penconteng tidak menganggap blog ini sesuatu yang membebankan. Bila mahu conteng, saya conteng. Jadi tiada biawak untuk diselamatkan. blog ini tidak akan mencakar belakang penconteng, kerana penconteng sendiri tidak pernah terfikir untuk menyelamatkan blog ini. Andaikata blog ini gugur, lantaklah...
=)
mungkin anda memerlukan teman wanita...
ReplyDelete****muka dah turbo
mungkin teman-teman wanita itu perlukan saya..
ReplyDelete****kopinya pekat.. sedap.. hitam.. takde gula (duit untuk menundukkan gadis) takde makna. hahahah macam lucah je ayat ni.. owhh tidak.. masih relevan..
panas ghairah menjalar dalam tubuhku selepas membaca komen anda enche durian...
ReplyDeleteencik...ble yang aku rajin marah ko dulu2 2 yer... aku pnah jd pengawas ke???
ReplyDeleteowhh.. tak pernah jadi pengawas ke? =) walaupun tak rajin, tp memang awak pernah marah saya.. itu saya ingat.. hehe chill sis.. just something i put to make me remember a friend. i never forget a friend, more so a friend like you..
ReplyDeletehaha...chill bro~
ReplyDeleteapepon aku still terbayangkn amiruddin haliza ayg sekolah rendah dlu...lain oke! aku pon xingat pnah mrah2 org ni... aku kan garang...~