Friday, April 29, 2011

cinta? perghh... salah meja lah kawan... saya x reti lar.. part2

hahahaha kepada yang tidak mengikuti blog ini dari awal pembikinan, pada bulan oktober tahun lepas saya ada mewujudkan kolum mengarut membincangkan isu cinta. Ya, perbincangan lebih kepada penconteng dengan cawan, dimana hanya penconteng menyuarakan pendapat dan cawan duduk diam menunggu kopi o panas yang dikandungnya menjadi suam.. =) mari mulakan menconteng..

boleh baca part1 dulu ..

(sambungan secara terus, tak paham lantak kau.. siapa suruh tak baca post yang dulu)

  ................. penconteng simpulkan, penconteng tidak memahami apa itu cinta. Dulu ketika masih belajar, teringat kelakuan rakan-rakan mempermainkan rakan lain yang membawa gf mereka lepak sekali di meja makan. Dengan tiada ribut dan tiada angin, tiba-tiba soalan "kau lagi sayang kitorang ke atau awek kau?" .. fussssss... tersembur air teh o ais dari mulut seorang rakan.. Yang aweknya memandang daring muka b.f.. "aku lagi sayang awek aku" dia menjawab sambil memandang muka awek nya yang gedik melampau itu..

  Pucuk dicita ulam mendatang, bertabur semburan ungkit mengungkit dilakukan rakan-rakan lain.. "waktu kau susah, aku yang datang" "awek kau ada tak waktu kereta kau rosak?" "emm.. eloklah.. kitorang ni siapa kau nak sayang kan?" "lapar sama-sama, accident sama-sama, dah senang kau tinggalkan aku" dan berpuluh-puluh lagi ayat tuju-tuju mengenai muka rakan tersebut..

  Penconteng hanya tergelak sakan melihat rakan yang terpaksa berpura-pura didepan aweknya.. sang awek seperti tidak rasa bersalah melihat b.f nya dibahan rakan-rakan, lagaknya seperti bangga pula.  Setelah dia menghantar pulang aweknya ke rumah, dia datang semula ke meja kami lepak.. "siot lar korang.. aku pilih korang sepuluh kali sebelum aku pilih awek aku siot~.. selagi dia belum jadi bini aku, member aku dulukan" .. emm.. ye ker??  hahaha

  Sangat membenci perempuan yang melagakan b.f dengan kawan-kawan  b.f nya..  Jujur.. penconteng benci. (sorry.. off topic)

  Jika kita memilih rakan-rakan lebih dari pasangan kita, dimana pulak letaknya cinta itu?.  didalam seluar dalam? kepala otak korang lah.. hahahaha itu nafsu serakah namanya.. chill.. gurau jer. 


    Jadi penconteng mengambil keputusan, meletakkan nilai persahabatan dan cinta adalah dua keadaan yang berbeza... Aduh~ panjang-panjang tulis itu je nak bagitau? . hahahaha. memang korang salah meja lah, penconteng tak reti pasal cinta.

  Walaupun tidak berapa berkenan dengan perangai orang yang menggedik-gedik dengan pasangan, tetapi ada masa yang penconteng rela melihat kelakuan mereka. Gembira melihat rakan bahagia, melihat rakan tersenyum, melihat sahabat berubah dari selekeh menjadi tersangat pembersih dan melihat rakan berjuang untuk sesuatu. Tidak terdetik perasaan ingin jadi seperti itu, tetapi sekadar gembira kerana melihat rakan tersenyum.


  Berapa ramai antara kita terasa seperti perlu untuk bercinta? salahkah hidup bersendirian sehingga sampai waktu dan berkahwin terus dengan pasangan pilihan bila bersedia nanti?. 


  "bro, boleh ke lu kawen dengan orang lu tak kenal?" emm.. soalan yang agak bijak.. kalau disoal seperti itu, penconteng hanya diam kaku.. Apa nak dijawabkan, orang yang bertanya sudah ada jawapan sendiri diotaknya.. apa jua yang kita jawab dia akan tetap berpegang kepada jawapan yang sudah di kimpal di sudut otak kiri beliau. haha


 Ya.. itu adalah salah satu halangan dalam percubaan mengelakkan diri dari melakukan sebarang perhubungan cinta. Ramai yang mengenali penconteng secara dekat mengetahui penconteng seorang yang suka menyendiri (in terms of coupling bullshit). Menghilangkan diri sebelum bibit-bibit cinta muncul. hahaha alasan penuh di poket, sehingga pernah memberitahu sudah bertunang jika dirasakan tiada lagi alasan yang menarik untuk melarikan diri.. =) tapi takkan kita nak kahwin dengan orang yang kita tidak kenal?.. Jadi mungkin suatu hari nanti penconteng terpaksa mempunyai seorang teman wanita. 


 jika terpaksa, bukankah itu lari dari konsep cinta. haihh~~ tanpa rela..

 dialog sms yang mungkin berlaku, (situasi-tgh makan tengahari di tempat berbeza)

awek            = love u..
penconteng   = love u 2.
awek            = love u more..
penconteng   = love u more than love is..


 wakakakakakak... gua boleh bayang diri gua tengah berdialog macamtu.. Ikhlas ke tak belakang kira.. tapi mesti ayat jiwang bunga-bunga sakura keluar punya. Dengan member-member perempuan pun penconteng keluar ayat jiwang.. damn! i need to wear black t-shirt tomorrow.. makin lama makin pink jiwa ini..

 (tengah dengar lagu Papa Roach – Scar.. macam dekat sgt lagu ni dengan aku)..

     Emm.. tak kena dengan mood.. tukar lagu pulak.. alang-alang dah conteng pasal benda cinta, cari lagu kaw2 punya.. (hah~ leona lewis-bleeding love.). ambik sebijik.. i keep bleeding.. keeep keeep bleeding love~.. uihh... ada pulak pearl kacip fatimah kat peti ais.. ehehe just kiddin.. (aduh~ apehal pulak minah ni sms aku.. macam tau-tau je aku tengah mempermainkan soal jiwang2 ni)

  Wei~ jauh dah tersasar dari perbincangan ni.. bakar rokok, kita sambung balik.. 

   Tak kelakar ke konsep percintaan yang semua dipaksa lalui oleh masyarakat kini? 

  kita kata kita sayang, kita cinta.. kita sanggup susah senang.. Lepas 3 tahun kita putus, kita cari orang lain, kita cakap kita sayang lagi, kita cinta lagi.. kita sanggup susah senang lagi.. lepas 2 tahun kita putus???.. lagi??? .. cari lagi.. kumpul maksiat.. belum cukup 3 bakul lagi nak buat bekal.. -tesss, panahan tepat ke jantung...

  Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem konvesional dalam percintaan ini. 

    Tapi apa-apa pun, penconteng tetap akan …… [bersambung lagi.. hahahaha.. bila? Sukati penconteng lar bila.. teruskan mengikuti durianmangkau.blogspot.com.. sekadar bacaan ringan dikala otak sebu untuk berfikir.. =) thanks for all the email and suggestion.. bukan aku baca pun.. ehehehe ]

1 comment: