Wednesday, May 11, 2011

conteng- menerangkan sesuatu dengan cara yang lebih poyo


Kembali lagi kepada segmen conteng.. hehe.. Masih  berharap  penconteng  sambung balik kolum “hahaha.. nah ambik”?.. lupakan.. asyik beritahu apa yang anda mahu, bila masa anda mahu menerima apa yang ingin diberitahu. <--Cantik bukan pusingan ayat berikut? Hehehe terimalah tip-tip seterusnya. Kali ini untuk tulisan seharian atau apa sahaja untuk menambahkah kecantikan ayat anda.

  Kepada mereka yang baru sahaja berjinak-jinak membaca blog ini, penconteng sekali lagi mengulangi perkataan ini “saya tak pandai, tapi tahulah sikit.. orang nak belajar takkan kita nak kedekut pulak” ..

  Setiap orang mempunyai gaya masing-masing.. Penconteng lebih kepada gaya membawa pembaca bersama-sama termenung.. Anda memiliki gaya anda sendiri, sama ada cara gedik santai atau agresif sekalipun. Itu gaya anda. Namun suatu benda yang anda perlu tahu, kepoyoan ada disebalik hati nurani anda. Gunakan sebaik mungkin. =) 

  Poyo bagi sesetengah orang bermaksud menunjukkan kelebihan anda dengan cara terlampau. Penconteng sendiri tidak tahu maksud sebenar poyo itu sendiri.. Tapi anda pasti paham apa konsep poyo itu bukan?..  Jadi sesekali gunakan konsep itu dalam ayat anda (bukan bermaksud mempoyo diri anda, tetapi mempoyokan cara anda menerangkan sesuatu).

  Baik.. mari mulakan..

  Ali minum kopi panas sambil menonton bola sepak. <--- ayat macam sangat biasa dan kosong bukan?

  Mudah dan ringkas memang bagus dan memberi impak yang  tepat.  Tujuan anda terus membaca post ini sehingga ayat ini ialah kerana anda mahu tahu cara mempoyokan ayat, jadi mari kita mulakan.

1)      Tambahkan kepoyoan dengan menambah detail kepada keadaan diatas.
 [ali meminum kopi hitam panas berasap ketika sedang asyik melihat Manchester united dimalukan oleh stoke city di televisyen ]

2)      Dengan cara memecahkan suatu suasana kepada beberapa ayat juga dapat menambahkan lagi kepoyoan ayat anda.
   [ali meminum kopinya.. sepanas kopi hitam diatas meja, begitu juga panas hati ali. Matanya tepat memandang televisyen, pasukan gergasi Manchester united ketinggalan dibelakang pasukan kerdil stoke city.]

3)      a. anda boleh pilih untuk mempoyokan ayat untuk lebih menerangkan suasana dan fokus kepada suasana.
[ suram.. kopi ali terbiar diatas meja.. Manchester united masih ketinggalan dibelakang stoke city. Televisyen terus terbuka.. ali terus menonton.. tiada apa yang bergerak, kecuali kipas dan watak-watak diatas paparan skrin]

b. atau mempoyokan ayat dengan lebih menerangkan kepada watak.
[kening ali berkerut.. dia tidak percaya pasukan pilihannya Manchester united tertinggal dibelakang pasukan bermasalah seperti stoke city.. hatinya kecewa sehingga kopi dirasakannya tawar, skrin televisyen dihadapannya dirasakan begitu kecil.]


  Setakat itu sahaja penconteng dapat memberikan sedikit cara untuk mempoyokan ayat anda. =) anda boleh share ke F.B atau ke mana-mana yang anda mahukan, kalau rasa sayang kat blog ini tinggalkan kredit sikit ke blog ini waktu anda share. Kalau tidak mampu untuk berbuat begitu, tidak mengapa. Penconteng menconteng bukan kerana nama.. Namun… jika ada yang mengutuk sila delete balik, saya pun nak jaga air muka saya. =) sehingga berjumpa lagi~

*papan kekunci tidak mengeluarkan bunyi.. jari-jemari penconteng kaku. Ketika rokok kretek masih tergantung dibibirnya, abu rokok jatuh ke baju ditiup angin kipas. Bingung. Kosong. Hatinya mencari sesuatu. Mungkin merindui seseorang. Mungkin penconteng hanya termenung kosong. Cicak masih memerhati dari siling, penconteng masih melihat skrin computer tidak bergerak..
-ayat sebenar sebelum dipoyokan [aku tengah takde idea nak tulis apa bila dah duduk depan computer] ..poyo  bukan? =)

2 comments:

  1. "Aku menanti encot dengan helmet diraga, walaupun mukaku turbo namun aku memandang encot sebelah mata. Kerana hatiku belum terbuka untuk seorang encot bertakhta di sudut hati"

    ReplyDelete
  2. tu dikira monolog dalaman atau dialog.. haha dude, nobody talks like that.. tu bukan menerangkan sesuatu dengan cara yang lebih poyo.. tu mempoyokan cara anda berkata-kata.. hahaha =)apa-apahal pun.. memang poyo.. good try brah~..

    ReplyDelete