Assalamualaikum dan salam sejahtera.
November berlalu dengan tenang. Walaupun hujan masih akan melanda, kita semua pasti sedar disember memberi makna yang berbeza. Mengambil kesempatan disini untuk mengingatkan pembaca, kita melalui tahun yang agak baik. Masih berkesempatan berchatting di facebook, minum di kedai mamak, mengurut kaki ibu yang sengal-sengal sebelum dia mahu masuk tidur dan berbelanja mengikut tahap kemampuan masing-masing. Sesekali renungkan nasib saudara kita di palestin, tanah dulunya mereka bercucuk tanam kini hanya mampu dilihat dari jauh. Nasib saudara kita di sini, ada yang kehilangan segala-galanya akibat bencana alam. Seteruk mana pun kita mengeluh, masih ada yang lebih menderita.
Pada november yang lalu, banyak idea dan draf yang terbiar tidak di pos ke blog ini oleh durianmangkau. Antara faktornya ialah kegagalan mendapatkan gambar dari kamera rakan dan cuba untuk tidak terlampau membanyakkan artikel merapu. Kecewa kerana pada pos pertama dalam sejarah blog ini, durianmangkau menyatakan untuk menjadikan blog ini sebagai fail penulisan. Persoalan nya, siapa ingin membaca novel tulisan seorang beginner atau bud-bud-banana (budak-budak baru nak naik), lalu ke asyik membaca ucapan-ucapan manis, nak ke korang baca sajak kotemporari? emm.. jadi biarlah durianmangkau mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi semuanya dalam keadaan berkala.
Sentiasa pastikan kemeja anda bergosok, kita tak tahu tiba-tiba akan mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakan. Ini bulan Disember. Sediakan sweater(baju panas) dan payung di dalam kereta. Ini bulan Disember. Rancang dan tempah pakej percutian anda dengan baik. Ini bulan Disember.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
anda seorang perokok tegar, anda boleh hidup tanpa rokok tapi anda tetap merokok. Duduk menunggu seseorang, sambil membiarkan asap keluar dari mulut dan hidung. Tenang dan penuh perasaan kan?.
durianmangkau menconteng di blog kerana durianmangkau terasa sebegitu apabila menulis. Tidak sedar tangan sedang bergerak menaip, yang pasti hati dan minda sedang ligat bermain kata dan semuanya ternampak di monitor. Satu huruf per satu huruf sehinggalah rokok itu habis. dan orang itu sampai. puntung rokok dipijak, broadband diputuskan talian. -dengan cinta, kamu dipecat!!!
der.. update ler pnjg sket. pnt aku tnggu hasil karya ko..
ReplyDelete