Monday, December 27, 2010

=) meletakkan diri dalam sejarah bola sepak malaysia.

 Malaysia 3-0 Indonesia.

  Permulaan perjalanan baru untuk bolasepak negara. Dianggarkan 70,000 rakyat malaysia menjerit didalam stadium dan berjuta lagi didepan televisyen yang menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir piala AFF Suzuki (leg 1) tatkala gol ke 3 dijaringkan pemain malaysia. Beratus kali tangisan kekalahan peminat tanah air, berjuta ringgit duit rakyat habis sekadar melihat kekalahan, ratusan ribu pemain peringkat sekolah  dan pemuda tanah air membeli kasut futsal kerana putus asa dengan bolasepak negara. Semuanya gembira semalam, melihat semangat anak-anak muda bertarung bermati-matian diatas padang. Itulah sebenarnya yang mereka nantikan, jelmaan semula semangat pendekar Mokhtar Dahari yang disarung safee salee, Muslim yang masih keanak-anakan bermain seperti  berguru dengan Soh chin aun dan Semua pemain bertarung dengan yakin seperti menyelit taming sari di pinggang (chop! jersey malaysia keluaran terdahulu memang ada cop keris  kat pinggang)

  RrRrRr (tukar nick john, ada email sampai ckp dah ada penulis guna durianmangkau) melayari beberapa blog sukan hari ini, peminat bola sepak kedua-dua negara bertarung mengenai isu-isu seperti laser, hingga ke isu pendatang haram. ???? Bukankah bolasepak mengenai semangat berpasukan, perpaduan serantau dan hiburan hujung minggu. Diam dan Senyum semua warga dunia. Terlampau melihat keburukan, yang indah akan terbuang tidak dipedulikan. RrRrRr berarak menghala kestadium berempat lengkap dengan bendera malaysia dan yang paling penting kami berarak bersama lebih kurang 200 peminat bolasepak indonesia. Ada kami dipukul? tidak. Dan tatkala kumpulan itu sampai ke perkarangan stadium bukit jalil, tepukan gemuruh diberikan oleh ribuan penyokong malaysia yang sudah lama berada disitu mengau-alukan kedatangan rombongan peminat indonesia.  Anda tidak akan membaca perkara ini dimedia malaysia, lagi pula media indonesia yang diakui sendiri oleh rakyat indonesia yang berkerja disini sebagai terlampau provokasi dan anti malaysia. Walaupun anda berada ditempat kejadian sekalipun, jika anda terlampau mencari keburukan. Yang indah akan terbuang tidak dipedulikan.

  "Kami tak kisah kalah, tapi bukan sebab tidak melawan". terngiang-ngiang perkataan itu dikepala. Ucapan ikhlas dari pakcik tua dikedai kopi beberapa hari sebelum perlawanan. Mungkin mereka mengatakan tentang isu-isu lama seperti kejadian pemain-pemain kita seperti patung ditengah padang. Mana mereka tidak melenting dan menghina pasukan tanah air dekad sudah jika ketika mereka muda, semangat bertarung yang ditunjukkan pemain malaysia sangat berbeza. Mungkin semalam mereka menangis, gembira dengan gaya permainan dan semangat pemain. Ditambah pula kemenangan bergaya.

  Sejarah baru bolasepak akan bermula. Anak-anak muda ini akan menjadi pemain besar, pemain-pemain besar sedia ada pasti akan bersungguh -sungguh untuk meletakkan diri mereka seiring dengan adik-adik mereka ini. Mula saja dari semalam, semuanya akan mula dari kosong. Jika kita terus mengagungkan kemenangan semalam, itu saja tahap kita. Kami ingin melihat jaringan pertama malaysia di piala dunia. Letak ketepi pasukan-pasukan kecil lain. Terus melangkah. Terus melangkah. Sebelum kami menutup mata, belia-belia ingin melihat malaysia ke piala dunia.

-23 thn hidup tidak pernah sekalipun mem "boo" lagu negara orang lain. Tidak pernah sekalipun. Semalam RrRrRr mengaku membuat bising ketika lagu negara indonesia dimainkan. 23 thn hidup diajar hidup untuk menghormati sesiapa saja walaupun orang indonesia sekalipun (mempunyai 2 pekerja berasal dari indonesia), menundukkan kepala kepada mereka kerana lebih tua. Malaysia menghormati semua, walaupun dia cina, india, melayu, mat saleh,jawa,bugis. Tapi semangat muda yang marah kerana disiaran langsung ketika malaysia bermain di Indonesia terdengan jeritan 'balik!!' ketika lagu negaraku dimainkan. Pencinta kedamaian tidak akan membuat perkara bodoh sebegitu, jadi RrRrRr membodohkan diri sendiri semalam. Jadi kita setaraf, si bodoh dengan si bodoh.


Bola tetap bola, RrRrRr tetap melihat dunia dari sudut berbeza. Mahukan dunia ini aman? belajar hormat orang lain. Bila orang membantu, cakap terima kasih. bukan mencari kesalahan seperti barang bantuan kononnya tamat tempoh. Kontroversi, bencana alam, kemerosotan ekonomi, mata wang rendah walaupun sumber kerja dan bahan mentah sangat banyak? selamatkan negara anda lebih baik dari menyibuk hal orang lain.  RrRrRr tidak mempunyai ijazah dalam apa pun, tapi kesimpulan yang dapat dibuat ialah kita bergaduh masjid al-aqsa yang tergadai. RrRrRr sudah lama mengaku mereka saudara serumpun, bolehkah mereka berhenti membaca media provokasi dan mula menyahut tangan persaudaraan dari sini? .

i love malaysia, indonesia let me love you .. i dont have money to give, love is all i got. please love me back.. =) haha  seriously dude, we need to love each other. muahx muahhx. looking forward to make friends with beutiful bandung girl. damn. haha


Memakai sweater hijau. kenapa hijau? lantak kau lar.
Mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan bolasepak malaysia. Tahniah!  -------------------------------------------------------------------------------------------------------
  PENGHARGAAN
Terima kasih kepada,
-Shahrizal menyediakan pengangkutan.
-Zubeidah Noh (gambar ini dicuri dari album beliau)
-Mohd Izzudin selaku Ulat tiket. Anda banyak membantu kami.

No comments:

Post a Comment