Thursday, December 16, 2010

melihat temasya di tempat orang - melapah daging korban di melawis

  Ya durianmangkau tahu, apasal pulak tempat orang pulak kan? bukan tempat sendiri ke? .. Disebabkan diri  terasa pada bulan disember kali ini tidak akan beriadah ke mana-mana, dengan selamba tenang durianmangkau memasukkan aktiviti bulan lepas ke kolum ini. wahaha sukati aku lar, blog aku. Lagipun durianmangkau sekeluarga disenaraikan dalam kariah masjid lain, kira melawat tempat orang jugak la kan. =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

  Surau ini menyimpan sejarah bermakna dalam hidup durianmangkau, teringat ketika bulan puasa sebelum  spm  bertahun dulu surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sebaya melakukan ulangkaji terakhir sebelum peperiksaan. Mereka yang lahir pada tahun 87 pernah merasai peperiksaan spm sebelum dan selepas raya, hehe klasik. Sempat durianmangkau memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan begitu juga sebaliknya. Pada tahun bulan madu, ketika tingkatan empat durianmangkau ponteng sekolah selama 1 minggu kerana sudah tahu lebih awal diterima ke sekolah teknik, dan surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sekolah membuat gerakan gelecek sebelum meneruskan larian ke tempat lain ketika dikejar guru disiplin sekolah . Kini, rata-rata rakan durianmangkau mempunyai pekerjaan yang elok. Walau hingga ke eropah mereka merantau, ke pulau jepun, ke gurun sahara, ke kutub utara atau selatan, ke timur malaysia suatu hari nanti, yang pasti mereka akan kembali melawat tempat ini. Sedangkan tempat terjatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bersaudara.

  Tarikh aktiviti = 17 november 2010
     Tempat       = Surau Al-Falah, kg. Arab. melawis.
  
   Pagi itu semuanya nampak begitu aman, sinar pagi melimpahkan cahaya yang sangat mendamaikan, angin membelai helaian rambut pendek dan mengipas-ngipas baju melayu hitam yang digosok dengan teliti. Dia masuk kedalam rumah itu, membuka pintu bilik dengan cukup perlahan, mencari suis lampu dan membuka lampu. "woi!!!! pagi raya kau tidur lagi buatpe? bangun lah!!!". Pagi yang indah, durianmangkau masih diselimuti kain cadar yang sedikit kusam. Membuka mata dan melihat muka kawan, "jap, aku gi mandi dulu"

  Ketika masih berbincang ingin melakukan solat sunat aidil adha di masjid mana, satu panggilan telefon diterima. Seorang rakan mengajak kami ke surau berdekatan dengan perumahan mereka. Menjeling satu sama lain, dan "jom" serentak kami bertiga bersuara.

   Selepas selesai mendengar khutbah, dan bersalaman sesama rakan-rakan yang masih ada disitu kami semua berpecah. Sempat seorang ajk surau (merupakan kawan kami juga) mengingatkan kami untuk membantu menumbangkan lembu dan melapah daging korban pada pukul 10 pg nanti.

   Sudah gaharu, cendana pula. Seperti yang biasa berlaku, durianmangkau tiba lewat ke tempat kejadian. =) 2 ekor lembu telah siap disembelih. Mereka sedang mengasingkan kulit dari badan lembu. Semburan perkataan caci maki menyambut kehadiran durianmangkau ketempat itu (sekadar gurau budak lelaki). Lembu melawan ketika mereka menumbangkan lembu dan terlepas dari kawalan. Lembu berlari secara rawak dan melanggar seorang rakan yang ketika itu tidak bersedia. Hari ini dalam sejarah, Singapura dilanggar todak en. Syahwal dilanggar Lembu. Durianmangkau sekadar dapat berkongsi ketawa dan terasa seperti kerugian yang amat besar tidak berada disitu ketika kejadian itu berlaku. Namun masih banyak lagi kerja perlu dilakukan, dan hari masih awal.

terasa cool gila pegang pisau macam tu.
 Persediaan sebelum membantu melapah daging, dari pengalaman dan tunjuk ajar dari orang yang lebih pandai, Pisau yang tajam dirumah tidak semestinya sesuai melapah daging terus dari kaki lembu. Durianmangkau yang sentiasa berlagak tidak mengendahkan semua itu, tiga bilah pisau dibawa bersama. Pisau ramping mensisir pisang, pisau besar memotong daging dan pisau acah-acah rambo. Ketiga-tiganya tidak banyak membantu. Memalukan. Lapisan putih pada daging terlampau kenyal hingga tidak dapat dihiris. Pisau acah-acah rambo yang pernah digunakan pada semua keadaan seperti tidak berharga ketika ini.  Satu jenis pisau telah menonjol, pisau cutter (yang matanya boleh tolak kedepan belakang korang buat asah pensil) bersaiz besar berada di kelas tersendiri ketika itu.

agak-agak bila nak siap ni?
 Bukannya pisau-pisau tadi tidak boleh memotong daging (durianmangkau dapat rasakan kaum perempuan seperti pelik kerana mereka selalu memotong daging menggunakan pisau dapur biasa), namun lapisan putih seperti lemak itu akan mengikut sahaja gerakan pisau tetapi tidak terbelah. contoh ringkas, bulu roma akan mengikut pergerakan jika pisau biasa dilalukan diatasnya, tetapi bulu roma itu akan putus jika mata pisau cukur dilalukan. Ketajaman konsisten diperlukan untuk membelah lapisan putih lemak tadi.




Selesai tugas budak muda. Potong deging kecil-kecil bagi senior buat.
  Matahari semakin naik, mata sudah memberikan isyarat untuk berehat. Rasa mengantuk dan kepenatan akibat persediaan sebelum raya datang kembali. Daging-daging sudah lama siap dipotong, namun setiap petugas tidak dibenarkan pulang awal. Pengerusi majlis terpaksa menahan semua petugas kerana ingin menyampaikan hasrat penama lembu korban untuk mengagihkan tulang-tulang dan sebahagian daging kepada petugas. Walaupun rata-rata petugas tidak memerlukannnya kerana ahli keluarga mereka ada yang membantu di majlis lain, amanah penama korban yang diletakkan ke pada pihak surau mesti dilaksanakan. Kami akur dengan arahan ketua.

  Sambil menanti waktu pengagihan, durianmangkau duduk-duduk dan terpikir.  Apa yang kita pernah korbankan? . Durianmangkau masih tidak dapat korbankan keenakan merokok untuk mendapatkan badan yang lebih sehat. Tidak dapat korbankan masa menonton televisyen untuk melawat saudara mara. Masih belum mampu mengorbankan segala-galanya untuk mencapai sesuatu yang diingini. Lemah jiwa ini sebenarnya.

  "phareil, rembatkan aku karipap satu!" geram pulak tengok rakan-rakan mengunyah makanan yang terhidang dari tadi. Nak ambik segan, bukan kejiranan sendiri. Sambung termenung sambil mengunyah.

  Kawan-kawan ramai dah kerja di syarikat penting. Durianmangkau masih menumpang kasih di syarikat bapa sendiri. Setiap hari dihina dengan makcik-makcik dengan perkataan seperti "eh, dulu sekolah pandai. takkan jaga kedai je kot". Senyum. Hati ini hanya tuhan yang tahu peritnya. Benarkah pengorbanan durianmangkau untuk meneruskan legasi peniaga melayu di kampung melayu ini adalah perkara yang sepatutnya? . Dah teruk ekonomi kita dijajah dengan peniaga dari seberang, sehingga saudara senegara kita yang dari kaum cina pun menggelengkan kepala.  "lu jangan give up dulu adik" kata mereka. "kampung melayu, tapi semua indon niaga saya tengok" sokongan hanya datang dari mereka yang tiada ikatan sebangsa. Durianmangkau mungkin akan bekerja di syarikat orang lain suatu hari ini , tetapi tidak akan sesekali lupa nikmat berniaga sendiri.  Pengorbanan itu tidak mudah, tetapi sangat indah bagi mereka yang pernah dan masih melaluinya.

"yang bawah pokok jambu tu!!! datang ambik tulang ni!!" suara dari pembesar suara tiba-tiba berubah menjadi lebih serius. Bergegas durianmangkau dan beberapa rakan merapati kawasan pengagihan daging. Lama dah kitorang mengumpat dan borak2 kosong. Sehingga tidak perasan sudah beberapa kali rupanya pengerusi majlis memanggil-manggil para petugas.

  Sebelum pulang, durianmangkau singgah kerumah mangsa pelanggaran lembu untuk berbual-bual dan mengetahui punca kejadian . Haha Sambil menikmati Mee Kari (terbaik, setiap kali raya ad`fitr dan ad`adha mesti dtg rumah ini) , gelak ketawa dan umpat mengumpat memeriahkan lagi suasana. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENGHARGAAN
terima kasih kepada 
-ajk surau Al-Falah, Kg. Arab. en. Shahfaril dan en. Shahwal kerana menjemput.
-Teemerchant.bogspot kerana menaja t-shirt yang dipakai durianmangkau
-Semua petugas dan seluruh ahli kariah surau.

 

No comments:

Post a Comment