Wednesday, September 7, 2011

Meja editor- Syawal september


 Salam sayang.. salam bahagia.. salam peluk cium antara kita.. muahhxx muahxx terasa indah bahagia sungguh menconteng monitor di hari ke 9 syawal… 

Stopppp!!!!!! Salah blog.. blog penconteng tak keluar ayat-ayat mengeletis seperti diatas.. hahaha  =)  

  Apa khabar pembaca semua? Makan ? minum? Dah semput belum merokok?  Terasa getah underwear dah meregang belum kerana pinggang membesar akibat melantak tak terkawal?  Check kiri kanan. Sandarkan badan ke kerusi, pandang depan dan  mari mulakan.  (macam budak kecik la korang buat betul-betul apa yang aku suruh)

  Merindui ramadhan.. =) bangun sahur.. mula bekerja sebelum azan subuh (tanpa dipandang pelik oleh masyarakat), menggunakan alasan mengantuk jika tersalah kira harga barang, mengejar dateline production sebelum raya, mengambil tempahan, bersabar dengan karenah orang ramai, berdiam diri, pergi ke bazaar ramadhan melihat anak-anak perempuan penjual makanan, makan sedikit apabila masuk waktu berbuka rokoknya pulak banyak, menghantar ibu ke masjid setiap hari dan lari ikut pintu gate belakang masjid, melepak depan tv dan bertemu rakan-rakan lama di kedai maplay. Suasana riuh rendah bersedia untuk syawal. Masih gagal khatam al-quran dalam sebulan ramadhan (percubaan menarik, takde lah off side.. kira masuk kotak penalty jugak lah).

   Daripada kecil, penconteng lebih menikmati ramadhan daripada hari raya itu sendiri. Itu ramadhan penconteng, ramadhan anda mungkin berbeza. 

  Syawal bermula dengan mendapat sms di malam raya ketika  didalam perjalanan ke jalan tar.. hahahaha =) lu ingat ni diari ke nak cerita semua. 

  September raya. Peluklah rakan mu yang sekian lama tak berjumpa, ciumlah tangan si tua yang sekian lama bersabar dengan perangai budak-budak baru nak naik macam kita dan senyumlah pura-pura bahagia didepan yang tersayang. Tiada apa yang perlu disegankan. Penconteng sering terbayang kebaikan seseorang setiap kali bersalaman dengan beliau. Mungkin anda terlupa, rakan anda ada disisi anda ketika anda kehilangan ahli keluarga. Berpeluh untuk anda ketika majlis kenduri dirumah anda. Menemankan anda ketika anda perlu sesorang untuk berbicara. Ingatlah kebaikan mereka kepada anda, dan peluklah.

  Kita tak semuda yang kita sangka. Kita tak mampu memeluk dan mencium tangan semua orang, penconteng paham. Kepada mereka yang kita  rasa berhak, mengapa perlu segan silu? Jika sejurus selepas anda membaca post ini rakan anda pergi meninggalkan dunia ini,  ciuman kedahi jasad sudah tidak bermakna apa-apa lagi. (poyo lar aku, tak bertegur sapa gak ngan geng-geng lama.. hahahaha =) )

   Sudah sekian lama tidak merapu merepek dalam kolum Meja editor. Adanya kolum ini bermakna akan ada post-post seterusnya di bulan ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua. Kepada yang tidak menyokong, lu apa bikin masuk ini blog?.. hahaha =) chill semua.. Sekadar bacaan ringan di kala otak sedang sebu untuk berfikir.

   Tidur bersampin di petang raya,
   Menanti sms si baju ungu,
   Mahu dipimpin tak sama dunia,
   Cukupla sekadar menjadi kawanmu..

   Janganlah gelak-gelak.  ehehe sekali-sekali jiwang apa ada hal kan? Teruskan melayari durianmangkau.blogspot.com. Lawatlah sekali sekala blog yang tersisih lalu terbuang tidak diperdulikan ini. Tak dapat lemang, kueyteow kembang pun kenyang juga. =) Tak berkelip-kelip lampu blog ini, kalau ada pelita menarik hati di laman blog  ambiklah buat penyuluh jalan. Walaupun nanti padam ditiup angin, penconteng gembira dapat meriahkan hari anda biarpun sebentar.



Tidur bersampin di petang raya.
  Dengan cinta,      apa duit raya?!!!  Masuk rumah minum dulu lar!! Takde sivik punya budak..  %^^^))(&*^(*^&5&%si^&$5%^3  !!!

No comments:

Post a Comment