Saturday, August 27, 2011

conteng- Raya datang lagi


    Kembali lagi ke segmen conteng bersama penconteng. Seperti sudah dijangka, permintaan meng “customkan” ucapan raya datang tanpa putus sama ada dari sms dan email. Penconteng agak kecewa kerana rata-rata pembaca sudah memahami konsep asas menulis ucapan sendiri namun masih agak lost apabila menghadapi event-event yang berbeza. Ok! Sebab permintaan dari anda kedengaran jujur dan tidak seperti ingin memperbodohkan penconteng yang sudah sedia tidak pandai. Kali ini penconteng akan berkongsi sedikit idea, dan bolehlah anda buat sendiri.. diulangi anda tulis sendiri.. 

   Pantun.
  Pantun merupakan permainan setiap orang dizaman dulu, malah sekarang tradisi berpantun masih berterusan dan terus kuat melekat dalam tradisi melayu di sesetengah negeri di selatan tanah air. Hari Raya di Malaysia disambut mengikut apa yang disuruh oleh islam, cara sambutan nya pula mengikut kebudayaan setempat. Jadi, pantun sangat sesuai digunakan untuk menulis ucapan sms raya.
   
Contoh 1- seloka
    beduk berbunyi syawal menjelma, lapangnya dada sahabat tiba, sahabat tiba duit menjelma, beduk berbunyi aku tuntut hutang lama. *Selamat hari raya!!

 – Nampak? Permainan minda di sini. Cukup sopan berkias mengucapkan selamat sambil minta hutang..  anda hanya perlu meng “irama” kan hujung ayat anda, tak sama pedulik apa, pantun untuk diucap bukan ditulis.. yang penting bagaimana ia didengar. 

  Contoh 2 – Klasik.
  ------ malaslah nak tulis, lu orang pun tau kan pantun standard klasik hari raya.. forward je lar sms orang lain. Penconteng  tak campur..

      PARODY.
Memperbodohkan iklan, lagu , keadaan, movie, dan apa sahaja. Tulis balik situasi dan ucapkan selamat hari raya.

Contoh 1 – “ klang,semalam. Seorang penyimbah rendang ke muka wanita sedang giat melakukan kegiatan jenayahnya itu. Terbaru, mangsa diketuk dibelakang tengkuk mengunakan buluh lemang sebelum disiram mukanya dengan kuah rendang.  Dengan ucapan hari raya, kami dari Harian Memutar terus memutar belitkankan fakta untuk anda. Selamat hari raya dan berhati-hati

Contoh2 – “Saya, pemegang handle-handle besar bmx. Setelah diperkenankan oleh tuan empunya  Haro Sport 94 dan majlis penyimpan stok basikal. Mengumumkan basikal itu tidak akan dijual. Selamat Hari raya.Maaf Zahir batin.

-paham tak parody?.. tak paham lantak  korang..  Nampak benda best sikit korang putar belit je jadi ucapan. Hehehe

  Jiwang.
  Waktu yang paling sesuai untuk bermaafan dan try merapatkan kembali hubungan. Guna kan balik semua tips wishes yang penconteng dah pernah bagi. 

 Contoh 1 = “dear diary, it’s been a while since i wrote you some. That’s mean syawal is coming to town. She no longer around, but still I want to tell her some. That’s I’m sorry, for things I’ve done all this time. Selamat hari raya. Wish she can read this. – close diary

Contoh2 = “I’m sorry if I ever treat you bad. Im sorry if I ever make you sad. Im wearing a blue baju melayu, wish I can celebrate this raya with you” 

  Yup.. sekali lagi ucapan dalam bahasa English dianggap lebih cool oleh remaja sekarang.. lantak korang lar.. raya cari rendang jugak.. dah belacan, belacan jugak.. bahasa melayu tak cool konon.. ptuih~!!                       
Straight forward.
  Tak payah bunga.. tak payah lagu.. mudah dan ringkas.. korang boleh buat dalam bentuk kelakar atau formal atau kejam.. =) kejam paling style.. haha

 Contoh 1 = reply msg raya dengan “kiwak??? Dah raya ke.. siallah tak ganti puasa  tahun lepas lagi..ehh.. puasa tahun ni pun  dah abis ke?.. thanks bro ingatkan.. selamat hari raya, maaf zahir batin

Contoh 2 = formal lebih sesuai kot kalau nak send kat orang-orang besar atau pakcik-makcik “Saya Penconteng mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. bla bla bla.. blab la bla .. Maaf zahir batin

Contoh 3 = ni penconteng pernah send 2 tahun lepas tapi masih ada rakan-rakan yang ingat msg ni.. style kejam ini menjadi pilihan mereka. “apa maaf-maaf??? Tiada maaf bagimu.. nak mintak maaf datang rumah lar!!!.. main sms je.. no respect lar korang ni.. selamat hari raya. Tiada maaf bagimu

   Cukuplah setakat ini tips yang boleh diberi, kepada yang terbaca dan kata penconteng poyo.. sila keluar dari blog ni dengan sopan dan penuh bergaya.hahaha. Penconteng bagi tips sebab ada yang mintak, tak suka jangan baca.. jangan buat main dengan dosa dengan orang, pergilah bermaafan. Ingat ya, try gubah ayat sendiri.. try gubah ayat sendiri.. be original..

--puas menconteng.. jari melepuh..  dihina sudah, diangkat pernah..  ramadhan ku indah, syawal ku meriah.. walaupun sunyi, keluarga ku dihati. Conteng-conteng di lereng-lereng, serunding daging terasa masin.  Buah hati ku tak jauh, buah hatinya pula bukan aku. Levis siam sebagai teman, baju bundle memeluk badan. Andai benar contengan ku merobek hati, ampunkan daku seorang penulis basi. Ilmu penconteng  sedalam longkang, manakan lawan cik tuan ilmu tasik buatan. Niat dihati nak berkongsi-kongsi, apakan daya orang tak sudi. Jika benar tulisanku dekat dihati, terima kasih tidak terperi. Ampun maaf dari hati, seikhlas hati aku menanti. Keampunan mu wahai manusiawi. 

Selamat hati raya idul fitri.. Maaf Zahir Batin.

Dengan cinta,

…………………….

Amir Haliza
(Founder of durianmangkau.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment