Friday, September 30, 2011

Yang tersurat dan tersirat (pepatah melayu) – mengikut pemahaman durianmangkau.


  Nama pun menconteng, jadi tiada merujuk mana-mana teks. Haha memang dah lama nak berkongsi benda ini.. Namun mungkin kerana terasa diri agak rendah tahapnya berbanding pakar-pakar di luar sana jadi dibiarkan sahaja.. Saya hanya penconteng, melepaskan tinta dakwat ke meja dan buku-buku latihan kawan sekolah..  

  Apa yang dapat anda perhatikan setiap kali mendengar pepatah melayu?  Ya, anda paham semua  maksud nya.. yang tersirat lebih dulu anda pahami.. Tetapi yang anda sebut itu anda tidak tahu kenapa dan mengapa. Mungkin kerana itu remaja dan muda mudi sekarang sukar  berkias atau berbual lama dengan pakcik2.. mereka tidak memahami gaya bahasa pakcik-pakcik. Kita hidup di dunia yang sangat berbeza dengan mereka.. Sezaman, namun dekad yang lain. 

  Zaman kini terlampau berbeza sehinggakan kita tidak akan cuba untuk merungkaikan yang tersurat itu. Jangan salahkan diri anda, dan jangan salahkan orang tua kerana tidak mengajar.  Seringkali orang akan cuba menerangkan yang tersirat (kerana yang tersurat sgt mudah dipahami), tetapi penconteng akan beritahu anda yang tersurat.. Yang anda rajin sebut. =) hahahaha agak pelik bukan.. Jangan jadikan ini sebagai rujukan anda.. Nak buat assignment pergi lar library, blog penconteng tetap mengekalkan konsep “sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu  untuk berfikir”.  Kerana saya bukan ilmuan, hanya penconteng picisan.

  Ini salah satu perkataan yang seringkali anda gunakan. LANGKAH BENDUL. Bermaksud kahwin dulu sebelum kakak/abang anda. Sesuatu yang tidak wajar bg sesetengah keluarga. Pikirkan! Apa itu bendul? Kenapa tak boleh langkah? Erkkk…. Pening? Hahahaha.. ambik kau.. ok.. kosongkan cawan, dan terimalah air fikiran dari hamba.. apa yang penconteng tahu, rumah bertangga (rumah tinggi) seringkali mempunyai satu kayu di lantai pintu masuk rumah. Kayu itu agak tinggi sedikit. Bayangkan anda menaiki rumah lama, memijak tangga satu persatu. Di pintu masuk ada kayu besar..anda pijak atau langkah kayu tersebut? .. pada zaman dahulu, wanita dididik dgn kesopanan. Jadi mereka akan menggunakan langkah yang kecil, maka mereka akan memijak kayu bendul tersebut. Jadi perbuatan langkah bendul ialah sesuatu yang agak tidak manis dipandang orang.. paham? Ok itu pandangan penconteng, mungkin ada lebih mengetahui dari penconteng jadi saya hormati pandangan anda.. 

  Halnya sama juga dengan pepatah DITEBUK TUPAI. Bermaksud sudah tidak lagi suci (perghh.. sopan sungguh ayat penconteng).. senang cerita dah takde dara lagi sebab Korang main dengan jantan lain sblm suami.. hhahaha kasar sangat pulak.. paperhal pun korang tau kan maksud dia?.. ok. Kenapa ditebuk tupai. Banyak lagi binatang boleh dipilih seperti monyet, kerengga, dan manusia.  Tupai memang cool gila.. Senyap je dia gerak, lompat sana lompat sini.. Then tiba-tiba kelapa, buah durian dan macam2 lagi kena makan.. they make a hole, eat some and go away.  Buah itu still Nampak elok, bila dah jatuh atau korang petik. Ekeleh.. dah berlubang lah. Kecewa yang besar bagi yang berhak, si peladang yang sabar membaja.. memelihara kebun.. 

  Alam berfungsi  dangan cara yang tersendiri. Jika kita tidak menganggu mereka, hidupan bumi mempunyai cara tersendiri untuk teruskan hidup. ENAU DALAM BELUKAR, MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING. Yang bermaksud penduduk yang buat hal masing-masing, tiada kerja sama.  Pertama sekali pokok enau ialah pokok kabung.. Enau lebih biasa disebut di Indonesia (zaman dulu tiada Malaysia-indonesia.. kita semua berada dalam empayar melayu). Ok.. pokok kabung pun tak pernah tengok, korang pergi google.. Dari perbualan dengan mereka yang pergi sendiri mencari buah kabung. Enau akan cuba untuk melepaskan diri daripada lalang, pokok2 semak yang lain untuk menjadi tinggi.. Sekali mereka dah tinggi, akan perasan dari jauh enau itu lebih tinggi dari pokok-pokok semak yang lain. Untuk selamat, enau akan cuba untuk naik secepat mungkin.. Dan dalam proses membesar itu, semua pokok akan ditinggalkan termasuk pokok2 enau kecik yang lain.. dan yang kecil tertinggal akan menjadi bantut dan akhirnya mungkin mati.. hahahah ni brother yang jual buah kabung yang bagitahu.. dia tipu gua, gua tipu lu orang.. cam sial.. pokok enau pun aku tak pernah pegang.. nak ajar orang konon.

  Hah.. AUR DENGAN TEBING. Bermaksud kerjasama yang padu. Atau bergantung antara satu sama lain. Chop! Mungkin ada yang teringat dulu belajar kat sekolah rendah air dengan tebing bukan. Penconteng tidak mahu komen pasal itu. Penconteng menconteng mengikut pemahaman sendiri semata-mata.  Ok.. pertama sekali, Aur ialah sejenis pokok seperti buluh (orang tua yang bagitau, aku malas check). Tebing sungai merupakan tempat membiak yang sesuai untuk pokok ini jadi pokok aur amat memerlukan tebing berada dalam keadaan yang kukuh. Halnya sama dengan tebing sungai itu sendiri, kadang-kala hujan lebat akan menyebabkan air deras melanggar tebing.. Untuk teruskan berada dalam keadaan kukuh, mereka bergantung kepada akar-akar pokok aur.  

 --- cukuplah setakat ini kolum tersurat dan tersirat. Dunia kita lain, jadi dari dulu kita diajar untuk menggunakan pepatah supaya warisan itu tidak hilang. Dipaksa memahami maksud yang tersirat. Walhal kita tidak disuruh untuk mengunakan keupayan kita berkias untuk menghuraikannya dari yang tersurat, mungkin  kerana kita tidak tahu apa benda kita sebut itu. =) sama juga kalau kita beri pepatah ini “tidak dicucuk kabel audio, watak berkata tanpa suara” yang mungkin bermaksud kalau kita tak berusaha nak bagitahu orang apa yang kita nak sampaikan, dia tak perasan pun kita sedang tegur dia. Atau bukan. Hahahha =) cuba sebut pepatah itu kepada nek oyang anda semua? Rasa-rasa dia paham tak?  Tenang semua..sekadar bacaan dikala otak sedang sebu untuk berfikir.

  Nenek anda mungkin  berkata  “ehhh ko ni, maner  ler oyang tau cakap dak-dak sekarang..  lorat nau~~.serupe hawau  punya cucu”  dengan tangan yang menggigil dia menunjukkan penumbuk.

No comments:

Post a Comment