(this is not a diary .. I call this, sukati aku lar nak tulis apa kat blog aku!!!!!!) =)
Kemeriahan syawal tahun ini ditambah seri nya lagi dengan beberapa majlis perkahwinan beberapa orang yang dekat dihati penconteng.
Hidup itu perjalanan, sekolah lepastu kerja dan kahwin. Walaupun tak berapa setuju dengan ungkapan itu, tapi kita mesti menghormati pegangan orang lain. Lagi-lagi ungkapan itu keluar dari ibunda penconteng sendiri. Hahaha. Dimana musafir nya? Dimana pilihan? Dimana pengorbanan untuk rakan dan taulan? Dimana fakir dalam kekayaan? Yang Nampak hanya pura-pura kaya dalam kesesakan. Dimana ilmu? Dah guna ke ilmu itu? Dimana saudara? Pernahke berjihad? Sudah berapa kali alihkan sampah yang menggangu laluan? Atau kita pilih untuk buang sampah di tengah jalan? Jika perjalanan hidup semudah sekolah, kerja dan kahwin.. dimana semua tadi? Dimana yang lain lagi? Andai itu yang penconteng pegang sebagai perjalanan hidup, biarkan penconteng mati hari ini.
(kadang-kadang aku hangin jugak kalau pura-pura pandai tapi lemau! Bukan aku cakap sekolah kerja kahwin itu salah. Tapi “bukan semudah itu” tau tak.. Mak aku lagi bijak dari aku dalam hal philosophy ni. Aku tak cakap dia salah pun. Perghh.. =) )
Kaki ini sudah biasa berjalan, lebih dari kaki-kaki yang pilih untuk menekan pedal minyak kereta mewah. Kadang-kadang kaki ini letih, sedih.. Kerana kaki ini berjalan sendirian. Andai suatu masa penconteng kahwin, biarlah dia mampu menemankan kaki ini berjalan. Bukan menekan minyak kereta dan seboleh-bolehnya meninggalkan kenangan.Yang dapat ditangkap mata dan jiwa hanya bangunan besar, bayangan pokok dan manusia hanya bermain ditepian mata. Tetapi sekadar berjalan kaki. Maka itu lah perjalanan. Setiap luka dikongsi bersama, andai jatuh dipapah, sama-sama berteduh ketika hujan ribut, sama-sama berlarian di padang di bawah pelangi, berpimpin tangan dan terjun dari tebing waterfall setinggi bangunan 3 tingkat kerana sama-sama ingin tahu apa yang ada disebalik bayangan hitam air dalam dibawah waterfall, sama-sama tunduk malu di atas puncak, masih mampu tersenyum tersadai di pantai, berlari mengejar bas, menanti penumpang, Ketika dia tengah masak dalam diam mengambil peluang menerajang punggung anak yang dari tadi membuat sepah di depan tv. Muahahahahah =) (dude.. this is a metaphor you silly.. hahaha tak paham lantak korang)
Baik!!! Cukup melayan suasana jiwang korang itu. Kembali kepada mood gembira dan ceria. Tiga lelaki dari kelompok berbeza. Seorang merupakan jiran yang telah lama penconteng angkat menjadi keluarga, seorang lagi rakan dari zaman sekolah rendah dan seorang sahabat yang sama-sama menempuh liku hidup dari zaman awal remaja hingga kini. Persamaan yang pasti, kini mereka semua sudah pun menjadi suami dan melalui dunia yang berbeza.
Post kali ini tiada ayat-ayat indah. Yang ada hanya secebis nota, dan gambar berwarna. Bulan yang paling meriah setakat ini dalam hidup penconteng, keindahan berhari-raya dan melihat manusia gembira meraikan pasangan pengantin. Senyuman yang tanpa dipaksa keluar dari muka penconteng hampir setiap masa. Semua perkara terasa indah.
Membazirkan wang seharian menjual santan dengan berjalan-jalan di jalan tar dimalam raya. Serius, menyesal. Hahaha ramai kaw punya orang. Berjalan apa benda, bertatih ada lar.
Perang dengan lorong sebelah. Aset kami pada malam raya sangat memalukan, namun kuantiti mercun bola yang banyak telah mengkucar-kacirkan persediaan mereka yang terlampau bergantung kepada mercun berwarna-warni yang ditembak keudara. Pada malam pada hari raya pertama (esok), kami berjaya mengeluarkan mercun 24 das tembakan ke langit. Ditambah lagi dengan lastik mercun bola tanpa henti ke kubu musuh, kami mampu tersenyum kerana berjaya membuat lorong sebelah sunyi dan tidak lagi melawan. Sudah kehabisan mercun, kami terdiam kebosanan. Baru teringat sepatutnya dari tadi kami pergi beraya ke rumah jiran.
adik penconteng bersama lastiknya, kelihatan seorang lagi askar dikiri gambar sedang memasang thunderclap. |
abang hisham kahwin dah~.. Hahahaha dari kecil mamat ni ada kat rumah penconteng. Waktu bujang nya banyak dihabiskan di ruang tamu ruang penconteng. Dapur penconteng tempat beliau melempiaskan nafsu makan. Kini berumah tangga sudah, gembiranya hati ibunda di hari perkahwinan hisyam. Seakan melihat anak sendiri yang baru selesai akad nikah.
Seorang sahabat dari zaman sekolah rendah. Sempat penconteng memberi buku panduan sebagai kenang-kenangan. Raja~ respek kat lu lar!
Dari zaman penconteng belajar berdiri diatas skateboard waktu tingkatan 2 hingga penconteng berusia 24 tahun, Ijal selalu ada dalam kisah hidup rakan-rakan dan taulan. Pada majlis dirumahnya, berpuluh rakan dan berpuluh lagi saudara mara turun melimpahkan peluh untuk beliau. Majlis yang indah, dari pelamin hingga cameraman. semuanya rakan-rakan terdekat yang berkerja keras. Hanya kerana Ijal, seorang rakan yang pasti diingati hingga akhir nanti.
haighh~!!! mengeluh sendirian.. |
September 2011 akan melekat di sanubari penconteng. Jiwa yang selama ini kelam, mendapat sedikit sinar. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok, mungkin dari kelam menjadi fade black. Tetapi yang pasti bulan ini menjadi saksi, dimana senyuman penconteng tidak terhenti bersemi. Saya hanya menumpang kegembiraan mereka-mereka ini, kerana penconteng tahu mereka hanya mahu penconteng sekadar berada disisi. Jarang post penconteng bersifat peribadi, tetapi kali ini berbeda. Kerana mereka terlampau istimewa, bulan ini terlampau istimewa. Buat kali pertama dalam sejarah dewasa penconteng, saya mampu berkata saya puas berhari raya. lagi-lagi dengan dia ;) .. ya aku gedik.. apahal? hahahaha selamat tinggal september 2011. Sekadar bacaan dikala otak sedang sebu untuk berfikir..
- come on reff~!!! foul tu..
post la gambar awek....
ReplyDelete