Friday, September 30, 2011

Syawal dan kahwin.


(this is not a diary ..  I call this, sukati aku lar nak tulis apa kat blog aku!!!!!!)   =) 


  Kemeriahan syawal tahun ini ditambah seri nya lagi dengan beberapa majlis perkahwinan beberapa orang yang dekat dihati penconteng.

    Hidup itu perjalanan, sekolah lepastu kerja dan kahwin. Walaupun tak berapa setuju dengan ungkapan itu, tapi kita mesti menghormati pegangan orang lain. Lagi-lagi ungkapan itu keluar dari ibunda penconteng sendiri. Hahaha. Dimana musafir nya? Dimana pilihan? Dimana pengorbanan untuk rakan dan taulan? Dimana fakir dalam kekayaan? Yang Nampak hanya pura-pura kaya dalam kesesakan. Dimana ilmu? Dah guna ke ilmu itu? Dimana saudara? Pernahke berjihad?  Sudah berapa kali alihkan sampah yang menggangu laluan? Atau kita pilih untuk buang sampah di tengah jalan? Jika perjalanan hidup semudah sekolah, kerja dan kahwin.. dimana semua tadi? Dimana yang lain lagi? Andai itu yang penconteng pegang sebagai perjalanan hidup, biarkan penconteng mati hari ini. 
(kadang-kadang aku hangin jugak kalau pura-pura pandai tapi lemau! Bukan aku cakap sekolah kerja kahwin itu salah. Tapi “bukan semudah itu” tau tak.. Mak aku lagi bijak dari aku dalam hal philosophy ni. Aku tak cakap dia salah pun. Perghh.. =) ) 

    Kaki ini sudah biasa berjalan, lebih dari kaki-kaki yang pilih untuk menekan pedal minyak kereta mewah. Kadang-kadang kaki ini letih, sedih.. Kerana kaki ini berjalan sendirian. Andai suatu masa penconteng kahwin, biarlah dia mampu menemankan kaki ini berjalan. Bukan menekan minyak kereta dan seboleh-bolehnya meninggalkan kenangan.Yang dapat ditangkap mata dan jiwa hanya bangunan besar, bayangan pokok dan manusia hanya bermain ditepian mata.   Tetapi sekadar berjalan kaki. Maka itu lah perjalanan. Setiap luka dikongsi bersama, andai jatuh dipapah, sama-sama berteduh ketika hujan ribut, sama-sama berlarian di padang di bawah pelangi, berpimpin tangan dan terjun dari tebing waterfall setinggi bangunan 3 tingkat kerana sama-sama ingin tahu apa yang ada disebalik bayangan hitam air dalam dibawah waterfall, sama-sama tunduk malu di atas puncak, masih mampu tersenyum tersadai di pantai, berlari mengejar bas, menanti penumpang, Ketika dia tengah masak  dalam diam  mengambil peluang menerajang  punggung anak yang dari tadi membuat sepah di depan tv. Muahahahahah =)   (dude.. this is a metaphor you silly.. hahaha tak paham lantak korang)

Baik!!! Cukup melayan suasana jiwang korang itu. Kembali kepada mood gembira dan ceria.  Tiga lelaki dari kelompok berbeza. Seorang merupakan jiran yang telah lama penconteng angkat menjadi keluarga, seorang lagi rakan dari zaman sekolah rendah dan seorang sahabat yang sama-sama menempuh liku hidup dari zaman awal remaja hingga kini.  Persamaan yang pasti, kini mereka semua sudah pun menjadi suami dan melalui dunia yang berbeza. 

    Post kali ini tiada ayat-ayat indah. Yang ada hanya secebis nota, dan gambar berwarna. Bulan yang paling meriah setakat ini dalam hidup penconteng, keindahan berhari-raya dan melihat manusia gembira meraikan pasangan pengantin. Senyuman yang tanpa dipaksa keluar dari muka penconteng hampir setiap masa. Semua perkara terasa indah.
 
  Membazirkan wang seharian menjual santan dengan berjalan-jalan di jalan tar dimalam raya. Serius, menyesal. Hahaha ramai kaw punya orang. Berjalan apa benda, bertatih ada lar.




Perang dengan lorong sebelah. Aset kami pada malam raya sangat memalukan, namun kuantiti mercun bola yang banyak telah  mengkucar-kacirkan persediaan mereka yang terlampau bergantung kepada mercun berwarna-warni yang ditembak keudara. Pada malam pada hari raya pertama (esok), kami berjaya mengeluarkan mercun 24 das tembakan ke langit. Ditambah lagi dengan lastik mercun bola tanpa henti ke kubu musuh, kami mampu tersenyum kerana berjaya membuat lorong sebelah sunyi dan tidak lagi melawan. Sudah kehabisan mercun, kami terdiam kebosanan. Baru teringat sepatutnya dari tadi  kami pergi beraya ke rumah jiran.


adik penconteng bersama lastiknya, kelihatan seorang lagi askar dikiri gambar sedang memasang thunderclap.


  Berkumpulnya rakan-rakan sekolah rendah. Pada raya ke3 lagi,  sudah mula berjalan mencari rumah yang layak dihabiskan kuih-raya mereka. Semangat bertemu, manakan tahu tahun depan tidak bertemu lagi. Lebih kurang tiga kali kami berkumpul dan berjalan. Semuanya dah berubah, namun kemesraan itu seperti tidak pernah putus. Sesekali teringat dikala kami kanak-kanak. Dengan surat-menyurat, biodata dan berkirim salam apabila berminat antara satu sama lain. Kini semuanya sudah dewasa, dengan hala tuju hidup masing-masing. 








  abang hisham kahwin dah~.. Hahahaha dari kecil mamat ni ada kat rumah penconteng. Waktu bujang nya banyak dihabiskan di ruang tamu ruang penconteng. Dapur penconteng tempat beliau melempiaskan nafsu makan. Kini berumah tangga sudah, gembiranya hati ibunda di hari perkahwinan hisyam. Seakan melihat anak sendiri yang baru selesai akad nikah. 

















   Seorang sahabat dari zaman sekolah rendah. Sempat penconteng memberi buku panduan sebagai kenang-kenangan. Raja~ respek kat lu lar!


 

























  Dari zaman penconteng belajar berdiri diatas skateboard waktu tingkatan 2 hingga penconteng berusia 24 tahun, Ijal selalu ada dalam kisah hidup rakan-rakan dan taulan. Pada majlis dirumahnya, berpuluh rakan dan berpuluh lagi saudara mara turun melimpahkan peluh untuk beliau. Majlis yang indah, dari pelamin hingga cameraman. semuanya rakan-rakan terdekat yang berkerja keras. Hanya kerana Ijal, seorang rakan yang pasti diingati hingga akhir nanti. 


















haighh~!!! mengeluh sendirian..
dan penconteng, bila lagi? hahahaha awak!!!!! saya tak ready lagi.. =)










  September 2011 akan melekat di sanubari penconteng. Jiwa yang selama ini kelam, mendapat sedikit sinar. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok, mungkin dari kelam menjadi fade black. Tetapi yang pasti bulan ini menjadi saksi, dimana senyuman penconteng tidak terhenti bersemi. Saya hanya menumpang kegembiraan mereka-mereka ini, kerana penconteng tahu mereka hanya mahu penconteng sekadar berada disisi. Jarang post penconteng bersifat peribadi, tetapi kali ini berbeda. Kerana mereka terlampau istimewa, bulan ini terlampau istimewa. Buat kali pertama dalam sejarah dewasa penconteng, saya mampu berkata saya puas berhari raya. lagi-lagi dengan dia ;) .. ya aku gedik.. apahal? hahahaha selamat tinggal september 2011. Sekadar bacaan dikala otak sedang sebu untuk berfikir.. 


- come on reff~!!! foul tu..






 




 

Yang tersurat dan tersirat (pepatah melayu) – mengikut pemahaman durianmangkau.


  Nama pun menconteng, jadi tiada merujuk mana-mana teks. Haha memang dah lama nak berkongsi benda ini.. Namun mungkin kerana terasa diri agak rendah tahapnya berbanding pakar-pakar di luar sana jadi dibiarkan sahaja.. Saya hanya penconteng, melepaskan tinta dakwat ke meja dan buku-buku latihan kawan sekolah..  

  Apa yang dapat anda perhatikan setiap kali mendengar pepatah melayu?  Ya, anda paham semua  maksud nya.. yang tersirat lebih dulu anda pahami.. Tetapi yang anda sebut itu anda tidak tahu kenapa dan mengapa. Mungkin kerana itu remaja dan muda mudi sekarang sukar  berkias atau berbual lama dengan pakcik2.. mereka tidak memahami gaya bahasa pakcik-pakcik. Kita hidup di dunia yang sangat berbeza dengan mereka.. Sezaman, namun dekad yang lain. 

  Zaman kini terlampau berbeza sehinggakan kita tidak akan cuba untuk merungkaikan yang tersurat itu. Jangan salahkan diri anda, dan jangan salahkan orang tua kerana tidak mengajar.  Seringkali orang akan cuba menerangkan yang tersirat (kerana yang tersurat sgt mudah dipahami), tetapi penconteng akan beritahu anda yang tersurat.. Yang anda rajin sebut. =) hahahaha agak pelik bukan.. Jangan jadikan ini sebagai rujukan anda.. Nak buat assignment pergi lar library, blog penconteng tetap mengekalkan konsep “sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu  untuk berfikir”.  Kerana saya bukan ilmuan, hanya penconteng picisan.

  Ini salah satu perkataan yang seringkali anda gunakan. LANGKAH BENDUL. Bermaksud kahwin dulu sebelum kakak/abang anda. Sesuatu yang tidak wajar bg sesetengah keluarga. Pikirkan! Apa itu bendul? Kenapa tak boleh langkah? Erkkk…. Pening? Hahahaha.. ambik kau.. ok.. kosongkan cawan, dan terimalah air fikiran dari hamba.. apa yang penconteng tahu, rumah bertangga (rumah tinggi) seringkali mempunyai satu kayu di lantai pintu masuk rumah. Kayu itu agak tinggi sedikit. Bayangkan anda menaiki rumah lama, memijak tangga satu persatu. Di pintu masuk ada kayu besar..anda pijak atau langkah kayu tersebut? .. pada zaman dahulu, wanita dididik dgn kesopanan. Jadi mereka akan menggunakan langkah yang kecil, maka mereka akan memijak kayu bendul tersebut. Jadi perbuatan langkah bendul ialah sesuatu yang agak tidak manis dipandang orang.. paham? Ok itu pandangan penconteng, mungkin ada lebih mengetahui dari penconteng jadi saya hormati pandangan anda.. 

  Halnya sama juga dengan pepatah DITEBUK TUPAI. Bermaksud sudah tidak lagi suci (perghh.. sopan sungguh ayat penconteng).. senang cerita dah takde dara lagi sebab Korang main dengan jantan lain sblm suami.. hhahaha kasar sangat pulak.. paperhal pun korang tau kan maksud dia?.. ok. Kenapa ditebuk tupai. Banyak lagi binatang boleh dipilih seperti monyet, kerengga, dan manusia.  Tupai memang cool gila.. Senyap je dia gerak, lompat sana lompat sini.. Then tiba-tiba kelapa, buah durian dan macam2 lagi kena makan.. they make a hole, eat some and go away.  Buah itu still Nampak elok, bila dah jatuh atau korang petik. Ekeleh.. dah berlubang lah. Kecewa yang besar bagi yang berhak, si peladang yang sabar membaja.. memelihara kebun.. 

  Alam berfungsi  dangan cara yang tersendiri. Jika kita tidak menganggu mereka, hidupan bumi mempunyai cara tersendiri untuk teruskan hidup. ENAU DALAM BELUKAR, MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING. Yang bermaksud penduduk yang buat hal masing-masing, tiada kerja sama.  Pertama sekali pokok enau ialah pokok kabung.. Enau lebih biasa disebut di Indonesia (zaman dulu tiada Malaysia-indonesia.. kita semua berada dalam empayar melayu). Ok.. pokok kabung pun tak pernah tengok, korang pergi google.. Dari perbualan dengan mereka yang pergi sendiri mencari buah kabung. Enau akan cuba untuk melepaskan diri daripada lalang, pokok2 semak yang lain untuk menjadi tinggi.. Sekali mereka dah tinggi, akan perasan dari jauh enau itu lebih tinggi dari pokok-pokok semak yang lain. Untuk selamat, enau akan cuba untuk naik secepat mungkin.. Dan dalam proses membesar itu, semua pokok akan ditinggalkan termasuk pokok2 enau kecik yang lain.. dan yang kecil tertinggal akan menjadi bantut dan akhirnya mungkin mati.. hahahah ni brother yang jual buah kabung yang bagitahu.. dia tipu gua, gua tipu lu orang.. cam sial.. pokok enau pun aku tak pernah pegang.. nak ajar orang konon.

  Hah.. AUR DENGAN TEBING. Bermaksud kerjasama yang padu. Atau bergantung antara satu sama lain. Chop! Mungkin ada yang teringat dulu belajar kat sekolah rendah air dengan tebing bukan. Penconteng tidak mahu komen pasal itu. Penconteng menconteng mengikut pemahaman sendiri semata-mata.  Ok.. pertama sekali, Aur ialah sejenis pokok seperti buluh (orang tua yang bagitau, aku malas check). Tebing sungai merupakan tempat membiak yang sesuai untuk pokok ini jadi pokok aur amat memerlukan tebing berada dalam keadaan yang kukuh. Halnya sama dengan tebing sungai itu sendiri, kadang-kala hujan lebat akan menyebabkan air deras melanggar tebing.. Untuk teruskan berada dalam keadaan kukuh, mereka bergantung kepada akar-akar pokok aur.  

 --- cukuplah setakat ini kolum tersurat dan tersirat. Dunia kita lain, jadi dari dulu kita diajar untuk menggunakan pepatah supaya warisan itu tidak hilang. Dipaksa memahami maksud yang tersirat. Walhal kita tidak disuruh untuk mengunakan keupayan kita berkias untuk menghuraikannya dari yang tersurat, mungkin  kerana kita tidak tahu apa benda kita sebut itu. =) sama juga kalau kita beri pepatah ini “tidak dicucuk kabel audio, watak berkata tanpa suara” yang mungkin bermaksud kalau kita tak berusaha nak bagitahu orang apa yang kita nak sampaikan, dia tak perasan pun kita sedang tegur dia. Atau bukan. Hahahha =) cuba sebut pepatah itu kepada nek oyang anda semua? Rasa-rasa dia paham tak?  Tenang semua..sekadar bacaan dikala otak sedang sebu untuk berfikir.

  Nenek anda mungkin  berkata  “ehhh ko ni, maner  ler oyang tau cakap dak-dak sekarang..  lorat nau~~.serupe hawau  punya cucu”  dengan tangan yang menggigil dia menunjukkan penumbuk.

Wednesday, September 7, 2011

Meja editor- Syawal september


 Salam sayang.. salam bahagia.. salam peluk cium antara kita.. muahhxx muahxx terasa indah bahagia sungguh menconteng monitor di hari ke 9 syawal… 

Stopppp!!!!!! Salah blog.. blog penconteng tak keluar ayat-ayat mengeletis seperti diatas.. hahaha  =)  

  Apa khabar pembaca semua? Makan ? minum? Dah semput belum merokok?  Terasa getah underwear dah meregang belum kerana pinggang membesar akibat melantak tak terkawal?  Check kiri kanan. Sandarkan badan ke kerusi, pandang depan dan  mari mulakan.  (macam budak kecik la korang buat betul-betul apa yang aku suruh)

  Merindui ramadhan.. =) bangun sahur.. mula bekerja sebelum azan subuh (tanpa dipandang pelik oleh masyarakat), menggunakan alasan mengantuk jika tersalah kira harga barang, mengejar dateline production sebelum raya, mengambil tempahan, bersabar dengan karenah orang ramai, berdiam diri, pergi ke bazaar ramadhan melihat anak-anak perempuan penjual makanan, makan sedikit apabila masuk waktu berbuka rokoknya pulak banyak, menghantar ibu ke masjid setiap hari dan lari ikut pintu gate belakang masjid, melepak depan tv dan bertemu rakan-rakan lama di kedai maplay. Suasana riuh rendah bersedia untuk syawal. Masih gagal khatam al-quran dalam sebulan ramadhan (percubaan menarik, takde lah off side.. kira masuk kotak penalty jugak lah).

   Daripada kecil, penconteng lebih menikmati ramadhan daripada hari raya itu sendiri. Itu ramadhan penconteng, ramadhan anda mungkin berbeza. 

  Syawal bermula dengan mendapat sms di malam raya ketika  didalam perjalanan ke jalan tar.. hahahaha =) lu ingat ni diari ke nak cerita semua. 

  September raya. Peluklah rakan mu yang sekian lama tak berjumpa, ciumlah tangan si tua yang sekian lama bersabar dengan perangai budak-budak baru nak naik macam kita dan senyumlah pura-pura bahagia didepan yang tersayang. Tiada apa yang perlu disegankan. Penconteng sering terbayang kebaikan seseorang setiap kali bersalaman dengan beliau. Mungkin anda terlupa, rakan anda ada disisi anda ketika anda kehilangan ahli keluarga. Berpeluh untuk anda ketika majlis kenduri dirumah anda. Menemankan anda ketika anda perlu sesorang untuk berbicara. Ingatlah kebaikan mereka kepada anda, dan peluklah.

  Kita tak semuda yang kita sangka. Kita tak mampu memeluk dan mencium tangan semua orang, penconteng paham. Kepada mereka yang kita  rasa berhak, mengapa perlu segan silu? Jika sejurus selepas anda membaca post ini rakan anda pergi meninggalkan dunia ini,  ciuman kedahi jasad sudah tidak bermakna apa-apa lagi. (poyo lar aku, tak bertegur sapa gak ngan geng-geng lama.. hahahaha =) )

   Sudah sekian lama tidak merapu merepek dalam kolum Meja editor. Adanya kolum ini bermakna akan ada post-post seterusnya di bulan ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua. Kepada yang tidak menyokong, lu apa bikin masuk ini blog?.. hahaha =) chill semua.. Sekadar bacaan ringan di kala otak sedang sebu untuk berfikir.

   Tidur bersampin di petang raya,
   Menanti sms si baju ungu,
   Mahu dipimpin tak sama dunia,
   Cukupla sekadar menjadi kawanmu..

   Janganlah gelak-gelak.  ehehe sekali-sekali jiwang apa ada hal kan? Teruskan melayari durianmangkau.blogspot.com. Lawatlah sekali sekala blog yang tersisih lalu terbuang tidak diperdulikan ini. Tak dapat lemang, kueyteow kembang pun kenyang juga. =) Tak berkelip-kelip lampu blog ini, kalau ada pelita menarik hati di laman blog  ambiklah buat penyuluh jalan. Walaupun nanti padam ditiup angin, penconteng gembira dapat meriahkan hari anda biarpun sebentar.



Tidur bersampin di petang raya.
  Dengan cinta,      apa duit raya?!!!  Masuk rumah minum dulu lar!! Takde sivik punya budak..  %^^^))(&*^(*^&5&%si^&$5%^3  !!!