Monday, December 27, 2010

=) meletakkan diri dalam sejarah bola sepak malaysia.

 Malaysia 3-0 Indonesia.

  Permulaan perjalanan baru untuk bolasepak negara. Dianggarkan 70,000 rakyat malaysia menjerit didalam stadium dan berjuta lagi didepan televisyen yang menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir piala AFF Suzuki (leg 1) tatkala gol ke 3 dijaringkan pemain malaysia. Beratus kali tangisan kekalahan peminat tanah air, berjuta ringgit duit rakyat habis sekadar melihat kekalahan, ratusan ribu pemain peringkat sekolah  dan pemuda tanah air membeli kasut futsal kerana putus asa dengan bolasepak negara. Semuanya gembira semalam, melihat semangat anak-anak muda bertarung bermati-matian diatas padang. Itulah sebenarnya yang mereka nantikan, jelmaan semula semangat pendekar Mokhtar Dahari yang disarung safee salee, Muslim yang masih keanak-anakan bermain seperti  berguru dengan Soh chin aun dan Semua pemain bertarung dengan yakin seperti menyelit taming sari di pinggang (chop! jersey malaysia keluaran terdahulu memang ada cop keris  kat pinggang)

  RrRrRr (tukar nick john, ada email sampai ckp dah ada penulis guna durianmangkau) melayari beberapa blog sukan hari ini, peminat bola sepak kedua-dua negara bertarung mengenai isu-isu seperti laser, hingga ke isu pendatang haram. ???? Bukankah bolasepak mengenai semangat berpasukan, perpaduan serantau dan hiburan hujung minggu. Diam dan Senyum semua warga dunia. Terlampau melihat keburukan, yang indah akan terbuang tidak dipedulikan. RrRrRr berarak menghala kestadium berempat lengkap dengan bendera malaysia dan yang paling penting kami berarak bersama lebih kurang 200 peminat bolasepak indonesia. Ada kami dipukul? tidak. Dan tatkala kumpulan itu sampai ke perkarangan stadium bukit jalil, tepukan gemuruh diberikan oleh ribuan penyokong malaysia yang sudah lama berada disitu mengau-alukan kedatangan rombongan peminat indonesia.  Anda tidak akan membaca perkara ini dimedia malaysia, lagi pula media indonesia yang diakui sendiri oleh rakyat indonesia yang berkerja disini sebagai terlampau provokasi dan anti malaysia. Walaupun anda berada ditempat kejadian sekalipun, jika anda terlampau mencari keburukan. Yang indah akan terbuang tidak dipedulikan.

  "Kami tak kisah kalah, tapi bukan sebab tidak melawan". terngiang-ngiang perkataan itu dikepala. Ucapan ikhlas dari pakcik tua dikedai kopi beberapa hari sebelum perlawanan. Mungkin mereka mengatakan tentang isu-isu lama seperti kejadian pemain-pemain kita seperti patung ditengah padang. Mana mereka tidak melenting dan menghina pasukan tanah air dekad sudah jika ketika mereka muda, semangat bertarung yang ditunjukkan pemain malaysia sangat berbeza. Mungkin semalam mereka menangis, gembira dengan gaya permainan dan semangat pemain. Ditambah pula kemenangan bergaya.

  Sejarah baru bolasepak akan bermula. Anak-anak muda ini akan menjadi pemain besar, pemain-pemain besar sedia ada pasti akan bersungguh -sungguh untuk meletakkan diri mereka seiring dengan adik-adik mereka ini. Mula saja dari semalam, semuanya akan mula dari kosong. Jika kita terus mengagungkan kemenangan semalam, itu saja tahap kita. Kami ingin melihat jaringan pertama malaysia di piala dunia. Letak ketepi pasukan-pasukan kecil lain. Terus melangkah. Terus melangkah. Sebelum kami menutup mata, belia-belia ingin melihat malaysia ke piala dunia.

-23 thn hidup tidak pernah sekalipun mem "boo" lagu negara orang lain. Tidak pernah sekalipun. Semalam RrRrRr mengaku membuat bising ketika lagu negara indonesia dimainkan. 23 thn hidup diajar hidup untuk menghormati sesiapa saja walaupun orang indonesia sekalipun (mempunyai 2 pekerja berasal dari indonesia), menundukkan kepala kepada mereka kerana lebih tua. Malaysia menghormati semua, walaupun dia cina, india, melayu, mat saleh,jawa,bugis. Tapi semangat muda yang marah kerana disiaran langsung ketika malaysia bermain di Indonesia terdengan jeritan 'balik!!' ketika lagu negaraku dimainkan. Pencinta kedamaian tidak akan membuat perkara bodoh sebegitu, jadi RrRrRr membodohkan diri sendiri semalam. Jadi kita setaraf, si bodoh dengan si bodoh.


Bola tetap bola, RrRrRr tetap melihat dunia dari sudut berbeza. Mahukan dunia ini aman? belajar hormat orang lain. Bila orang membantu, cakap terima kasih. bukan mencari kesalahan seperti barang bantuan kononnya tamat tempoh. Kontroversi, bencana alam, kemerosotan ekonomi, mata wang rendah walaupun sumber kerja dan bahan mentah sangat banyak? selamatkan negara anda lebih baik dari menyibuk hal orang lain.  RrRrRr tidak mempunyai ijazah dalam apa pun, tapi kesimpulan yang dapat dibuat ialah kita bergaduh masjid al-aqsa yang tergadai. RrRrRr sudah lama mengaku mereka saudara serumpun, bolehkah mereka berhenti membaca media provokasi dan mula menyahut tangan persaudaraan dari sini? .

i love malaysia, indonesia let me love you .. i dont have money to give, love is all i got. please love me back.. =) haha  seriously dude, we need to love each other. muahx muahhx. looking forward to make friends with beutiful bandung girl. damn. haha


Memakai sweater hijau. kenapa hijau? lantak kau lar.
Mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan bolasepak malaysia. Tahniah!  -------------------------------------------------------------------------------------------------------
  PENGHARGAAN
Terima kasih kepada,
-Shahrizal menyediakan pengangkutan.
-Zubeidah Noh (gambar ini dicuri dari album beliau)
-Mohd Izzudin selaku Ulat tiket. Anda banyak membantu kami.

Thursday, December 16, 2010

melihat temasya di tempat orang - melapah daging korban di melawis

  Ya durianmangkau tahu, apasal pulak tempat orang pulak kan? bukan tempat sendiri ke? .. Disebabkan diri  terasa pada bulan disember kali ini tidak akan beriadah ke mana-mana, dengan selamba tenang durianmangkau memasukkan aktiviti bulan lepas ke kolum ini. wahaha sukati aku lar, blog aku. Lagipun durianmangkau sekeluarga disenaraikan dalam kariah masjid lain, kira melawat tempat orang jugak la kan. =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

  Surau ini menyimpan sejarah bermakna dalam hidup durianmangkau, teringat ketika bulan puasa sebelum  spm  bertahun dulu surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sebaya melakukan ulangkaji terakhir sebelum peperiksaan. Mereka yang lahir pada tahun 87 pernah merasai peperiksaan spm sebelum dan selepas raya, hehe klasik. Sempat durianmangkau memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan begitu juga sebaliknya. Pada tahun bulan madu, ketika tingkatan empat durianmangkau ponteng sekolah selama 1 minggu kerana sudah tahu lebih awal diterima ke sekolah teknik, dan surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sekolah membuat gerakan gelecek sebelum meneruskan larian ke tempat lain ketika dikejar guru disiplin sekolah . Kini, rata-rata rakan durianmangkau mempunyai pekerjaan yang elok. Walau hingga ke eropah mereka merantau, ke pulau jepun, ke gurun sahara, ke kutub utara atau selatan, ke timur malaysia suatu hari nanti, yang pasti mereka akan kembali melawat tempat ini. Sedangkan tempat terjatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bersaudara.

  Tarikh aktiviti = 17 november 2010
     Tempat       = Surau Al-Falah, kg. Arab. melawis.
  
   Pagi itu semuanya nampak begitu aman, sinar pagi melimpahkan cahaya yang sangat mendamaikan, angin membelai helaian rambut pendek dan mengipas-ngipas baju melayu hitam yang digosok dengan teliti. Dia masuk kedalam rumah itu, membuka pintu bilik dengan cukup perlahan, mencari suis lampu dan membuka lampu. "woi!!!! pagi raya kau tidur lagi buatpe? bangun lah!!!". Pagi yang indah, durianmangkau masih diselimuti kain cadar yang sedikit kusam. Membuka mata dan melihat muka kawan, "jap, aku gi mandi dulu"

  Ketika masih berbincang ingin melakukan solat sunat aidil adha di masjid mana, satu panggilan telefon diterima. Seorang rakan mengajak kami ke surau berdekatan dengan perumahan mereka. Menjeling satu sama lain, dan "jom" serentak kami bertiga bersuara.

   Selepas selesai mendengar khutbah, dan bersalaman sesama rakan-rakan yang masih ada disitu kami semua berpecah. Sempat seorang ajk surau (merupakan kawan kami juga) mengingatkan kami untuk membantu menumbangkan lembu dan melapah daging korban pada pukul 10 pg nanti.

   Sudah gaharu, cendana pula. Seperti yang biasa berlaku, durianmangkau tiba lewat ke tempat kejadian. =) 2 ekor lembu telah siap disembelih. Mereka sedang mengasingkan kulit dari badan lembu. Semburan perkataan caci maki menyambut kehadiran durianmangkau ketempat itu (sekadar gurau budak lelaki). Lembu melawan ketika mereka menumbangkan lembu dan terlepas dari kawalan. Lembu berlari secara rawak dan melanggar seorang rakan yang ketika itu tidak bersedia. Hari ini dalam sejarah, Singapura dilanggar todak en. Syahwal dilanggar Lembu. Durianmangkau sekadar dapat berkongsi ketawa dan terasa seperti kerugian yang amat besar tidak berada disitu ketika kejadian itu berlaku. Namun masih banyak lagi kerja perlu dilakukan, dan hari masih awal.

terasa cool gila pegang pisau macam tu.
 Persediaan sebelum membantu melapah daging, dari pengalaman dan tunjuk ajar dari orang yang lebih pandai, Pisau yang tajam dirumah tidak semestinya sesuai melapah daging terus dari kaki lembu. Durianmangkau yang sentiasa berlagak tidak mengendahkan semua itu, tiga bilah pisau dibawa bersama. Pisau ramping mensisir pisang, pisau besar memotong daging dan pisau acah-acah rambo. Ketiga-tiganya tidak banyak membantu. Memalukan. Lapisan putih pada daging terlampau kenyal hingga tidak dapat dihiris. Pisau acah-acah rambo yang pernah digunakan pada semua keadaan seperti tidak berharga ketika ini.  Satu jenis pisau telah menonjol, pisau cutter (yang matanya boleh tolak kedepan belakang korang buat asah pensil) bersaiz besar berada di kelas tersendiri ketika itu.

agak-agak bila nak siap ni?
 Bukannya pisau-pisau tadi tidak boleh memotong daging (durianmangkau dapat rasakan kaum perempuan seperti pelik kerana mereka selalu memotong daging menggunakan pisau dapur biasa), namun lapisan putih seperti lemak itu akan mengikut sahaja gerakan pisau tetapi tidak terbelah. contoh ringkas, bulu roma akan mengikut pergerakan jika pisau biasa dilalukan diatasnya, tetapi bulu roma itu akan putus jika mata pisau cukur dilalukan. Ketajaman konsisten diperlukan untuk membelah lapisan putih lemak tadi.




Selesai tugas budak muda. Potong deging kecil-kecil bagi senior buat.
  Matahari semakin naik, mata sudah memberikan isyarat untuk berehat. Rasa mengantuk dan kepenatan akibat persediaan sebelum raya datang kembali. Daging-daging sudah lama siap dipotong, namun setiap petugas tidak dibenarkan pulang awal. Pengerusi majlis terpaksa menahan semua petugas kerana ingin menyampaikan hasrat penama lembu korban untuk mengagihkan tulang-tulang dan sebahagian daging kepada petugas. Walaupun rata-rata petugas tidak memerlukannnya kerana ahli keluarga mereka ada yang membantu di majlis lain, amanah penama korban yang diletakkan ke pada pihak surau mesti dilaksanakan. Kami akur dengan arahan ketua.

  Sambil menanti waktu pengagihan, durianmangkau duduk-duduk dan terpikir.  Apa yang kita pernah korbankan? . Durianmangkau masih tidak dapat korbankan keenakan merokok untuk mendapatkan badan yang lebih sehat. Tidak dapat korbankan masa menonton televisyen untuk melawat saudara mara. Masih belum mampu mengorbankan segala-galanya untuk mencapai sesuatu yang diingini. Lemah jiwa ini sebenarnya.

  "phareil, rembatkan aku karipap satu!" geram pulak tengok rakan-rakan mengunyah makanan yang terhidang dari tadi. Nak ambik segan, bukan kejiranan sendiri. Sambung termenung sambil mengunyah.

  Kawan-kawan ramai dah kerja di syarikat penting. Durianmangkau masih menumpang kasih di syarikat bapa sendiri. Setiap hari dihina dengan makcik-makcik dengan perkataan seperti "eh, dulu sekolah pandai. takkan jaga kedai je kot". Senyum. Hati ini hanya tuhan yang tahu peritnya. Benarkah pengorbanan durianmangkau untuk meneruskan legasi peniaga melayu di kampung melayu ini adalah perkara yang sepatutnya? . Dah teruk ekonomi kita dijajah dengan peniaga dari seberang, sehingga saudara senegara kita yang dari kaum cina pun menggelengkan kepala.  "lu jangan give up dulu adik" kata mereka. "kampung melayu, tapi semua indon niaga saya tengok" sokongan hanya datang dari mereka yang tiada ikatan sebangsa. Durianmangkau mungkin akan bekerja di syarikat orang lain suatu hari ini , tetapi tidak akan sesekali lupa nikmat berniaga sendiri.  Pengorbanan itu tidak mudah, tetapi sangat indah bagi mereka yang pernah dan masih melaluinya.

"yang bawah pokok jambu tu!!! datang ambik tulang ni!!" suara dari pembesar suara tiba-tiba berubah menjadi lebih serius. Bergegas durianmangkau dan beberapa rakan merapati kawasan pengagihan daging. Lama dah kitorang mengumpat dan borak2 kosong. Sehingga tidak perasan sudah beberapa kali rupanya pengerusi majlis memanggil-manggil para petugas.

  Sebelum pulang, durianmangkau singgah kerumah mangsa pelanggaran lembu untuk berbual-bual dan mengetahui punca kejadian . Haha Sambil menikmati Mee Kari (terbaik, setiap kali raya ad`fitr dan ad`adha mesti dtg rumah ini) , gelak ketawa dan umpat mengumpat memeriahkan lagi suasana. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENGHARGAAN
terima kasih kepada 
-ajk surau Al-Falah, Kg. Arab. en. Shahfaril dan en. Shahwal kerana menjemput.
-Teemerchant.bogspot kerana menaja t-shirt yang dipakai durianmangkau
-Semua petugas dan seluruh ahli kariah surau.

 

Wednesday, December 1, 2010

meja editor, Penanda DISEMBER.

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.
November berlalu dengan tenang. Walaupun hujan masih akan melanda, kita semua pasti sedar disember memberi makna yang berbeza. Mengambil kesempatan disini untuk mengingatkan pembaca, kita melalui tahun yang agak baik. Masih berkesempatan berchatting di facebook, minum di kedai mamak, mengurut kaki ibu yang sengal-sengal sebelum dia mahu masuk tidur dan berbelanja mengikut tahap kemampuan masing-masing. Sesekali renungkan nasib saudara kita di palestin, tanah dulunya mereka bercucuk tanam kini hanya mampu dilihat dari jauh. Nasib saudara kita di sini, ada yang kehilangan segala-galanya akibat bencana alam. Seteruk mana pun kita mengeluh, masih ada yang lebih menderita.

  Pada november yang lalu, banyak idea dan draf yang terbiar tidak di pos ke blog ini oleh durianmangkau. Antara faktornya ialah kegagalan mendapatkan gambar dari kamera rakan dan cuba untuk tidak terlampau membanyakkan artikel merapu. Kecewa kerana pada pos pertama dalam sejarah blog ini, durianmangkau menyatakan untuk menjadikan blog ini sebagai fail penulisan. Persoalan nya, siapa ingin membaca novel tulisan seorang beginner atau bud-bud-banana (budak-budak baru nak naik), lalu ke asyik membaca ucapan-ucapan manis, nak ke korang baca sajak kotemporari? emm.. jadi biarlah durianmangkau mengambil langkah  berjaga-jaga dengan memberi semuanya dalam keadaan berkala.

  Sentiasa pastikan kemeja anda bergosok, kita tak tahu tiba-tiba akan mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakan. Ini bulan Disember. Sediakan sweater(baju panas)  dan payung di dalam kereta. Ini bulan Disember. Rancang dan tempah pakej percutian anda dengan baik. Ini bulan Disember.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
   anda seorang perokok tegar, anda boleh hidup tanpa rokok tapi anda tetap merokok. Duduk menunggu seseorang, sambil membiarkan asap keluar dari mulut dan hidung. Tenang dan penuh perasaan kan?.
durianmangkau menconteng di blog kerana durianmangkau terasa sebegitu apabila menulis. Tidak sedar tangan sedang bergerak menaip, yang pasti hati dan minda sedang ligat bermain kata dan semuanya ternampak di monitor. Satu huruf per satu huruf sehinggalah rokok itu habis.  dan orang itu sampai. puntung rokok dipijak, broadband diputuskan talian. -dengan cinta, kamu dipecat!!!