Walaupun november sinonim dengan hujan, aktiviti berkaitan dengan hutan, pantai, pendakian dan pancingan masih sempat dilakukan sebelum musim monsun tiba di kemuncaknya pada pertengahan disember nanti. Pada rekod peribadi durianmangkau pada tahun ini, tidak banyak aktiviti merayau dapat dilakukan kerana terpaksa berhati-hati dengan penggunaan wang (kais pagi makan pagi) dan tanggungjawab kepada tugas menyelia perniagaan keluarga banyak membuat durianmangkau terpaksa sentiasa bersedia untuk apa-apa kemungkinan.
Apa juga alasan diberikan, hati mana boleh tenang jika apa yang diminati sudah lama tak dirasai. Begitulah juga dengan karenah lima kawan yang telah lama mengaku bersaudara ( gua petik ayat ni dari hikayat hang tuah) ini, cuti semester serta operasi menghabiskan cuti tahunan yang diberikan majikan masing-masing membuat kami merancang aktiviti riadah ringkas, sihat dan tidak memerlukan belanja yang tinggi. Apa lagi yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rindu pada alam? berkelah!!!!!!
Tarikh Aktiviti : 20/november/2010
Hari : Sabtu
Tempat : Serendah Waterfall. (Air Terjun Serendah,)
Pengenalan Air Terjun Serendah
Seperti yang jelas tertera pada nama air terjun itu sendiri, Serendah Waterfall berada di daerah Serendah, iaitu suatu daerah yang terletak diantara jalan lama dari Rawang ke Tg.Malim. Mengambil masa lebih kurang 1jam dari klang hingga ke kawasan ini dengan perjalanan menaiki kereta (tidak termasuk berhenti bertanya kepada orang ramai). Haha!! tidakkah anda semua terasa seperti membaca laporan kelab aktiviti riadah?. huhu!! tak masuk periksa john~ aku nak tulis gaya poyo aku balik.. tiada siapa boleh bulatkan tatabahasa aku dengan pen merah lagi!! ni blog aku!!! hahahah-ampun cikgu, gurau jer..haha =)
Baik!! nak tau lebih lanjut sila google dan baca blog kaki-kaki mandi sungai. Diorang akan bagi info kaw-kaw detail punya.
Anggaran kos
Semuanya bergantung kepada anda sendiri, kami bukanlah manusia yang dilahirkan dalam keluarga berada. Jadi kami mampu gunakan sumber yang sedikit dan melakukan yang terbaik darinya. Paham tak? tak paham.. Nak belanja besar itu hak korang lar. Durianmangkau dan kawan-kawan dah biasa tak berbelanja besar walaupun masih ada kelapangan untuk berbelanja.
Minyak : RM 30 (pergi balik -Myvi)
Tol : RM 25 ( anggaran sahaja, durianmangkau rasa murah sikit)
Disebabkan kami didatangi beberapa masalah teknikal, kami telah menaiki 2 kereta. Jadi kosnya berganda. namun jika anda berlima bersama rakan-rakan anda berkongsi sebuah kereta, kos perjalanan seorang jatuh kepada harga sekotak rokok dunhill dan beberapa ketul duit syiling yang terselit di tepi sofa rumah anda. hehe ayat macam orang jual insuran tak?
Makan, minum, rokok, cenderahati dan lain-lain perbelanjaan bergantung kepada diri masing-masing.
----------------------------------DAN SEMUANYA BERMULA---------------------------------------
Setelah berhenti beberapa kali bertanya penduduk setempat dimanakah arah sebenar untuk ke Air Terjun Serendah, akhirnya kami sampai ke parkir kereta yang luas dan dapat mendengar riuh rendah kanak-kanak gembira berlarian. Bunyi derasan air terjun jatuh menghempas batu-batu menggamit hati kami yang keletihan setelah berpusing-pusing mencari jalan sebenar ke tempat rekreasi ini. Walaupun kedua-dua kereta kami dilengkapi dengan gajet GPS yang sedia ada di telefon bimbit pemandu, kami lebih selesa memandu sambil membaca papan tanda dan turun bertanya kepada sesiapa yang mampu membalas senyuman dan sapaan mesra anak-anak muda sopan dari klang ini. Malu bertanya sesat jalan. Pengembara hebat zaman purba mampu mencari arah sekadar melihat matahari di siang hari dan membaca bintang di kala kelam. Namun, meraka tetap singgah di tanah orang, bertanya mencari pedoman.
Tuan rumah ini blog memakai kemeja, bersama saudara Hafizan. |
benar-benar dihadapan parkir kereta |
Gerai-gerai menjual makanan dan cenderahati |
Taman permainan kanak-kanak |
Tapak perkemahan |
Kawasan Mandi utama. [kanan-tandas,pondok,bilik salin,dan surau] |
Langkah pertama sentiasa yang paling berat |
Sambil memerhatikan kawasan mandi utama ditinggalkan walaupun tahu kawasan renang lapang begini memang sukar dicari |
Mengunyah boleh menghilangkan kebosanan |
Menukar pakaian untuk menyeberang sungai. |
Permandangan di hadapan kawasan berkelah kami |
Perkara pertama yang biasa dilakukan oleh kaki-kaki berkelah setiap kali sampai ke tapak perkelahan mereka ialah meletakan barang-barang di suatu tempat yang sesuai dan menghidupkan api barbeque. Kami pun begitu juga. Akibat keluar berkelah tanpa pembincangan teliti, sentiasa banyak barang-barang penting kami tertinggal. Antara barang-barang yang tiada bersama kami ialah firestarter, cerek air, tuala, bahan-bahan mudah dibakar (sosej dan bebola ikan), dan tikar piknik. Mujur kami ada jiran yang sanggup meminjamkan sedikit minyak masak untuk memudahkan kerja menghidupkan api barbeque. Pelik tapi benar, ada antara kami terpikir untuk membawa ikan Kerapu Pisang untuk dibuat barbeque. Tugas menyiang dan memotong ikan diberikan kepada durianmangkau (perghh.. ikan ni dibuat barbeque?, hantar dekat kedai seafood senang2 dapat RM70).
Pisau sebagai pembeza. Panjang pisau 27.3 cm. |
en. Hafizan menggayakan teknik fotografi (kamera telefon bimbit). |
Jiran |
Turun semula dan cari laluan lain jika air terlampau derasa untuk direntasi. |
Spot yang menarik untuk bermain |
Terjun dan membiarkan badan ditolak arus. Ada batuan tajam ditengah-tengah laluan air, jika tidak kami akan bermain gelongsor dari atas. |
Pandangan dari sudut lain. |
en Asrul menunjukkan teknik membakar ikan. en. Cdeq menunjukkan gaya rm30, belakang boleh. |
Klasik. Ingat pantai je boleh main tanam-tanam. |
Baring-baring menyejukkan badan |
mencari lekuk baring yang paling sesuai |
Air terjun mengurut badan |
en Hafizan merancang hadiah hantaran, banyak idea bila pembincangan dibuat secara santai begini. (aku lambat lagi oi~) |
Makan terus dari para. Hanya buat bila anda yakin badan cukup sejuk untuk menerima haba sebegini. |
semak dan pastikan tiada barang penting yang hilang. |
Melihat dari seberang tapak perkelahan menjadi kecil. |
Perasaan meninggalkan tapak perkelahan tidak sama seperti meninggalkan tapak perkemahan yang anda duduki 2 hingga 3 malam, jadi kami tidak terlampau berat hati meninggalkan kawasan ini. Hati lebih memikirkan pertarungan dua kelab bolasepak besar utara london, arsenal menerima kunjungan totenham pada malamnya (sial arsenal kalah). Terubat rindu pada kesejukan air terjun dan kedamaian hutan. Mungkin kami akan kembali lagi suatu hari nanti. Mungkin nanti.
Durianmangkau menutup artikel dengan gambar kenangan kami minum di kedai Yik Mun Pau di Tg. Malim (setengah jam perjalanan dari serendah). Setiap perjalanan pasti ada baik buruknya, biarlah kami tinggalkan kisah ini kepada anda dengan cerita indah belaka. Cintailah sungai kita~.
-kereta rosak di highway guthrie dalam perjalanan pulang ke klang. wahahaha Takkan nak dengar yg best jer.. Air tumpah dalam kereta.. Kepala pening mabuk (biasa jadi kalau mandi air terjun).. kena maki ngan abg sedara tak tolong rewang kenduri kahwin.. Duit hilang.. Badan sakit-sakit kesan berlanggar dengan batu.. dan macam-macam lagi~ =)
Kopi putih dan Pau daging |
en. Sulaiman (baju kuning) tidak berkenan dengan perangai mengambil gambar dimana-mana. Gedik katanya. |