Friday, October 28, 2011

Selangkah ke alam termenung..


Khas sempena Ulang tahun blog yang pertama.

Kilat sabung menyabung. Amir Haliza sedang membuat kira-kira perbelanjaan syarikat kecil milik keluarganya. Sejuk yang amat sangat diluar kedai runcit itu. Semakin lama semakin kuyu mata Amir Haliza, kepenatan akibat dari awal pagi memerah keringat. Ketika rakan sebaya sedang asyik tidur, sebelum azan subuh dia sudah mengemas pasar dan membelah kelapa. Tengahari yang kebiasaan menjadi waktu bagi dirinya tidur, hari ini terganggu kerana staf yang lain menghadiri jemputan kahwin dan dia terpaksa bersendirian menjaga kedai. Sehinggalah dia merasakan dirinya berada di suatu tempat yang sangat asing. Terdapat buku-buku tersusun di rak yang tersangat tinggi hingga tidak kelihatan puncaknya dan deretan rak-rak itu hingga ke penghujung bilik yang sangat jauh dari mata. Di hadapan Amir Haliza terdapat sebuah meja kopi dan dua kerusi yang kelihatan tersangat empuk. Amir Haliza menghampiri cermin sebesar 5meter persegi. Sangat cantik paras rupa jejaka didalam cermin itu, bisik hati dia. Dia memejamkan matanya buat seketika, dengan harapan apabila dia membuka matanya nanti dia kembali tersedar daripada mimpi itu. Perlahan-lahan dia membuka mata, dia masih berada didalam bilik putih itu. Semuanya masih sama, yang berbeza hanya jejaka didalam cermin tadi menjadi dua. Tiapa apa yang berbeza antara mereka. Sangat serupa.

Penconteng : Bos! Lama tak Nampak .. Jemput duduk.. hahaha 

Amir Haliza : kau Penconteng.. aku banyak kerja lah.. Lain kali lar borak.

Penconteng : hahahaha.. Rileklah bos, penconteng lama pulak tak jumpa bos. Amacam? Setahun sudah berlalu, blog durianmangkau.blogspot.com masih berdiri kukuh.
Amir Haliza : Blog ni aku buat sebab kau suka berkongsi. Aku pulak suka diam-diam je tahan perasaan. Bukan dapat duit pun blog ni.
Penconteng : Alar.. Bos ni acah-acah la.. bagi ar penconteng satu interview ngan bos.

Amir Haliza : Apa-apa jerlah.

Penconteng : Hah! Macam tu la.. Ok.. Soalan Pertama, Siapakah anda?

Amir Haliza : Saya Amiruddin bin Haliza. Seorang yang tak bekerjaya. Miskin.

Penconteng : hahahah bos ni asyik emo jerlah.

Amir Haliza : Dah kau asyik nak happy je, aku jadi emo lah.

Penconteng : Dengan cik akak  boleh lak happy2..

Amir Haliza : amboi.. main kasar Nampak.. syhh.. jangan cerita kat orang..

Penconteng : hah. kalau macamtu, sila beri kerjasama.

Amir Haliza : Baik Bos!

Penconteng: haha. Penconteng pulak jadi bos?.. macam-macam hal lah bos ni.. Ok. Soalan kedua. Apa perasaan anda bila blog ini dibaca orang?..

Amir Haliza :  Saya berlaku jujur disini. Sebenarnya saya tak berapa suka orang tahu saya reti menulis dan merapu merepek. Mungkin kerana saya sendiri tidak tahu dari mana dan bagaimana semua benda itu keluar melalui penulisan saya. Kadang kala saya rasa ada sesuatu atau seseorang lain yang menulis semua benda itu dari dalam diri saya. Dari situ wujudnya penconteng, iaitu kau!. Penconteng dan Amir Haliza ialah split personality. Sangat berbeza dari mana-mana sudut sekalipun.

Penconteng : penconteng  best.. bos poyo.. hahaha  Bagi lah saya peluang selalu keluar menconteng bos.

Amir Haliza : Persoalannya sekarang, kenapa bila aku nak menulis kau taknak keluar? Aku boleh bagi kau lebih masa untuk menconteng, tetapi dengan syarat bila aku nak hantar ayat sweet kat cik akak je kau mesti datang. Amacam?

Penconteng : ok .. beralih kepada soalan seterusnya.

Amir Haliza : Soalan aku kenapa taknak jawab?

Penconteng : Penconteng hanya satu lembaga di dalam diri bos, jadi setiap apa yang penconteng conteng mestilah datang dari pengetahuan bos. Mana anda dapat banyak idea dan apa yang pengaruh anda mempunyai bakat mengolah idea tersebut?

Amir Haliza : siot.. soalan aku tak jawab pun. Emm.. Idea saya banyak hadir daripada apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian. Samaada dari pengalaman diri atau pengalaman orang lain. Yang pasti, saya cuba untuk menulis dengan menggunakan gaya saya sendiri. Memang kadang-kala ada gaya saya dipengaruhi oleh berbagai cara penulisan orang lain, namun saya cuba untuk lari dari gaya penulisan biasa yang seringkali membuatkan belia bosan membaca penulisan melayu.

Penconteng : Mungkin dari situ bos freestyle kan bahasa melayu puitis kedalam tulisan bos?

Amir Haliza : tepat sekali. Jadi perlahan-lahan belia melayu/bukan melayu akan membiasakan diri dengan penulisan puitis tanpa terus terjun  ke dunia sastera secara paksa.Saya hanya cuba ingin memberi mereka sedikit percikan di hati mereka untuk memahami penulisan cara yang seronok dan selanjutnya akan mereka
 pelajari sendiri.

Penconteng : Tidakkah bos takut mereka akan terikut-ikut gaya penulisan bos dan merapu merepek bila ambik paper spm nanti? Maksud penconteng budak-budak sekolah.

Amir Haliza : Pedulik apa sama dorang.. Kira okay la diorang nak jugak membaca, daripada  update status facebook selang 30 minit. Menggeletis. Berapa kerat je budak melayu habis baca novel silibus sekolah. Saya nak berikan percikan minat sahaja, selebihnya bergantung kepada mereka.

Penconteng : Bos memang poyo.. Kita masuk ke soalan peribadi pulak bos. Rata-rata pasti ingin tahu, bila bos nak tamatkan zaman bujang?

Amir Haliza : Bila cukup duit. Cukup yakin yang ilmu yang saya ada mampu melindungi keluarga saya nanti. Dan yakin mampu membuat dia bahagia. Secara jujur, bukan dalam masa yang terdekat. Paling awal  usia 26 tahun mungkin. Diulangi itu yang paling awal.

Penconteng : Sebut pasal bahagia, apa makna kebahagiaan bagi bos sekarang?

Amir Haliza : Perghh.. rimas la soalan-soalan macam ni. Bila la mimpi ni nak abes ni. Meremang bulu roma aku. Ok. Kebahagiaan bagi saya sekarang ialah membuat dia gembira. Ya, jawapan orang tengah angau. Tetapi secara realistiknya, saya masih sedih kerana saya tidak menjadi yang terbaik daripada apa yang mampu saya jadi. Jadi, kebahagian yang sejati masih jauh lagi untuk dikecapi. Bagaimana nak bahagiakan orang lain jika diri sendiri masih kosong dengan gembira.

Penconteng : dengan selamber penconteng yakin cik akak mampu membuat bos gembira. Emm.. Apa makna kawan, sahabat dan teman kepada bos?

Amir Haliza : kawan ialah kawan.. sahabat juga kawan, tetapi mereka telah melalui satu sejarah perjalanan hidup dengan kita dan berkongsi suka duka. Tetapi tak semua kawan sampai ke tahap sahabat. Teman seperti itu juga, mereka tetap kawan dan sahabat namun daripada perkataan teman itu sendiri jelas perkataan akar untuk “menemani” atau lebih jelas ialah bersama-sama. Apa-apahal pun, itu hanya perkataan. Kadang-kala gambar pun tidak dapat menerangkan suasana, inikan pula perkataan untuk menerangkan nilai seseorang didalam hati. Nenek saya pernah menunjukkan kubur suaminya yang tercinta kepada saya dan berkata “ni kubur kawan nenek”. Seorang suami yang menemani hidupnya, masih dipanggil kawan. Jadi siapa kita untuk meletakkan taraf seseorang dengan hanya suatu perkataan?.  Semuanya bergantung kepada perasaan hati atau hormat.  (berkata-kata sambil menggerak-gerakkan tangan seakan seorang professor yang gedik)

Penconteng : Memang sah bos ni poyo. Hahahaha dahla bos.. Makin boring pulak interview bos. Baik penconteng mengarut sendiri je. Soalan terakhir untuk kali ini, apa harapan bos kepada blog ini?

Amir Haliza : Saya berharap penconteng sering muncul kerana semakin ramai yang meminati blog ini. Saya mampu berlakon menjadi penconteng dan mengarut secara sendiri, tetapi tidak selancar apabila penconteng mula merasuk diri. Sebenarnya, target utama telah lama tercapai . Jadi perjalanan seterusnya ialah hanya bonus kepada blog pertama saya ini.

Penconteng : terima kasih bos.. bye..

Amir Haliza : eh tu jer? Makan2 takde?.


  “dik oo dik~! Bangun dik, abang nak Tanya kat mana adik letak kerisik?”
“tu bawah tv tu bang” dengan mata kuyu amir haliza melayan pelanggan tersebut.


   Hujan masih renyai-renyai. Amir Haliza menghirup kopi panas sambil terkenangkan mimpi aneh dia berjumpa dengan seorang lagi dirinya beberapa minit yang lalu. Hatinya seperti kehilangan sesuatu. Lantas dia teringat akan handphone nya yang dicas menggunakan kabel usb pada computer. 4 unread messages.

Sms [ awak!! Update blog.]
        [come on mir.. aku boring kat ofis ni.. cepat tulis something kat blog.. aku nak layan gelak]
        [ en durianmangkau.. bila nak update blog?]
        [hahahah tergelak aku baca post kau.. sila conteng lagi.]


--mereka seronok membaca.. yang kena kutuk bukan mereka.

Monday, October 24, 2011

Escape – if I die tonight.



  Girls always speak without ever think the word that come out their mouth will hurt some people heart. “Nobody care about me. Let me die” “hate life” “life sucks” “now his gone, I better dead”. Every time I heard those, my heart just erupts with anger. There is more in life than just being happy all the times. For no reason what so ever, I just think. If I really did die tonight, what will my letter be?  

If I die tonight,
What will happen to my mom? Will she ever stop crying? Will my dad stand up strong, or will he sit down and watch me dying.  Will they ever forgive me, for not being the best of me.  Oh god. I wish they don’t see this. I made them cry too many times when I’m still a kid, now I can’t bear watching them crying when I’m dying. Your grown up son with a beautiful face want to tell you mom n dad that he love you. Smile for tomorrow, coz I bring smile    when I’m born and I want you to smile when I’m gone. 

If I die tonight,
Along.. You bear the burden for too long.. Thanks for raising me to become this man.. Thanks for never let me get hungry, and always fill my wallet when I’m desperate for money.  Angah is my guidance, my strong, my cleverly and witty sabri. Thanks just for being my brother. I never get bullied just because I’m your brother. I been accepted anywhere just because I’m your brother. Just because I love you brother, I’m proud of you no matter what you do.  Amjot~ tomorrow just make fun of me. Make all of our family happy.. Just try your best to make them happy. I’m sorry guys for not being a great brother.  We have great life and we respect each other’s. We share the burden and we share joy. You guys are reason I keep on living, and you guys are reason I want to end this. So much of love, we never say it. Somehow I knew.

If I die tonight,
Hey friends.. just because I’m no longer here not meaning you cannot come here. Please do visit my family, please keep on seeing my mom. She loves you guys sometime more than she loves me. Hang out with my brothers; give them a cigarette or something. Because that what I always do. If you have a friend hungry, please give him something to eat. That what I always do, and please do continued. Bring your child to my grave and tell her/him a good story about me. How I always there for you guys, and how I always forgive you guys. So he/she can understand a true meaning of friendship. 

   Anyhow I knew you, or from where I met you. If you are my friend then forgive me.  If happen you cross my town, please visit my mom and tell her I love her. Tell my father how good I am. Make a good story of our short journey, and how we have fun. Hug my brothers guy, tell them I’m a good friend and you guys thanks them for make be that way.         

  If I die tonight,
  So much to say.. too many to apologize. How about my uncles? My aunts? My beautiful alya mysarah and aina batrisyah? My cousins? My respectful neighbor who I knew them as family? Teachers? Too many people to thanks too many love to said. If I die tonight, l cries.   

 If I die tonight,
 And you remember this post from years ago I write. Print it out and read it to those who not know. If I die tonight,just be happy for tomorrow. Give yourself sometime to be sad for losing me, and then laugh it out. Because I want you guys to be happy..  I want her to be happy..  I want my child to be happy.

  With my finger typing, comes my tears down streaming. Yes, I don’t want to die yet. It happens to be my time, so be it. See you in heaven, I want to be there. Pray for me.

Wrote in tears,  4.46 am. 15/10/2011.. (yes I know… this posting somehow got influence from a song. So shut up)

Thursday, October 20, 2011

Cerpen – Rokok basah, ku salai jua. contengan,= penconteng


(hak cipta tak dipelihara.. nak ciplak boleh ciplak.. nak rompak boleh rompak..)

-oleh kerana ketika di sekolah, cikgu sering membulatkan tatabahasa dan memberi komen seperti “banyakkan membaca” “lebihkan isi” “jangan meleret-leret”. Jadi penconteng mengambil keputusan untuk menulis cerpen ketika sudah tua Bangka ini dengan gaya yang tidak layak dimasukkan dalam peperiksaan.. Apahal? Nak semak jugak? Bagi la E.. penconteng pedulik apa.. eheheh sorry.. penconteng sayang cikgu2 sumer.. cikgu2 pun sayang penconteng..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sinaran lampu tandas menyakitkan mata kamal. Terkebil-kebil mata kamal menahan silau. Perutnya menderita sakit perut yang amat sangat. Kalakatu semakin banyak bermain-main di lampu kalimantang, menari-nari mabuk dan cuba mengelak dari menjadi mangsa cicak yang dari tadi menanti dengan tenang. Masih terdengar bunyi katak memanggil hujan dari luar rumah. Apa lagi yang katak-katak itu mahu panggilkan, baru setengah jam yang lepas hujan berenti. Sejuknya masih terasa hingga ke tulang kamal yang tidak berbaju. Hanya sehelai tuala kusam yang pendek menutupi tubuh badannya. Pehanya sangat putih seperti tidak pernah merasai sentuhan lembut cahaya matahari. 

  Kamal duduk sahaja di mangkuk tandas duduk berwarna hijam daun pisang itu. Kecewanya tidak dapat dibendung dengan kata-kata.

“sial!!! Kenapa taknak keluar ni..” kamal menumbuk dinding batu tandasnya itu. Darah memercik keluar dari buku lima tangannya. 

Kamal memandang kebawah sambil tangannya meraut muka menahan kekecewaan. Darah  dari tangannya kini melekat di pipi kamal. Hujung jari hantu kamal tersentuh telinga kiri. Maka terjatuhlah sebatang rokok yang diselit dengan kemas ditelinga kiri ke atas tempat bekas meletak sabun. 

  Sedetik masa berlalu, rokok itu dibasahi dengan lembapan. Menangis mata kamal melihat rokok yang terakhir itu bertukar warna. Dadanya tiba-tiba merasa gelisah memerlukan asap rokok. Ketagihannya menjadi-jadi apabila memikirkan kedai yang paling dekat dibuka pada pukul 3 pagi ini berada 3 kilometer jauh dari rumahnya. Kedai di hujung taman ini hanya akan dibuka pada pukul 8 pagi nanti. 

  “ahh.. alang-alang tangan ku luka.. rokok basah ku salai jua” sambil menekadkan semangat untuk mengeringkan rokok itu dengan mengunakan pemetik api.

  Sudah jatuh ditimpa tangga. Pemetik api tidak dibawa masuk ke tandas. 

 Dengan menahan sakit tangan, perutnya yang memulas dan ketagihan rokok yang melampau. Kamal menggigil sejuk dan sedih. Terlihat di hujung mata kamal sekotak mancis terletak sopan di para meletak syampu dan berus gigi. Dia cuba bangun dan menggapai kotak itu, tetapi terjatuh akibat lututnya yang semakin lemah. 

 Mengesot dia di lantai. Dari dinding sebelah kiri untuk ke dinding sebelah kanan yang terletaknya para tersebut. Jarak antara kedua dinding itu tidak kurang dari 4 meter jaraknya. Lantai itu dilapik dengan getah keselamatan berlubang untuk mengelakkan kegelinciran. Seperti menggeselkan badan ke jalan tar.

  Melecet peha kiri Kamal. Sedikit demi sedikit dia menghampiri para tersebut. Apabila tiba sahaja di dinding yang menampung berat para, kamal mencapai singki lalu menarik badannya sekuat hati ke atas. 

 “pang!!!!” tangan kamal terlepas dari genggaman dan atas kepalanya terhantuk kuat ke mangkuk singki. 

  Setelah meraba-raba atas kepalanya, dan yakin tiada tanda-tanda pendarahan berlaku kamal mencuba sekali. Dia berjaya mendapatkan mancis itu. Secepat mungkin di bergerak semula ke mangkuk tandas dengan memapah dinding atau apa sahaja yang boleh dipegangnya untuk ke mangkuk tandas tadi.

 Dia dapat tiba ke mangkuk tandas tadi dengan selamat. Mengangkat rokok yang basah tadi dan dipegangnya dengan penuh kelembutan. Tangan kanannya pula mengambil batang mancis didalam kotak mancis. Hanya 3 batang sahaja yang belum digunakan.

  Batang mancis yang pertama, dengan hanya menggunakan sebelah tangan dia mengores mancis dan berhati-hati mensalai batang rokok tadi untuk mengeringkannya kembali.  Jika terlalu jauh, tiada apa yang dikeringkan. Jika terlampau dekat api dengan batang rokok, rokok akan terbakar di tengah-tengah dan menyebabkan kebocoran. Belum setengah batang mancis terbakar, api terpadam secara tiba-tiba. Mungkin kerana angin dari nafasnya, getus hati kecewa dan sakit kamal.

Perut kamal semakin teruk bergelora. Ibarat gunung berapi yang menanti waktu meletuskan lava-lava panas cair.  Seluruh badannya menggigil ketagihan rokok. Tanggannya berdarah kerana menumbuk dinding akibat menahan kemarahan. Pehanya pula merah menyala akibat bergesel dengan getah pelapik lantai. Kepalanya benjol, sekeras-keras kepala kamal keras lagi mangkuk singki.

  Batang mancis yang kedua di gores dengan selamba, diulangi lagi langkah menyalai rokok kerana masih terdapat beberapa kebasahan terdapat pada batang rokok itu. Kali ini dia berhati-hati untuk bernafas, badannya menjadi kaku seperti patung kerana dikhuatiri setiap pergerakan yang banyak akan menyebabkan api itu terpadam. Batang mancis itu sudah hampir ke hujungnya, kepanasan mula dirasai di jari kamal. Kamal menahan kesakitan, demi menjaga api mancis tersebut. Sehinggalah jarinya melecur terbakar, baru dia melepaskan batang mancis itu.

  Batang mancis yang terakhir. Senyuman pramatang muncul di muka kamal. Dia mengakui, atas segala penderitaan yang dilalui dan kerja kerasnya dia layak menghisap rokok tersebut. Kamal menggores batang mancis yang terakhir…

“prakk!” batang mancis itu patah dan terus jatuh ke lubang jamban.

 ***********************************************************

  Pada pukul 6.00 pagi, Zamri membuka pintu tandas. Terkejut dia melihat rakan serumahnya seperti dipukul oleh perompak. Muka rakannya tercalit darah, dan keadaan kamal sangat menyedihkan. Risau dengan keadaan rakannya itu dia memeriksa nadi kamal. Masih hidup.

  Dalam van ambulan, Zamri hanya menangis ketika bercakap dengan ibunda kamal melalui panggilan telefon bimbit mengkhabarkan keadaan Kamal yang disamun ketika sedang membuang air besar. 

  Tangan Kamal masih memegang erat rokok basah. Walaupun ketika Doktor sedang memeriksan keadaan dirinya di bilik kecemasan, tangannya masih memegang erat sebatang rokok basah.

                                       Tamat..


hahahaha lantak korang lah.. menconteng tanpa berpikir apa. Sekadar menghiburkan hati mereka-mereka yang mengantuk di depan pc ditempat kerja. =) senyum..

-bro, boleh pinjam lighter tak? .. terima kasih..

 

Monday, October 17, 2011

Meja Editor- Ulang tahun lah!!! Wahahaha gila lar..


 Assalamualaikum kepada semua pembaca setia dan pembaca yang tersangkut disini akibat tertipu dengan search engines yang cuba membantu. Sumpah, tidak sedikitpun kejadian blog ini untuk mencari duit-duit tabung daripada kehadiran anda ke blog ini (jika anda tersangkut, bukan atas kehendak penconteng). Setahun sudah, blog ini masih berdiri tanpa wang saguhati. Sekadar bermodal keihklasan dihati, dengan niat ingin berkongsi.

  Beberapa pembaca yang mengenali penconteng secara dekat ada yang menegur, sudah lama tiada post-post yang panjang lebar dan membawa mereka ke dunia angan-angan. Jika mereka semakin serius membaca post-post dari penconteng, maka penconteng akan semakin serius menconteng pada tahun kedua blog ini. Terima kasih di atas feedback yang diberi, tidaklah penconteng terasa seperti bercakap dengan cawan. =) 

  Blog ini sebenarnya belum memasuki fasa kedua lagi, tahun pertama hanya sekadar percubaan. Cuma geli-geli sebelum melakukan yang lebih dahsyat. Muahahaha.. =) Penconteng masih cuba untuk tidak menyakiti mana-mana pihak dalam contengan blog ini, tetapi isu-isu yang  akan disentuh penconteng selepas ini lebih kepada hal peringatan dan isu semasa yang agak panas. Penconteng akan cuba menulis dengan cara mudah dan ringkas serta poyo santai yang akan membuatkan anda terasa “hahahaha.. siallah mamat ni.. gila poyo..” … 

  Langkah pertama memang yang paling berat. Tahun pertama kejadian blog ini juga terlampau penat. Banyak yang mengeji, menghina dan mencaci. Walaupun hanya sekadar blog yang santai dan tidak cuba menyakitkan mana-mana pihak, sesetengah orang memang tidak mampu menerima penconteng seorang yang mampu menulis. Blog ini boleh diibaratkan seperti seekor anjing yang ditepian jalan, dia hanya duduk disitu memerhatikan sekeliling, sesekali dia menyalak kecil sekadar ingin memberitahu anda dia berada disitu. Lantas anda menyinsingkan seluar, memandang hina kepada anjing itu. Terlampau hebat diri anda hingga anda merasakan kejadian anjing itu terlampau jijik, Anjing itu tidak berhak untuk bersuara. Lantas ada seorang bijak pandai dan berilmu serta baik amalannya, melihat anjing itu dan tersenyum. Kerana yang tahu itu tahu, walaupun najis itu najis, dia disitu ada sebabnya. Tiada hak bagi dirinya untuk menghina anjing itu. Apa hak mereka untuk menghina blog ini? Terlampau hebatkah diri mereka? 

  Hahahaha =) semakin garang bukan gaya bahasa penconteng?

  Selamat ulang tahun durianmangkau.blogspot.com.  Kita mulakan tahun kedua ini dengan langkah berani, namun masih menunduk sopan. Kita suarakan dengan lantang, tanpa memotong perbualan orang yang lebih berumur/berilmu.. Kita akan cuba mencium bau puncak, tanpa melupakan butiran pasir pantai yang masih melekat di tapak capal. Siapa kita? Ya.. penconteng tidak lagi bersendirian. Kini, anda semua mampu mempengaruhi penulisan penconteng. Email la penconteng idea dan ulasan anda di durianmail@gmail.com . akan penconteng cuba ketengahkan.
 
Pada tahun kedua ini, beberapa kolum baru akan dikeluarkan. Penconteng akan memilih untuk menconteng tentang apa sahaja yang bermain di fikiran. Samaada contengan mengenai pengalaman diri, cerita tokok tambah , fiksyen, perbincangan, angan-angan dan lain-lain. Yang penting, kita ambil peluang untuk memahami dan menghormati jalan orang lain. Memang ada sesetengah jalan itu tidak sepatutnya mereka lalui, tetapi dengan tidak memahami apa dan mengapa mereka lalui jalan itu bagaimana sesuatu itu dapat diubah.  Teruskan tersenyum semua sahabatku, jangan bersedih. Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir. =)

roll up... lets go..


  -setahun hamba berkelana.. bertatih tatih mengaji.. berdarah-darah luka berjalan.. Ke hutan mencari damai, ke laut mencari tenang.. dagang hamba sekupang dua, upah cik puan berganda-ganda..
nak diluah mati teman, ditelan mati rakan. Hamba sepakkan sahaja cawan dimeja, sebelum terseksa kemam rahsia. 
Masih lagi berguru, segan malu tersipu. Hamba jiwa muda, adakala marah membara. Buah cempedak diluar pagar, biarlah ia disana. Jika tidak, akan hamba bawa pergi belayar. Pisang emas  pula ditinggalkan disebelah galah. Apa lagi nak dijolokkan..

wahahahahaahahahah!!!!! takyah pening2 pikir.. aku pun tak paham apa aku tulis.. 


dengan cinta,

amir haliza