Thursday, March 10, 2011

Melihat temasya di tempat orang- Rampasan hotel di PD bersenjatakan Marker paintball


Bertemu lagi kita dalam kolum Melihat temasya.. Kali ini penconteng berpeluang mengikuti sekumpulan pemain paintball untuk bermain paintball di port Dickson.. wuhuuuu~!!! Memang dari dulu teringin untuk bermain paintball, baru kini dapat merasai dan memahami apa yang mereka gilakan terhadap aktiviti sukan ini sehingga ada yang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan kelengkapan yang paling sesuai dengan diri mereka..

Penconteng yang merupakan pendatang (rasa sekali je kot) baru dalam dunia paintball ini dengan merendah diri mengaku tidak pandai dan akan menulis mengenai aktiviti ini untuk mereka yang tidak pernah merasai bermain paintball.. Jika ada salah dan silap, peduli apa sama korang~.. hahahhaha come on ~!! Ini blog conteng2 la, nak info gi library!! =) Penconteng memutuskan untuk menulis pada kali ini mengenai suasana dan keadaan yang penconteng rasai ketika bermain dan tidak akan menulis tentang keputusan perlawanan serta beberapa masalah yang terjadi (saya berkecuali). Peraturan, harga bayaran, tarikh aktiviti woodsball yang seterusnya eloklah ditanya kepada mereka yang lebih mahir.. (NI FIRST TIME AKU LER. MANA AKU TAU KALAU KORANG TANYA PUN)

Ketika menunggu hujan berhenti di sebuah kedai tomyam pada awal pagi khamis yang lepas, tempias hujan menampar-nampar pipi kami sambil suasana melihat khemah murah roboh akibat tidak dapat menahan tadahan air hujan yang terlampau cepat memenuhi bumbung khemah membuatkan petah mulut rakan-rakan futsal berbual dari satu bab hingga ke satu bab untuk menghilangkan kejanggalan suasana.. hinggalah ke tahap~
“kau nak ikut kitorang gi paintball tak?”.. penconteng tersenyum…. Dan seterusnya menjadi sejarah.

 
Kesan lebam… tiada gajet.. tiada geng nak bawak.. modal besar.. takut salah pakai… bermacam-macam lagi halangan penconteng rasakan setiap kali hati teringin besar untuk bermain paintball.. Dan penconteng dengan berani meletakkan reputasi (sebagai seorang yang tidak minat menghakimi orang lain) diatas garisan dengan mengatakan, alasan diatas tadi jugalah yang ramai belia gunakan setiap kali lutut menggigil (kerana terlampau teruja untuk mencuba) melihat permainan paintball ditayangkan di media massa . Setelah mencubanya sekali, antara saat-saat paling indah ku nikmati . Jujur.

Lokasi – Bangkok haunted hotel , Port Dickson.
Tarikh – 5.3.2011
Aktiviti – Paintball (woodsball), bersituasi merampas bendera..


sebelum pertempuran
Terus kepada aktiviti…. Haha (terima kasih email, ya saya sedar bukan semua orang suka baca panjang bejela-jela.. harap maaf kepada pembaca yang terasa terseksa membaca bebelan terlampau panjang) ..
Pertama sekali, kepada yang tidak pernah sekalipun merasai bermain paintball. Terdapat 2 cabang paintball yang anda kena pahami, yang pertama ialah speedball ( ada kubu belon warna warni) yang dimainkan dalam gelanggang dan kedua ialah woodsball yang dimainkan dalam keadaan alam sekitar. Aktiviti yang penconteng ikuti pada kali ini ialah woodsball..

Pemeriksaan peralatan
Sampai sahaja ditempat perkumpulan, penconteng berdebar-debar hati melihat bangunan yang telah dikuasai alam.. dan dihadapan nya pula ada hutan sekunder, semak samun dan pokok yang tumbuh meliar setelah kawasan lapang itu ditinggalkan berpuluh tahun.. disebalik semak samun itu terdapat pantai yang luas dan bot-bot nelayan dan jetski berhimpun dengan rawak..





  Peperangan kali ini ialah diantara skuad Malayan Troopers yang akan bertempur dengan skuad Malcon. Penconteng meletakkan diri sebagai askar upahan, kerana penconteng pada hari ini berdiri di bawah payung skuad Panggilan Pertiwi. Oleh kerana Panggilan pertiwi hanya berlima, kami akan bertempur bersama Malayan troopers.


abang-abang Mtroopers
abang-abang Malcon

Situasi pertama (S1)- kedua-dua pihak berada di pintu hujung bangunan, satu pihak di bahagian hujung wing kiri dan satu di hujung wing kanan. Bendera di tengah-tengah bangunan ditingkat 3. Kumpulan yang pertama berjaya mendapatkan bendera dikira pemenang pusingan tersebut. Terdapat 2 pusingan, mereka akan bertukar wing pada setiap pusingan.

rampasan bangunan
*pada pusingan pertama (s1), arahan tidak jelas daripada marshall dan komunikasi taktikal yang sedikit bercelaru membuatkan penconteng terpinga-pinga. Ditambah pula dengan tugasan menceroboh tingkat 2 dan merampas satu kawasan sebagai tapak untuk dijadikan kubu, deruan adrenalin membuatkan semangat membunuh naik ke tekak. Tembakan demi tembakan dilakukan oleh ahli pasukan yang lain untuk memberikan sedikit masa untuk kami meluru ke tangga.. Penconteng Berjaya sampai ke tingkat 2, peperangan merebut kawasan ini lagi ganas dari tingkat bawah.. Dalam usaha mengekalkan tapak ini, tiba-tiba penconteng ditembak didada.. perasaan seperti mengecewakan rakan sepasukan kerana terlampau awal tumbang di medan perang.. Dengan mengangkat tangan dan senapang diatas kepala sebagai tanda sudah terkeluar dari permainan, ketika menuruni tangga penconteng ditembak beberapa kali lagi (teperangkap dalam crossfire).. cet, sudah mati ditembak lagi. Haha =)

siap sedia bertempur
*pusingan kedua (s1) , sudah semakin biasa dengan corak tembakan senapang ( istilah sebenar ialah Marker) yang disewa penconteng. Perbincangan taktikal yang lebih serius sebelum perlawanan membuatkan pusingan kali ini sangat teratur.. Ditugaskan untuk merampas tapak dan meramaikan infantri di tingkat paling atas dimana terletaknya bendera.. Bunyi tembakan dimana-mana, terlampau bising.. Ada yang meniarap, ada yang membuat larian zig-zag untuk bergerak kekawasan bendera. Kumpulan musuh tidak berhenti melepaskan tembakan walaupun ketika kami membuat cover up shooting.. PRITTT~! Game over.. penconteng selamat sehingga permainan tamat..

Situasi Kedua (s2) – Satu kumpulan bertahan didalam bangunan. Satu lagi akan cuba menyerang dari hutan sekunder berhadapan dengan bangunan. Diantara bangunan dan hutan terdapat satu jalan. Penyerang dikehendaki menceroboh bangunan dan mendapatkan bendera di tingkat 2.

hutan yang dimaksudkan
 *pusingan pertama (s2), bertindak sebagai penyerang.. penconteng sekadar bergerak perlahan dicelah-celah runtuhan bangunan dan pokok-pokok besar. Mengikuti sahaja gerakan ahli pasukan yang lain, dengan senyap.. ketika ini baru memahami kelebihan memakai sut celoreng askar penuh, tiba-tiba rakan hilang dari pandangan mata. Rupanya dia berdiri 5 kaki dihadapan penconteng, hanya berdiri diam dan sebati dengan alam. Macam cicak kobing boleh hilang-hilang..Di sebalik runtuhan bangunan dan pokok-pokok, penconteng menunggu masa membuat larian serbuan. Hanya menanti arahan.. Setelah keadaan tenang, penconteng baru mahu berlari melintas jalan dihalang dengan tembakan bertubi-tubi penembak tepat dari tingkat 3.. Mujur tersasar beberapa inci dari badan.. Jalan pemisah sunyi sebentar.. kedua-dua pihak menjimatkan peluru.. sesekali terdengar bunyi penembak tepat menakut-nakutkan penyerang dengan menembak betul-betul dihujung dinding runtuhan bangunan tempat kami berlindung, seakan memberitahu jika anda keluar anda ditembak.. Pritt~!!! Game over.. penyerang gagal menceroboh bangunan..


Lakonan semula, sniper tingkat 3.
*pusingan kedua (s2), bertindak sebagai bertahan di bangunan. Penconteng yang menggunakan senapang sewa tidak mampu membuat tembakan tepat dan jarak jauh.. Jadi ditugaskan sebagai stopper ditingkat bawah.. Misinya menembak apa sahaja yang melintas atau bergerak dihadapan tempat berkawal.. Pusingan ini sangat mendebarkan. Tempat berlindung penconteng hanya sisa dinding bersaiz kerusi maplay. Jika tidak meniarap, penconteng terpaksa mencangkung sepanjang pusingan.. Setiap kali mengangkat kepala, tembakan berbunyi dan terdapat beberapa tompokan cat oren didinding sehasta dari kepala penconteng.. Beberapa percubaan penyerang untuk melintas jalan dapat dipatahkan, sehinggalah akhirnya terdapat 4 penyerang berjaya memasuki bangunan.. Namun stopper yang berkawal di kawasan yang dicerobohi sempat meminta bantuan sebelum beliau ditembak.. Keadaan menjadi gila, tembakan dari kawasan hutan penyerang datang bertubi-tubi untuk mengalihkan perhatian pertahanan dari mengetahui situasi sebenar yang bangunan telah dicerobohi.. Tembak menembak menjadi ganas sehingga kawasan bekalan makanan bantuan diletakkan (ratio) turut terkena peluru bebola cat dan beberapa medic berkecuali jugak ditembak.. Penceroboh dapat dikalahkan oleh pengawal bangunan yang lain (penyerang tidak dapat bantuan infantri dari ahli pasukannya yang lain kerana tembakan bertubi-tubi oleh penembak tepat ditingkat atas) prittT~!!! Game over…

Situasi Ketiga (s3) = Satu kumpulan berada di hujung wing kanan dan satu lagi di hujung wing kiri.. Kedua-dua kumpulan mempunyai satu bendera untuk dijaga di tingkat 3 wing masing-masing.. Pasukan yang paling awal merampas bendera di kubu musuh dianggap pemenang.


mempertahankan base
en.nikman melakonkan semula, situasi tersekat di tangga.
*pusingan pertama (s3)= Pasukan berkurangan kerana ramai yang cedera dan ada yang sudah keletihan, ditambah pula cuaca panas terik ditepi pantai membuatkan beberapa pemain mulai pening.. Tugas penconteng ialah ke tingkat 3 untuk mengawal bendera, tetapi telah tersekat dalam pertempuran di tingkat 2 terlalu lama. Apabila sampai ke tangga untuk ke tingkat paling atas, rupanya beberapa ahli pasukan sudah pun di halang untuk ke tingkat 3 oleh peluru dari wing kubu musuh.. tembak menembak semakin menggila kerana masing-masing mula mahu menghabiskan peluru. Sehinggalah tamat permainan, bunyi tembakan kedengaran di seluruh bangunan..

*pusingan seterusnya dibatalkan kerana 65 % dari pemain sudahpun bersetuju untuk menghentikan permainan. Penconteng secara jujur ingin meneruskan permainan, kerana ini kali pertama bermain. Jadi setiap pusingan penconteng akan dapat mempelajari teknik baru dan dapat melihat situasi membuat keputusan dalam keadaan berbeza.. Benar kata orang bijak pandai, wujud kali pertama untuk kita mencari yang kedua.. Tidak mungkin mengetahui segalanya dengan hanya sekali bermain..


bergaya bukan? hahaha
Hari yang akan dikenang penconteng sampai bila-bila.. Percubaan pertama bermain paintball telah dibawa menyertai pemain-pemain senior dan bermain di kawasan expert. Bersyukur tiada berlaku kemalangan. Jika bermain pc game counter-strike membuatkan anda membaling mouse jika ditembak, cubalah permainan ini.. =) Sangat-sangat memuaskan hati jika anda meminati permainan bermotifkan perang.
Penat dan sakit boleh beransur reda, pengalaman mengorbankan diri untuk pasukan terpahat di jiwa rakan sepasukan hingga ke akhir hayat (hehe.. tokok tambah sikit).. Mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat hari tentera darat kepada semua wira kita yang mengorbankan segalanya untuk rakyat jelata meneruskan hidup dengan aman. Terima kasih. Salute!!!!





Penghargaan;

Ribuan terima kasih kepada;

Panggillan Pertiwi (khususnya, militan klang) kerana menjemput penconteng mengikuti aktiviti mereka.

Malayan Troopers dan Malcon , menunjukkan semangat perlawanan yang hebat.

Marshalls dan penyedia catering.

Semua yang terlibat dan yang mengajar penconteng tentang permainan ini.

Tamat sudah.

Meja editor = macam-macam Mac


Assalamualaikum.. sekali lagi janji manis penconteng yang tidak dikotakan. HahahaHa kuantiti febuari konon.. setakat 4 post kuantiti perbendernya.. =) terlampau sibuk dengan isu kerja dan hal peribadi. Sehingga terlupa mempunyai blog. Jarang memasuki facebook dan jika terlampau merindui kawan-kawan alam maya, masuk ke dalam facebook untuk sekejap sahaja.. Sejak setiap belia diwajibkan mempunyai facebook, Manusia sekarang seperti terlupa bagaimana cara membawa diri apabila bertemu orang. Perhatikan perangai rakan sekitar anda dan perhatikan diri anda.. Semakin terkinja-kinja dan kurang menghormati orang lain bukan?.. =)
Pada bulan lepas jika ada kesempatan pada masa petang, terus memakai kasut sneakers dan keluar berjogging.. Emm.. segar otak.. ilham untuk menulis datang mencurah-curah apabila badan kembali cergas.. Tidak semua benda boleh dikongsi bersama orang lain, jadi sekadar jadi simpanan peribadi.. (ada novel separa siap dalam pendrive aku beb) huhu =)
Macam-macam perkara akan berlaku di bulan mac. Arsenal kalah di tempat lawan, Barcelona tetap pilihan untuk menjadi pemenang liga kejuaraan eropah. Harimau muda akan bertempur di Pakistan. Sambutan Hari tentera darat baru sahaja berlalu. Budak-budak akan cuti sekolah (bersepah lah rumah aku kalau anak abang sedara nak duduk sini), keputusan spm akan keluar...
(berkata dengan nada perlahan, seakan merajuk)  Macam-macam Mac.. Jadikan bulan mac untuk mengenali semua dan cuba memahami semua.. Anda berada disitu ada sebabnya, mereka disana ada sebabnya.. Hormati jalan orang, mereka pilih jalan yang anda tidak pilih bukan kerana mereka tak bagus tetapi kerana dunia perlukan orang seperti mereka.. Jika semua orang berkejaran menjadi kuli kelas A, siapa mahu menjadi tokey kelas B?. siapa? Macam-macam jenis manusia didunia ini, rendahkan kepala anda.. Jangan menjadi doctor yang tidak menghormati tukang urut yang juga berusaha menyembuhkan umat hanya kerana anda seorang bijak pandai. Jangan dihina tukang sapu sampah di tepi jalan kerana yang membuat sepah rata-rata orang yang abis sekolah. Dimana ilmunya?. Resmi padi.. Makin berisi, makin tunduk ke bumi.. Ingat.. Makin berisi makin tunduk ke bumi..

 Penconteng tidak layak mengajar anda semua.. Saya hanya seekor sampah.. Jangan sampai jika dibuang kereta mewah, pakaian mahal, pasangan yang cantik dan rumah yang selesa.. yang tinggal hanya hati yang busuk.. Senyum kawan-kawanku.. =) Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir..

Durianmangkau.blogspot.com