Wednesday, June 13, 2012

Datang nak minum kopi, sekali berpantun la..

  Assalamualaikum kepada semua pembaca yang masih lagi tidak berputus asa menanti contengan ringan dari penconteng.. Walau sedikit, diharap dapat meriangkan hari-hari anda.. Senyumla sahabat, banyak yang indah dalam kehidupan ini.. Hati yang rosak sentiasa melihat kepada yang buruk.. Tak kata semuanya indah, tapi jika anda nampak semuanya buruk.. Ada sesuatu yang rosak dalam diri anda..

  Tiada yang lebih mencuit hati, melihat pakcik-pakcik berbalas bahasa dalam majlis merisik.. Sepanjang hidup penconteng, sudah banyak terlibat dalam hal wakil merisik, meminang dan tidak lepas sebagai pak pacak menjaga kebun bunga.. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat penconteng, adat ini indah.. 

 Antara pantun standard yang selalu didengar " rimbun sangat pokok ketapang, apa hajat rombongan bertandang" .. Atau mungkin jika yang mewakili mana-mana pihak lebih macho dari berseni, tanpa pantun menjadi juga .. "Yang mana susah kita permudahkan, harap selamat budak-budak ni disatukan"..

 Pernah dalam satu kejadian, dengan selambernya penconteng bersama dua lagi sahabat mewakili seorang lagi sahabat karib kami merisik keluarga teman wanitanya.. Dan hanya seorang lagi bapa saudara sahabat kami sebagai ketua.. 4 pemuda pertengahan 20an bersama seorang pakcik, dengan bayangan kami mungkin akan berbual kosong dan secawan kopi dalam majlis.. 

 Tidaklah seperti yang diharapkan, rumah yang ditandang penuh dengan orang.. Meja buffet terhidang dengan makanan-makanan enak.. Oleh kerana semuanya tidak dirancang, pantun jualan tidak dapat dijawab.. Dari merisik, cincin tanda menjadi cincin tunang.. Majlis merisik, terus ditetapkan hari pernikahan.. Senyuman tidak lekang dari dua-dua pihak.. Mungkin mereka mengetahui kami datang tak bersedia, kegugupan kami jelas ternampak.. Syukur semuanya selamat, dan sahabat penconteng itu hanya menunggu masa diijabkabulkan..

 Penconteng mampu menulis bait-bait pantun, tetapi untuk mengucapkan secara spontan memang sangat sukar.. =) mungkin jika ada perancangan awal, sentiasa ada jalan lain untuk pura-pura pandai.. 

 Mana lagi cantik? Melutut sambil menghulurkan cincin berlian kepada wanita atau pergi menunjukkan rasa hormat kepada keluarga wanita yang membesarkan dia.. Lain orang lain pendapat.. Mungkin kita tidak mempromosikan cara kita, jika budaya kita dipromosikan dalam filem hollywood mungkin ada yang nak ikut.. 

 Memang ada yang susah, oleh itu biarlah berilmu.. Tidak semua perlu diikuti, tidak semua perlu ditolak tepi.. Berbalik kepada yang diungkap tadi, "tidak bermaksud semuanya indah, tetapi jika semuanya anda nampak buruk ada sesuatu yang rosak dalam diri anda"..

 Akhir kata, jangan minum arak.. Yang terlanjur, patah balik dan Jangan ulangi.. -takde kena mengena, aku pedulik hape.. Hahahahah


*senyum rakan-rakanku.. Sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir..