Monday, November 14, 2011

Meja editor – November berhingus



  Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca semua. Penconteng tiba-tiba teringat yang penconteng bertanggungjawab mengisi 10 minit dalam kehidupan anda semua dengan bacaan santai yang tiada hala tuju atau sebab munasabab. Minta maaf kerana sudah lama tiada post dari kami warga Durianmangkau.blogspot.com. Seperti yang tertera ditajuk kali ini, hingus ku meleleh lagi. =)

  Teruja bukan bulan ini? Menanti cuti sekolah dan melayan adik-adik kecil setiap petang. Senyuman tidak ikhlas ketika membayar di kaunter apabila anak anda berkata “ibu.. nak keropok!!” atau  “abah.. air tin!! Air tin!!” ..  Hahaha Ketika kita kecil dahulu, habis tak cukup sedara-mara kita paw (peras ugut) ketika cuti sekolah. Jangankan ahli keluarga, jiran tetangga pun tidak lepas kita paw dengan aiskrim kon berharga 50 sen yang dijual oleh motorsikal-motorsikal ex5 diubahsuai menjadi kotak ais bergerak.  Kini apabila sudah menjadi dewasa, giliran kita pula menjerit di lorong rumah sambil mengangkat not rm50 ke udara dan menjerit “siapa nak aiskrim!!!!! Abang belanja!!!”.. Lalu berlarian anak-anak kecil mengerumuni penjual aiskrim. 

  Seronok.. 2 lagi orang yang mempengaruhi jalan hidup penconteng telah melangkah ke alam perkahwinan. Majlis tersebut akan dijalankan benar-benar disebelah rumah penconteng, satu disebelah kanan dan satu lagi sebelah kiri. 2 hari berturut-turut. Kemeriahan  bulan  lepas disambung lagi, seperti tidak cukup-cukup meraikan saudara-mara. Dimana penconteng mungkin berada?, disebuah markas yang telah dihiasi dengan bantal peluk dan kerusi panjang. Apabila rumah kanan bertanya mana penconteng, mereka beranggapan penconteng berada di rumah kiri. Begitulah sebaliknya. Muahahaha Ulau melingkau diatas pagau, durianmangkau hilang pergi mengulau. =)

  “gol!!!” Badrol bakhtiar punya rembatan lain macam tekniknya. Pergi terus bola, tetapi menjunam dengan laju. Walaupun jika dihiasi dengan sedikit lencongan mungkin akan lebih cantik, tetapi cantik tidak memberikan apa-apa impak jika tidak mengenai sasaran. Badrol, teruskan membuat percubaan seperti itu diluar kotak penalti, deras dan menjunam. Menang emas bolasepak di sukan sea seperti painkiller yang paling mujarab bagi menghilangkan sengal-sengal badan akibat melihat satu persatu emas yang mudah diraih skuad negara di rampas tuan rumah Indonesia. Kelebihan bermain di tempat sendiri, tiada apa yang hendak dibantah penconteng. Teruskan berjuang harimau muda.  Kita perlukan emas bola sepak. Owh yer, Tema sukan sea kali ini, “barsatu dan bangkit”.. hahaha bersatu?  Lagu Negara Malaysia pun mereka tidak reti hormat. =)
  “sreettt… sreett” menyedut kembali hingus yang hampir-hampir meleleh.  Panas terik kemudian disulami hujan lebat. Pertukaran secara tiba-tiba. Syukur kepada pencipta sekalian alam, memberi peluang kepada kami  merasai kedua-duanya sekali dalam masa sehari. Beberapa buah Negara di barat sedang kesejukan menanti ribut salji, beberapa buah Negara di afrika memanggil-mangil hujan. Kita selesa. Subur. Cukup makan minum. Namun dimana rasa syukur rata-rata belia? Memarahi alam setiap kali batuk-batuk tetapi anda merokok. Menggeleng-gelengkan kepala setiap kali pokok didalam pasu kering, tetapi tidak sekali pun anda menadah air hujan dan menyirami pokok-pokok itu ketika mereka kehausan air dari alam. Penconteng selesema, tetapi berat hati ingin mengeluh. Sepanjang tahun kita berasa sihat, tetapi jarang-jarang mengingati kehebatan tuhan. Tetapi bila sakit, “aduhh!!!! Sakitt!!”.. Bukan sahaja di wall facebook, malah hampir-hampir ingin melaporkan kepada pihak polis jika diberi peluang. =)  kena ke bagitau dunia? Dimana ego? Dimana privasi?..
  November kali ini mungkin agak perlahan sedikit contengan dari penconteng, almaklumlah otak sedang sebu. Ya, blog ini sekadar bacaan ringan ketika otak sedang sebu untuk berpikir. Tetapi, jika ingin menconteng otak tidak mampu bergerak ketika sedang sebu.
-senyum!! Hujung tahun korang dapat bonus kan? .. hehehe