--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surau ini menyimpan sejarah bermakna dalam hidup durianmangkau, teringat ketika bulan puasa sebelum spm bertahun dulu surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sebaya melakukan ulangkaji terakhir sebelum peperiksaan. Mereka yang lahir pada tahun 87 pernah merasai peperiksaan spm sebelum dan selepas raya, hehe klasik. Sempat durianmangkau memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan begitu juga sebaliknya. Pada tahun bulan madu, ketika tingkatan empat durianmangkau ponteng sekolah selama 1 minggu kerana sudah tahu lebih awal diterima ke sekolah teknik, dan surau ini pernah menjadi tempat beberapa rakan sekolah membuat gerakan gelecek sebelum meneruskan larian ke tempat lain ketika dikejar guru disiplin sekolah . Kini, rata-rata rakan durianmangkau mempunyai pekerjaan yang elok. Walau hingga ke eropah mereka merantau, ke pulau jepun, ke gurun sahara, ke kutub utara atau selatan, ke timur malaysia suatu hari nanti, yang pasti mereka akan kembali melawat tempat ini. Sedangkan tempat terjatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bersaudara.
Tarikh aktiviti = 17 november 2010
Tempat = Surau Al-Falah, kg. Arab. melawis.
Pagi itu semuanya nampak begitu aman, sinar pagi melimpahkan cahaya yang sangat mendamaikan, angin membelai helaian rambut pendek dan mengipas-ngipas baju melayu hitam yang digosok dengan teliti. Dia masuk kedalam rumah itu, membuka pintu bilik dengan cukup perlahan, mencari suis lampu dan membuka lampu. "woi!!!! pagi raya kau tidur lagi buatpe? bangun lah!!!". Pagi yang indah, durianmangkau masih diselimuti kain cadar yang sedikit kusam. Membuka mata dan melihat muka kawan, "jap, aku gi mandi dulu"
Ketika masih berbincang ingin melakukan solat sunat aidil adha di masjid mana, satu panggilan telefon diterima. Seorang rakan mengajak kami ke surau berdekatan dengan perumahan mereka. Menjeling satu sama lain, dan "jom" serentak kami bertiga bersuara.
Selepas selesai mendengar khutbah, dan bersalaman sesama rakan-rakan yang masih ada disitu kami semua berpecah. Sempat seorang ajk surau (merupakan kawan kami juga) mengingatkan kami untuk membantu menumbangkan lembu dan melapah daging korban pada pukul 10 pg nanti.
Sudah gaharu, cendana pula. Seperti yang biasa berlaku, durianmangkau tiba lewat ke tempat kejadian. =) 2 ekor lembu telah siap disembelih. Mereka sedang mengasingkan kulit dari badan lembu. Semburan perkataan caci maki menyambut kehadiran durianmangkau ketempat itu (sekadar gurau budak lelaki). Lembu melawan ketika mereka menumbangkan lembu dan terlepas dari kawalan. Lembu berlari secara rawak dan melanggar seorang rakan yang ketika itu tidak bersedia. Hari ini dalam sejarah,
terasa cool gila pegang pisau macam tu. |
agak-agak bila nak siap ni? |
Selesai tugas budak muda. Potong deging kecil-kecil bagi senior buat. |
Sambil menanti waktu pengagihan, durianmangkau duduk-duduk dan terpikir. Apa yang kita pernah korbankan? . Durianmangkau masih tidak dapat korbankan keenakan merokok untuk mendapatkan badan yang lebih sehat. Tidak dapat korbankan masa menonton televisyen untuk melawat saudara mara. Masih belum mampu mengorbankan segala-galanya untuk mencapai sesuatu yang diingini. Lemah jiwa ini sebenarnya.
"phareil, rembatkan aku karipap satu!" geram pulak tengok rakan-rakan mengunyah makanan yang terhidang dari tadi. Nak ambik segan, bukan kejiranan sendiri. Sambung termenung sambil mengunyah.
Kawan-kawan ramai dah kerja di syarikat penting. Durianmangkau masih menumpang kasih di syarikat bapa sendiri. Setiap hari dihina dengan makcik-makcik dengan perkataan seperti "eh, dulu sekolah pandai. takkan jaga kedai je kot". Senyum. Hati ini hanya tuhan yang tahu peritnya. Benarkah pengorbanan durianmangkau untuk meneruskan legasi peniaga melayu di kampung melayu ini adalah perkara yang sepatutnya? . Dah teruk ekonomi kita dijajah dengan peniaga dari seberang, sehingga saudara senegara kita yang dari kaum cina pun menggelengkan kepala. "lu jangan give up dulu adik" kata mereka. "kampung melayu, tapi semua indon niaga saya tengok" sokongan hanya datang dari mereka yang tiada ikatan sebangsa. Durianmangkau mungkin akan bekerja di syarikat orang lain suatu hari ini , tetapi tidak akan sesekali lupa nikmat berniaga sendiri. Pengorbanan itu tidak mudah, tetapi sangat indah bagi mereka yang pernah dan masih melaluinya.
"yang bawah pokok jambu tu!!! datang ambik tulang ni!!" suara dari pembesar suara tiba-tiba berubah menjadi lebih serius. Bergegas durianmangkau dan beberapa rakan merapati kawasan pengagihan daging. Lama dah kitorang mengumpat dan borak2 kosong. Sehingga tidak perasan sudah beberapa kali rupanya pengerusi majlis memanggil-manggil para petugas.
Sebelum pulang, durianmangkau singgah kerumah mangsa pelanggaran lembu untuk berbual-bual dan mengetahui punca kejadian . Haha Sambil menikmati Mee Kari (terbaik, setiap kali raya ad`fitr dan ad`adha mesti dtg rumah ini) , gelak ketawa dan umpat mengumpat memeriahkan lagi suasana.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGHARGAAN
terima kasih kepada
-ajk surau Al-Falah, Kg. Arab. en. Shahfaril dan en. Shahwal kerana menjemput.
-Teemerchant.bogspot kerana menaja t-shirt yang dipakai durianmangkau
-Semua petugas dan seluruh ahli kariah surau.
No comments:
Post a Comment