Saturday, December 31, 2011

=) sakit.. sangat sakit 2011..

Assalamualaikum~!

 hahhaha.. tiba-tiba, ramai gila bahasakan diri mereka "penconteng".. dengan jujur dan tenang, penconteng tak sedikit pun rasa marah dan tercabar.. Pikirkan, beratus-ratus orang membahasakan diri mereka sebagai penulis. Jadi kenapa hanya beberapa orang membahasakan diri mereka penconteng, penconteng ingin rasa seperti ditiru. Tenang dan senyum. Gua tak marah, lu orang apahal yang lelebih. =)

 Penconteng disini ingin meminta maaf kepada sumer pembaca yang tidak henti-henti membuat permintaan kepada penconteng. Apabila tiada apa yang keluar daripada otak dan hati, walau dipaksa macamana sekalipun ayat-ayat yang keluar ke blog ini kedengaran seperti dibuat-buat.

  Setiap kali mengingatkan diri apa yang berlaku kepada diri ini sepanjang 2011, yang sakit akan muncul dahulu kerana jumlahnya terlampau banyak. Pada hari terakhir 2011 ini, marilah kita mengingatkan kepada diri kita semua yang indah dan positif sahaja. Membawa bekalan aura positif untuk mengharungi satu lagi tahun masihi. 

 Walaupun penconteng kerap kali dihina dan dicaci penduduk tempatan hanya kerana memilih untuk meneruskan perniagaan keluarga, penconteng berjaya menyinari berpuluh-puluh hati nenek tua dan makcik-makcik yang berair air mata setiap kali senyuman penconteng diberikan kepada mereka pada pagi hari. Dari jutawan hingga pengemis, penconteng sudah berbual dengan mereka dan mereka menerima sedikit senyuman dan masa untuk meluahkan perasaan kepada orang asing. Cuba untuk tidak menjadi mesin, anda bukan robot. Senyum dan sinari hidup mereka yang berdekatan dengan anda. Ya, kita akan bertembung dengan hari yang dimana anda ingin memaki hamun semua orang sepanjang hari. Penconteng paham, anda ialah manusia. Tetapi jadikan itu ialah 5 atau 6 hari dalam sepanjang tahun untuk berasa marah, bukan 5 – 6 hari sahaja dalam sepanjang tahun anda senyum kepada orang berdekatan dengan anda.

 Kenapa jarang blog ini memaki hamun dan mencerca orang lain? sebelum penconteng menjawab soalan itu, penconteng akan melihat kepada diri sendiri. Aku pun tak best mana, nak kutuk orang. =) Mengapa tidak anda membuat sebegitu dalam kehidupan seharian anda, tiada siapa yang sempurna didunia ini. Bawak mereka kepada yang baik, bukan ditikam bertubi-tubi dan kemudiannya dipulaukan.

   Mungkin pengakuan ini akan menyakitkan perasaan ramai orang, ataupun anda tidak peduli pun dengan kenyataan ini. Penconteng kini semakin jiwang, menemui seseorang yang mampu membuatkan diri ini tersenyum setiap kali mendengar suaranya. hahahahah =) jiwang bukan.. ataupun, terasa sejuk berteduh dibawah mendung senyumannya. Kenapa perlu kopi, suara dia menyegarkan malamku. =) gedik. Muahahahah.. lantak korang lar.. aku pedulik apa.

  Selamat tahun baru kepada semua pembaca. Anda yang menyokong blog ini, jadi blog ini sebenarnya blog anda semua. Penconteng hanya membuang sedikit masa untuk anda semua mendapat sedikit bahan bacaan bagi meneruskan saki baki waktu pejabat anda. Abaikan sahaja semua perkataan yang anda tidak berkenan dalam blog ini, ambiklah yang baik-baik. Penconteng hanya seorang penconteng yang mempunyai 6 pack di perut dan senyuman yang menawan.. Muahahahahaha aku poyo! Boroi siot.. bila nak hilang lemak ni.

 Durianmangkau.blogspot.com [sekadar bacaan ringan dikala otak sedang sebu untuk berfikir]


-Bangun seawal 5 pagi, berjalan ke 7/11 yang terdekat. Sambil membakar curut murah perasa ceri, penconteng berjalan pulang. “tit tittt!! Selamat pagi bang” entah siapa-siapa yang menghonkan motor kapcai sambil mengucapkan selamat pagi. Penconteng mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus, dan tersenyum pulang. Dan hari itu penconteng tidak terhenti tersenyum, ya anda mampu menyinari hidup orang lain. Pemuda itu menyinari pagi penconteng. Penconteng terus tersenyum menyinari hidup orang lain. Hormat! Kita mampu melakukannya. Teruskan tersenyum.  


Monday, November 14, 2011

Meja editor – November berhingus



  Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca semua. Penconteng tiba-tiba teringat yang penconteng bertanggungjawab mengisi 10 minit dalam kehidupan anda semua dengan bacaan santai yang tiada hala tuju atau sebab munasabab. Minta maaf kerana sudah lama tiada post dari kami warga Durianmangkau.blogspot.com. Seperti yang tertera ditajuk kali ini, hingus ku meleleh lagi. =)

  Teruja bukan bulan ini? Menanti cuti sekolah dan melayan adik-adik kecil setiap petang. Senyuman tidak ikhlas ketika membayar di kaunter apabila anak anda berkata “ibu.. nak keropok!!” atau  “abah.. air tin!! Air tin!!” ..  Hahaha Ketika kita kecil dahulu, habis tak cukup sedara-mara kita paw (peras ugut) ketika cuti sekolah. Jangankan ahli keluarga, jiran tetangga pun tidak lepas kita paw dengan aiskrim kon berharga 50 sen yang dijual oleh motorsikal-motorsikal ex5 diubahsuai menjadi kotak ais bergerak.  Kini apabila sudah menjadi dewasa, giliran kita pula menjerit di lorong rumah sambil mengangkat not rm50 ke udara dan menjerit “siapa nak aiskrim!!!!! Abang belanja!!!”.. Lalu berlarian anak-anak kecil mengerumuni penjual aiskrim. 

  Seronok.. 2 lagi orang yang mempengaruhi jalan hidup penconteng telah melangkah ke alam perkahwinan. Majlis tersebut akan dijalankan benar-benar disebelah rumah penconteng, satu disebelah kanan dan satu lagi sebelah kiri. 2 hari berturut-turut. Kemeriahan  bulan  lepas disambung lagi, seperti tidak cukup-cukup meraikan saudara-mara. Dimana penconteng mungkin berada?, disebuah markas yang telah dihiasi dengan bantal peluk dan kerusi panjang. Apabila rumah kanan bertanya mana penconteng, mereka beranggapan penconteng berada di rumah kiri. Begitulah sebaliknya. Muahahaha Ulau melingkau diatas pagau, durianmangkau hilang pergi mengulau. =)

  “gol!!!” Badrol bakhtiar punya rembatan lain macam tekniknya. Pergi terus bola, tetapi menjunam dengan laju. Walaupun jika dihiasi dengan sedikit lencongan mungkin akan lebih cantik, tetapi cantik tidak memberikan apa-apa impak jika tidak mengenai sasaran. Badrol, teruskan membuat percubaan seperti itu diluar kotak penalti, deras dan menjunam. Menang emas bolasepak di sukan sea seperti painkiller yang paling mujarab bagi menghilangkan sengal-sengal badan akibat melihat satu persatu emas yang mudah diraih skuad negara di rampas tuan rumah Indonesia. Kelebihan bermain di tempat sendiri, tiada apa yang hendak dibantah penconteng. Teruskan berjuang harimau muda.  Kita perlukan emas bola sepak. Owh yer, Tema sukan sea kali ini, “barsatu dan bangkit”.. hahaha bersatu?  Lagu Negara Malaysia pun mereka tidak reti hormat. =)
  “sreettt… sreett” menyedut kembali hingus yang hampir-hampir meleleh.  Panas terik kemudian disulami hujan lebat. Pertukaran secara tiba-tiba. Syukur kepada pencipta sekalian alam, memberi peluang kepada kami  merasai kedua-duanya sekali dalam masa sehari. Beberapa buah Negara di barat sedang kesejukan menanti ribut salji, beberapa buah Negara di afrika memanggil-mangil hujan. Kita selesa. Subur. Cukup makan minum. Namun dimana rasa syukur rata-rata belia? Memarahi alam setiap kali batuk-batuk tetapi anda merokok. Menggeleng-gelengkan kepala setiap kali pokok didalam pasu kering, tetapi tidak sekali pun anda menadah air hujan dan menyirami pokok-pokok itu ketika mereka kehausan air dari alam. Penconteng selesema, tetapi berat hati ingin mengeluh. Sepanjang tahun kita berasa sihat, tetapi jarang-jarang mengingati kehebatan tuhan. Tetapi bila sakit, “aduhh!!!! Sakitt!!”.. Bukan sahaja di wall facebook, malah hampir-hampir ingin melaporkan kepada pihak polis jika diberi peluang. =)  kena ke bagitau dunia? Dimana ego? Dimana privasi?..
  November kali ini mungkin agak perlahan sedikit contengan dari penconteng, almaklumlah otak sedang sebu. Ya, blog ini sekadar bacaan ringan ketika otak sedang sebu untuk berpikir. Tetapi, jika ingin menconteng otak tidak mampu bergerak ketika sedang sebu.
-senyum!! Hujung tahun korang dapat bonus kan? .. hehehe

Friday, October 28, 2011

Selangkah ke alam termenung..


Khas sempena Ulang tahun blog yang pertama.

Kilat sabung menyabung. Amir Haliza sedang membuat kira-kira perbelanjaan syarikat kecil milik keluarganya. Sejuk yang amat sangat diluar kedai runcit itu. Semakin lama semakin kuyu mata Amir Haliza, kepenatan akibat dari awal pagi memerah keringat. Ketika rakan sebaya sedang asyik tidur, sebelum azan subuh dia sudah mengemas pasar dan membelah kelapa. Tengahari yang kebiasaan menjadi waktu bagi dirinya tidur, hari ini terganggu kerana staf yang lain menghadiri jemputan kahwin dan dia terpaksa bersendirian menjaga kedai. Sehinggalah dia merasakan dirinya berada di suatu tempat yang sangat asing. Terdapat buku-buku tersusun di rak yang tersangat tinggi hingga tidak kelihatan puncaknya dan deretan rak-rak itu hingga ke penghujung bilik yang sangat jauh dari mata. Di hadapan Amir Haliza terdapat sebuah meja kopi dan dua kerusi yang kelihatan tersangat empuk. Amir Haliza menghampiri cermin sebesar 5meter persegi. Sangat cantik paras rupa jejaka didalam cermin itu, bisik hati dia. Dia memejamkan matanya buat seketika, dengan harapan apabila dia membuka matanya nanti dia kembali tersedar daripada mimpi itu. Perlahan-lahan dia membuka mata, dia masih berada didalam bilik putih itu. Semuanya masih sama, yang berbeza hanya jejaka didalam cermin tadi menjadi dua. Tiapa apa yang berbeza antara mereka. Sangat serupa.

Penconteng : Bos! Lama tak Nampak .. Jemput duduk.. hahaha 

Amir Haliza : kau Penconteng.. aku banyak kerja lah.. Lain kali lar borak.

Penconteng : hahahaha.. Rileklah bos, penconteng lama pulak tak jumpa bos. Amacam? Setahun sudah berlalu, blog durianmangkau.blogspot.com masih berdiri kukuh.
Amir Haliza : Blog ni aku buat sebab kau suka berkongsi. Aku pulak suka diam-diam je tahan perasaan. Bukan dapat duit pun blog ni.
Penconteng : Alar.. Bos ni acah-acah la.. bagi ar penconteng satu interview ngan bos.

Amir Haliza : Apa-apa jerlah.

Penconteng : Hah! Macam tu la.. Ok.. Soalan Pertama, Siapakah anda?

Amir Haliza : Saya Amiruddin bin Haliza. Seorang yang tak bekerjaya. Miskin.

Penconteng : hahahah bos ni asyik emo jerlah.

Amir Haliza : Dah kau asyik nak happy je, aku jadi emo lah.

Penconteng : Dengan cik akak  boleh lak happy2..

Amir Haliza : amboi.. main kasar Nampak.. syhh.. jangan cerita kat orang..

Penconteng : hah. kalau macamtu, sila beri kerjasama.

Amir Haliza : Baik Bos!

Penconteng: haha. Penconteng pulak jadi bos?.. macam-macam hal lah bos ni.. Ok. Soalan kedua. Apa perasaan anda bila blog ini dibaca orang?..

Amir Haliza :  Saya berlaku jujur disini. Sebenarnya saya tak berapa suka orang tahu saya reti menulis dan merapu merepek. Mungkin kerana saya sendiri tidak tahu dari mana dan bagaimana semua benda itu keluar melalui penulisan saya. Kadang kala saya rasa ada sesuatu atau seseorang lain yang menulis semua benda itu dari dalam diri saya. Dari situ wujudnya penconteng, iaitu kau!. Penconteng dan Amir Haliza ialah split personality. Sangat berbeza dari mana-mana sudut sekalipun.

Penconteng : penconteng  best.. bos poyo.. hahaha  Bagi lah saya peluang selalu keluar menconteng bos.

Amir Haliza : Persoalannya sekarang, kenapa bila aku nak menulis kau taknak keluar? Aku boleh bagi kau lebih masa untuk menconteng, tetapi dengan syarat bila aku nak hantar ayat sweet kat cik akak je kau mesti datang. Amacam?

Penconteng : ok .. beralih kepada soalan seterusnya.

Amir Haliza : Soalan aku kenapa taknak jawab?

Penconteng : Penconteng hanya satu lembaga di dalam diri bos, jadi setiap apa yang penconteng conteng mestilah datang dari pengetahuan bos. Mana anda dapat banyak idea dan apa yang pengaruh anda mempunyai bakat mengolah idea tersebut?

Amir Haliza : siot.. soalan aku tak jawab pun. Emm.. Idea saya banyak hadir daripada apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian. Samaada dari pengalaman diri atau pengalaman orang lain. Yang pasti, saya cuba untuk menulis dengan menggunakan gaya saya sendiri. Memang kadang-kala ada gaya saya dipengaruhi oleh berbagai cara penulisan orang lain, namun saya cuba untuk lari dari gaya penulisan biasa yang seringkali membuatkan belia bosan membaca penulisan melayu.

Penconteng : Mungkin dari situ bos freestyle kan bahasa melayu puitis kedalam tulisan bos?

Amir Haliza : tepat sekali. Jadi perlahan-lahan belia melayu/bukan melayu akan membiasakan diri dengan penulisan puitis tanpa terus terjun  ke dunia sastera secara paksa.Saya hanya cuba ingin memberi mereka sedikit percikan di hati mereka untuk memahami penulisan cara yang seronok dan selanjutnya akan mereka
 pelajari sendiri.

Penconteng : Tidakkah bos takut mereka akan terikut-ikut gaya penulisan bos dan merapu merepek bila ambik paper spm nanti? Maksud penconteng budak-budak sekolah.

Amir Haliza : Pedulik apa sama dorang.. Kira okay la diorang nak jugak membaca, daripada  update status facebook selang 30 minit. Menggeletis. Berapa kerat je budak melayu habis baca novel silibus sekolah. Saya nak berikan percikan minat sahaja, selebihnya bergantung kepada mereka.

Penconteng : Bos memang poyo.. Kita masuk ke soalan peribadi pulak bos. Rata-rata pasti ingin tahu, bila bos nak tamatkan zaman bujang?

Amir Haliza : Bila cukup duit. Cukup yakin yang ilmu yang saya ada mampu melindungi keluarga saya nanti. Dan yakin mampu membuat dia bahagia. Secara jujur, bukan dalam masa yang terdekat. Paling awal  usia 26 tahun mungkin. Diulangi itu yang paling awal.

Penconteng : Sebut pasal bahagia, apa makna kebahagiaan bagi bos sekarang?

Amir Haliza : Perghh.. rimas la soalan-soalan macam ni. Bila la mimpi ni nak abes ni. Meremang bulu roma aku. Ok. Kebahagiaan bagi saya sekarang ialah membuat dia gembira. Ya, jawapan orang tengah angau. Tetapi secara realistiknya, saya masih sedih kerana saya tidak menjadi yang terbaik daripada apa yang mampu saya jadi. Jadi, kebahagian yang sejati masih jauh lagi untuk dikecapi. Bagaimana nak bahagiakan orang lain jika diri sendiri masih kosong dengan gembira.

Penconteng : dengan selamber penconteng yakin cik akak mampu membuat bos gembira. Emm.. Apa makna kawan, sahabat dan teman kepada bos?

Amir Haliza : kawan ialah kawan.. sahabat juga kawan, tetapi mereka telah melalui satu sejarah perjalanan hidup dengan kita dan berkongsi suka duka. Tetapi tak semua kawan sampai ke tahap sahabat. Teman seperti itu juga, mereka tetap kawan dan sahabat namun daripada perkataan teman itu sendiri jelas perkataan akar untuk “menemani” atau lebih jelas ialah bersama-sama. Apa-apahal pun, itu hanya perkataan. Kadang-kala gambar pun tidak dapat menerangkan suasana, inikan pula perkataan untuk menerangkan nilai seseorang didalam hati. Nenek saya pernah menunjukkan kubur suaminya yang tercinta kepada saya dan berkata “ni kubur kawan nenek”. Seorang suami yang menemani hidupnya, masih dipanggil kawan. Jadi siapa kita untuk meletakkan taraf seseorang dengan hanya suatu perkataan?.  Semuanya bergantung kepada perasaan hati atau hormat.  (berkata-kata sambil menggerak-gerakkan tangan seakan seorang professor yang gedik)

Penconteng : Memang sah bos ni poyo. Hahahaha dahla bos.. Makin boring pulak interview bos. Baik penconteng mengarut sendiri je. Soalan terakhir untuk kali ini, apa harapan bos kepada blog ini?

Amir Haliza : Saya berharap penconteng sering muncul kerana semakin ramai yang meminati blog ini. Saya mampu berlakon menjadi penconteng dan mengarut secara sendiri, tetapi tidak selancar apabila penconteng mula merasuk diri. Sebenarnya, target utama telah lama tercapai . Jadi perjalanan seterusnya ialah hanya bonus kepada blog pertama saya ini.

Penconteng : terima kasih bos.. bye..

Amir Haliza : eh tu jer? Makan2 takde?.


  “dik oo dik~! Bangun dik, abang nak Tanya kat mana adik letak kerisik?”
“tu bawah tv tu bang” dengan mata kuyu amir haliza melayan pelanggan tersebut.


   Hujan masih renyai-renyai. Amir Haliza menghirup kopi panas sambil terkenangkan mimpi aneh dia berjumpa dengan seorang lagi dirinya beberapa minit yang lalu. Hatinya seperti kehilangan sesuatu. Lantas dia teringat akan handphone nya yang dicas menggunakan kabel usb pada computer. 4 unread messages.

Sms [ awak!! Update blog.]
        [come on mir.. aku boring kat ofis ni.. cepat tulis something kat blog.. aku nak layan gelak]
        [ en durianmangkau.. bila nak update blog?]
        [hahahah tergelak aku baca post kau.. sila conteng lagi.]


--mereka seronok membaca.. yang kena kutuk bukan mereka.