Tuesday, April 26, 2011

tiada mood menconteng?.. kita tangkap gambar..

Berbekalkan kamera murah dan edit menggunakan basic software seperti paint dan microsoft picture manager.. biarkan gambar menulis cerita, biar mata mencari makna..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
  1. Penconteng merokok setiap kali menikmati kopi tongkat ali yang diperkuat dengan ginseng. Agak-agak bila lah boleh telan air kopi, hembus asap rokok.. telan air,, hembus asap.. telan air,, hembus asap.. sedut asap, sembur air kopi~..
  
     2. Berjalan-jalan di petang hari di kawasan riadah. Selalu sangat nampak orang buat taichi atau qiqong, buat-buat tak nampak je sebab macam perkara biasa. Tiba-tiba ternampak orang menggayakan tari silat, cukup indah di mata penconteng.. melihat ketekunan seorang budak perempuan belajar dari seorang jurulatih, berani jamin budak perempuan ni boleh kunci siku budak lelaki kalau dia dikacau. Hormat kepada mereka yang menyambung warisan. ketika kita bising2 kat internet tetapi tak buat apa-apa, mereka berpeluh berusaha memegang tali.. Wau akan terus terbang tinggi, selagi ada yang memegang janji.

   3. Hari nak ribut.. Cahaya tak mengalah ingin menyentuh bumi.. Awan berkata "cukuplah, masa aku pula menyentuh mereka. Biarpun mereka zalim kepada alam. manusia perlukan air diperutku".. Teruk berangan penconteng bulan ni.. arghh.. what happen to me!!!!



    4. Jika ditakdirkan macdonalds dan burger king menurunkan harga mereka.. Lalu terdapat restoran mereka disebelah gerai burger ini. Penconteng tetap memilih burger di gerai ini. Peniaga tepi jalan, mereka tidak dibayar untuk senyum, tiada skrip mengalukan pelanggan. Ikhlas. bukan soalan "nak tambah kentang goreng?" yang orang ramai perlukan, tetapi "lama tak nampak bro, ada sehat?" yang membuatkan kita manusia.. bukan mesin yang berkerja untuk suatu sistem. lokasi-burger melawis klang

Tuesday, April 12, 2011

Escape- I miss her


Assalamualaikum .. Peace upon to you. 

   The title of this column is escape. From now on, every time I stuck on something or too much going on in my head. I’ll write on this column. Escape from the usual “penconteng” style. That’s the main reason I choose to write this column in English. That way, not many people that checking in my blog interested to read it. So it will be like a letter to nobody. 

  Escape means to run away from something that hold you. What am I running away from? I wish I know the answer.

runaway train.. bring me to her..
   I miss her man. Really miss her. She been with me since I know how to write poetry, and I don’t even know when exactly my first poem or just a rhyme words put together. Maybe standard 4, standard 3 or I don’t know, maybe since I in kindergarten. Do my friends and family know I’m into this stuff? Hell no! 

  My older brother found my scratch book when I was 10 years old, he found a poetry I wrote in spontaneous about nature (well, of course in malay). He laughed his ass off. “jiwang!!!” he said loudly. For being a smart guy, I just answered that is my schoolwork for the semester break. That incident been forgotten by my family, but never for me. Not that I hate my brother for laughing at me, deep down in my heart I even thanks him for doing that. From that incident, I found my own style. I write about something simple, but put flower into it. I don’t read love novels; I grew my style not influenced by lovey dovey pussies stuff.  Ya,  you know what I mean. 

  Well as for my friends, some dudes know I can write really well. They even ask me to guide them how to tackle a girl heart. Honestly, I’m never been good with girls. I have 4 brothers and no sister, my parents even let few of my cousins to stay at our home when im grew up. Not to mention all the neighbor and “anak angkat” my family took care. My life is surrounded with boys, and still some of my friends ask me to guide them how to tackle a girl heart? They got to be kidding me. Well, from that I start to write a love line of wishes, poetry, and others stuff for my friends (for them to give it to their girlfriend, dude I’m straight).. . I hate it, but strangely it works. Hahaha. She been there all the way. 

  Most of my friends didn’t know I can write Maybe because I don’t want them to know. What there is to know? .  If im proud of my talent, I wouldn’t took mechanical engineering as my course years ago. 

  She is a woman with no face, just a shadow in my imaginary every time I close my eyes to write about something. I even asked some wise mans, they say she might be my destined wife. I asked my mother, she says that is just a woman intuition in me. I asked around, too many answers. When there is too much answer, I just making my own answer. My answer is, I don’t care anymore. 

 Now she is no longer around, I can’t pick up my pen and jot some beautiful words in an instant like used to. I still remember texting a sms on vday for a friend, she cries because those words touch her heart. Well, when I wrote those words I’m never thinking about the girl. I just imagined my imaginary girl friend and those words come out like spilling water from a morning piss. Yepp.. a bit yellow.. hahaha. 

  Stop.. do not making assumption. Don’t think like there is no girls interested on me, believe me there is too many. Is just, I don’t like this boyfriend girlfriend thing. I’m too lazy to have a girlfriend. 

  There is one girl when I am friend with her, my imaginary friend never shows up. My words are straight from my heart, when I close my eyes I see her not that shadowy person. Only few of my friends know about her, and not you guys. She is not that z, that n, that s, that w and all the girls you making assumption. Not even that k. Well, I don’t really care anymore. My imaginary girlfriend has left me years ago. So I’m not cheating anymore. but still I can’t write as fast as when I’m with my shadowy person.

  Everyone have a place to go to find an idea. Some goes to movies, some goes to shakepears. I’ve been there too. But it just gives an idea, to write something you call your own, you got to dig into your mind and heart. Since she left, I keep trying to find something to call my inspiration. My mind keep spacing out when I want to write. That’s why I miss her.  

   Hey, im never say im good.. But you have to agree with my laziness and no specific training my words is not that bad. Some people with experienced in writing say that im better than few of published writer in this country. But, they do think I’m just a pure wasted of talent. Yap.. I have to agree on that.. She will be agreeing on that too. 

  Will you be my imaginary girlfriend? Tettttttt… wrong answer… you are not qualified. =) because i don`t need one.

-april blues keep going on~. i hate this feeling..

Saturday, April 9, 2011

Meja editor - Blues di april


Assalamualaikum.. penconteng sedang dilanda masalah termenung yang sukar dikawal.. Sudah lama tidak mengambil tahu urusan blog sendiri, sibuk membaca blog-blog orang lain. Tanpa disedari blog yang tersisih lagi disisihkan ini sudah mencapai seribu bacaan. Tidaklah suatu yang “gempak” ataupun “cemerlang”, namun jika diambil kira dari sudut menconteng untuk mengelakkan buah-buah pikiran memusingkan ayat ini dari terbuang ke longkang. Penconteng bangga dengan blog ini.

  Bulan  lepas, seperti yang disetkan tema nya.. Macam-macam berlaku kepada diri penconteng, kesannya terbawa-bawa hingga bulan april. Suka-duka hidup bersaudara tidak sedarah sangat kelihatan pada bulan lepas.. Penconteng kini jarang-jarang muncul di facebook, tidak lagi berminat dengan memberitahu dunia apa yang kita rasa dalam sepotong ayat. Seorang sahabat yang bersama-sama penconteng menconteng meja sekolah, lari dari kelas, menghadiri mesyuarat tertutup yang kami bukan ahlinya ketika di sekolah dulu baru sahaja bersanding bulan lalu. Tahukah anda, kerana semua maklumat diberikan di facebook ( penconteng lama tak online), terlepas dari menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. =) 

 Ajib wak keletong, aku tau kau takkan baca blog ini sebab kau pun taktau wujudnya blog aku..  Harap maaf. Bila aku bersedia, aku jumpa kau. Wahahaha.. yer-yer je aku janji nak bawak geng side sebelah sini pergi meru.. sorryy~!! 

 April bermula dengan meletupnya decoder astro di rumah ibunda penconteng, dengan ketiadaan astro di rumah penconteng mengisi masa bosan ketika menanti waktu mengantuk dengan membaca. Sakit jiwa apabila mengetahui sudah membaca habis 8 blog (English) dan  3 buku (satu novel sejarah, 2 perbincangan) dalam masa 6 hari. Televisyen memang punca ramai tidak membaca, dulu penconteng tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi sekarang sudah paham apa yang mereka ingin nyatakan.

 Blog ini mungkin akan mengeluarkan post-post membebel sepanjang april, kepada yang berminat tahniah diucapkan. Mereka yang tidak suka membaca bebelan, silalah ke blog lain. Penconteng sedang mengalami masalah termenung yang tidak terkawal.

-Belanja anda satu peribahasa yang masih digunakan oleh pakcik-pakcik di kedai kopi. “mendukung biawak hidup” .. Walau bagaimana tekad anda mahu selamatkan biawak itu, dia tetap akan cakar belakang anda.

  Setakat ini, penconteng tidak menganggap blog ini sesuatu yang membebankan. Bila mahu conteng, saya conteng. Jadi tiada biawak untuk diselamatkan.  blog ini tidak akan mencakar belakang penconteng, kerana penconteng sendiri tidak pernah terfikir untuk menyelamatkan blog ini. Andaikata blog ini gugur,  lantaklah...

=)